Rakan Blog Mega

Thursday, February 9, 2023

Apakah Intermittent Fasting (IF)?

 

"Apa azam tahun baru?"
"Nak sambung azam tahun lepas - nak kurus 😂 tapi diet tetap ke laut"

Mesti kawan-kawan biasa dengar ayat di atas kan? 😁 Kakak pun selalu dengar. Dalam banyak-banyak cara berdiet yang sering diamalkan, salah satu daripadanya adalah Intermittent Fasting atau singkatnya IF. Haa, apa dia IF ni?

IF bukanlah sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan, malah sudah banyak program-program IF yang diadakan untuk membantu mereka-mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara sihat. Di Malaysia, IF cukup popular bukan sahaja dalam kalangan pengamal kesihatan, juga dalam kalangan artis-artis tanah air, influencer, sehingga menjadi trend dalam kalangan masyarakat kita.

Tetapi masih ada di antara kita yang masih belum tahu tentang IF. Biasa dengar, tapi tak tahu sangat tentang IF. Jum kita tengok, sedikit info ringkas mengenai IF.

Definisi Ringkas Intermittent Fasting (IF)

Perkataan "intermittent" dalam Bahasa Inggeris secara ringkasnya merujuk kepada sesuatu yang berlaku secara berkala, tidak tetap, bermusim, atau tidak berterusan. IF itu sendiri adalah salah satu jenis diet dengan menentukan pola pemakanan mengikut satu jadual tertentu. Dalam kata mudahnya, IF tidak menekankan jenis makanan yang anda makan, tetapi BILA anda harus makan. Konsep berpuasa yang diterapkan dalam IF tentunya menjadi tarikan utama kepada penggemar diet cara IF, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Turunkan berat badan dapat, sihat dapat, pahala pun dapat. In shaa Allah.😊 



Jenis-Jenis Intermittent Fasting 

IF mengamalkan konsep puasa. Namun, ia tidak sepenuhnya seperti puasa pada bulan Ramadahan di mana kita tidak boleh makan dan minum langsung pada waktu tersebut. Bagi puasa dengan kaedah IF, kita masih boleh makan dan minum. makanan dan minuman yang boleh diambil dalam tempoh "berpuasa" IF hendaklah makanan dan minuman yang tidak bergula atau berkalori. Puasa pada bulan Ramadhan adalah mengikut tempoh waktu dari terbit fajar hingga terbenam matahari, tetapi bagi IF, kita boleh amalkan mengikut waktu yang kita sendiri tetapkan. Unik bukan?

Ada banyak jenis diet IF yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita antaranya:

1. Overnight Fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam. Contohnya, puasa jam 7 malam hari ni, jam 7 pagi esok dah boleh makan. Kelebihan kaedah IF ini adalah waktu tidur pun termasuk dalam waktu puasa😋.

Sebagai panduan, boleh rujuk gambar berikut:




2. Whole Day Fasting

Percaya atau tidak, ramai yang mengamalkan kaedah IF yang ini. Ya, berpuasa selama 24 jam! 😱Juga dikenali dengan nama lain seperti OMAD. Contohnya, anda berpuasa pada 8 malam hari ini, dan berbuka pada 8 pagi berikutnya. Kaedah ini kebiasaannya diamalkan sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada kemampuan pengamalnya.

3. Alternate Day Fasting

Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa pada selang sehari dalam minggu tersebut. Hari ni puasa, esok tak puasa. Begitulah kaedahnya. Pada hari anda berpuasa, pengambilan maksimum kalori adalah sekitar 500 hingga 600 kalori sahaja sehari.

4. 5:2 Fasting

Kaedah ini meggalakan anda berpuasa dua hari seminggu. Pengambilan kalori pada hari berpuasa juga sekitar 500 - 600 kalori sahaja. Lazimnya, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Pembahagian hari begini juga boleh diaplikasikan untuk IF.

5. Skipping Meal Fasting

Anda yang selalu lupa nak makan, mungkin sesuai amalakan kaedah ni. 😄 Anda perlu melangkau satu atau dua waktu makan berbanding kebiasaan. contohnya, jika anda biasa makan 5 kali sehari, anda perlu skip 2 waktu. Terpulang kepada anda, sama ada nak skip waktu sarapan, makan tengahari, minum petang, atau makan malam.


Itu antara contoh-contoh IF yang biasa diamalkan. Ada banyak lagi kaedah IF yang boleh dipilih, pilihan adalah di tangan anda. 😁 Di entry lain, kita akan lihat apakah kebaikan IF, siapa yang sesuai atau tak sesuai amalkan IF. Stay tune, selamat mencuba dan selamat beramal. 💓

Boleh baca entry lain mengenai intermittent fasting di sini ya: Intermittent Fasting dan Ramadan by coach kita,  Coach Kaktim


1 comment: