Pertama kali dihebahkan mengenai program ni oleh mentor kakak, Ulfa Lamappangaro. Kakak pun tengok, program apa ye? Belajar buat blog ke? tengok sikit, ada hadiah menarik lah. Wah, nak daftar lah. Kakak memang sungguh tak pandai, tak reti langsung buat blog. Daftar semberono sebab mati-mati ingat nak belajar buat blog. ๐ kemudian diterima masuk group Projek Blog Mega Euphoria Shaklee. Masuk-masuk group, tengok. Master Salwa kata banyak Masters yang join projek ni.
Kakak dah cuak. Alamak, kakak sorang ke yg newbie dalam ni? Orang lain komen dh ada blog bertahun-tahun dan berbelas tahun pun ada! Macam mana ni? Nak tulis apa, macam mana nak create? Ah sudah mula cuak. Tapi, dalam hati kata, ah tak apa lah, kita buat yang termampu dulu. Belajar dari orang-orang hebat ni. (menenangkan diri sendiri). Dengar dulu masa briefing nanti kena buat apa, apa tujuan, dan sebagainya.Dah masuk briefing (live fb) baru tahu. Oh ni nak create wave. 2014 pernah berjaya menaikkan Shaklee Malaysia. Nak perkukuh blog-blog yang linked supaya jadi blog yang trusted dan boleh naik hingga ke page pertama Google. Begitulah serba sedikit nak ceritanya. Tak mustahil, 2023 dengan kepesatan teknologi sekarang ni, pun akan mampu melonjakkan bisnes Shaklee. Yes memang banyak platform lain macam facebook, tiktok, whatsapp sekarang ni. Jika kita tengok, search engine yang paling lama bertahan, mestilah google kan? Dari google, traffic akan di bawa ke Blog/ website jika blog atau website itu kukuh dan trusted. haa itu lah teknik yang para master kita yang otai dan bijak pandai nak buat. Mereka dah bagi jalan, kita hanya ikut dan buat saja. tak susah
Paling best masa dengar, Master siap doakan kejayaan semua yang join projek ni. Doa orang hebat oii. Semangat rasanya. Orang-orang hebat yang pernah join projek ni suatu ketika dahulu, dah jadi Master pun. Dari situ kakak kata pada diri sendiri. Why not now? Kenapa kakak tak try saja. Satu sen pun tak rugi bila join projek ni. Anyway, best ke projek ni? Bagi kakak, best best best! Sebabnya, banyak benda kakak belajar.
1. Belajar buat blog.
Kakak berjaya hasilkan blog yang tek seberapa ni. Bila blogwalking, tengok blog-blog orang lain yang dah lama dihasilkan, rasa macam wow! Banyaknya input. Hebatnya, cantiknya! Macam mana buat macam ni? Nak belajar lah nanti. Selain tu, kakak belajar buat link. Link dengan cara yang betul, masukkan tajuk, link rakan lain, publish, submit. Cara masukkan gambar, video, semua benda yang kakak tak tau, kakak belajar. Tambah ilmu. Sikit tapi bertambah. Kakak pun belajar menulis dengan lebiih baik. In shaa Allah.
2. Networking
Kakak ada dalam kalangan orang hebat, kakak ni tak hebat pun. bawah lagi dari bilis. Hahhaha. Tapi dalam projek ni, semua orang, sparring partner, orang atas, orang bawah, bagi kerjasama yang sangat-sangat power. mereka sangat humble. Kakak ni tak kenal sangat orang, kakak panggil sis. Rupanya orang tu Master, ya Allah malu sangat. Dan ada yang lebih tua dari kakak, tapi sangat muda macam sebaya (orang Shaklee awet muda). mereka tak marah pun, layan saja. seronok tau ada network best macam ni. Dalam masa yang sama, upline kakak, Ulfa banyak bagi semangat pada kakak untuk menulis. Mengadu kat dia, macam mana ni tak ada blog lagi, tak tau buat, nak tulis apa. Ulfa tetap bagi semangat, bagi tau macam mana nak mula dan sebagainya.
3. Mastermind yang hebat
Serius, Mastermind Projek Blog Mega ni sungguh orang yang hebat dan pemurah. Master N sendiri dah Master pun. Kalau ikutkan, buat apa susahkan diri untuk buat projek ni? Nak lagi untuk beginner macam kakak. Tapi, yang buat kakak kagum, Master-master dalam ni semua berniat baik nak bantu orang lain sama-sama bangkit, naikkan bisnes sesama kita. Tak kisah dari group mana, dibantunya semua. Lepas tu hebatnya, daripada target 100 orang ja, jadi 200 lebih orang yang join projek ni. Moderator, Master Salwa Zeyn pun orangnya hebat. Kakak whatsapp tanya, reply jugak. Siang malam dia monitor projek sampai berjaya, Moga orang-orang hebat ni dirahmati Allah sentiasa.
4. Ada hadiah menarik
Lebih mengharukan, Master N bagi semua yang join ni hadiah. Hadiah pulak bukan kaleng-kaleng, bak kata orang. Vivix (sebotol RM399), Collagen (sekotak RM289), Nutriferon (RM198). Kakak dapat hadiah ni tau, hadiah Nutriferon. Free je dapat. ๐Tulis blog sendiri, ikut tajuk diberi. Mudah sangat.
5. Social skills improvement
Dalam projek berskala besar macam ni, kita jumpa ramai orang, walaupun secara maya. macam-macam kerenah, ragam dan keletah pun ada. Tapi, setiap masa Masters pesan. Sabar. itu kuncinya. Orang lambat bagi link, kita pun stuck juga, sabar. Minggu pertama memang mencabar. Kakak risau orang tertunggu link dari kakak. Dalam masa yang sama, orang atas pun belum bagi link. Masuk minggu kedua, isu ni diselesaikan dengan efisien oleh Masters. Very easy senang kerja. Kemudian, kita belajar appreciate orang lain. bukan susah pun, komen, like posting mereka. Support each other dengan cara buka link. Tak susah. Senang sangat. kita sama-sama bantu naikkan traffic kawan-kawan kita. Dalam masa yang sama, wave tu sedang terhasil dengan sendirinya. korang pun nanti, tolong share artikel kakak ya!
6. Tambah ilmu produk dan kesihatan.
Ilmu sememangnya mahal. Tapi tak perlu bayar pun. Kita jalan-jalan blog orang, baca info, dapat ilmu lagi. Senang kan? Kemudian kita share pula ilmu pada orang lain. Ilmu yang bermafaat, bila kita kongsi, automatik dapat pahala. Lebih elok daripada share gosip artis kan..hihihi.
7. Komitmen
Ini terpaling kakak tabik spring pada semua yang join. 2 minggu. 200 orang yang join, 159 orang bagi komitmen penuh. Masters lebih lagi, komitmen tinggi menjayakan projek. Bayangkan, master Hajah Salwa yang dah berusia pun bagi 100% komitmen. Segan rasanya kakak yang muda ni tak bagi komitmen penuh. Kakak belajar sesuatu, nak berjaya, komitmen mesti ada. Kena paksa diri. Orang dah sediakan platform, rugi kalau kakak sia-siakan peluang ni. Rakan-rakan lain ada yang dah dapat order dari website jugak tau. Living proof dah ada. Tinggal buat dan sabar.
Ada banyak lagi nak review, nanti kakak tambah. Ada yang tanya, nak lagi tak Projek Blog Mega 2.0? My answer for sure, YES! nak lagi. ๐ Kenapa?
Kakak daripada tak tahu tentang blog, jadi teruja nak menulis. Salah satu push factor untuk kakak grow. Kakak ada matlamat, kena push diri untuk buat. Tak boleh stop sedangkan baru nak mula. Big why kena kejar. Platform ni dah ada. Ada guideline nak tulis tentang apa, cara nak tulis dengan lebih baik. Bila buat ramai-ramai, aura dan semangat dia tu lain macam tau. Seronok. Nervous pun ada takut lambat submit. rasa macam dapat assignmet dari lecturer siap ada due date dan dateline. Sekarang pun sama. Entah qualified ke tak๐ Doakan ye.
Selain tu, kakak nak belajar lagi dan lagi. Kakak nak berada dalam circle hebat ni. Ini salah satu caranya. Kakak jauh di luar bandar, tak dapat nak ikut berkumpul macam orang di Semenanjung. Terpencil, jauh. Dalam projek ni, seluruh Malaysia dan pelbagai latar belakang serta ranking ada. Ini lah masanya kakak belajar dari orang hebat ni. Kakak nak jadi part of this awakening wave. I know this wave will make it to the top. Yakin. Satu hari nanti kakak dah berjaya, kakak akan dapat kata, kakak salah seorang peserta wave 2023 ni dulu. Kakak belajar dari orang-orang ini. Siapa tahu, dengan izin Allah, kakak pulak jd mastermind sehebat ini? Haha..berangan eh. Berangan benda baik, doakan k!
Satu lagi, kakak nak hidupkan blog, alang-alang buat, buat sampai jadi. Ha gitu semangatnya. Blog pun boleh jadi kedai online tau. Seronok dengar orang lain, tengah tidur pun order masuk. Dari blog lah salah satunya. Orang yang segan nak whatsapp kita, boleh direct order sendiri. Atau daftar sendiri jadi ahli. Yang ni kakak akan usahakan. Again, doakan kakak ya kawan-kawan. Tambahan, projek blog mega ni sendiri salah satu usaha murni masters kita bantu untuk grow. Bukan setakat grow blog, bisnes, mindset, semangat, semua di upgrade dalam projek ni. Nak dengan tak nak je lagi. That's why, kakak excited. What's Next? Adakah kakak terpilih? Kita tunggu keputusannya. ๐
Terima kasih sudi baca coretan panjang kakak kali ni. Semoga ada rezeki ikut projek blog mega sampai habis season ni. Semoga wave yang sedang diusahakan akan jadi the longest, strongest wave ever dan boost kita punya bisnes growth! Salam ukhwah semua. Jumpa lagi di entri seterusnya.
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Besttttt!
ReplyDelete