Rakan Blog Mega

Sunday, February 26, 2023

Bukan Sekadar Bisnes : 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!

POSTER JEMPUTAN KE SURIJUNIOR GATHERING 25 FEBRUARI 2023

Semalam, 25 Februari 2023, keluarga besar Surijunior telah mengadakan satu majlis "gathering" bertempat di kediaman maktok, Master Farihah. Selalu tengok je jemputan begini, teringin juga suatu hari nanti jika diizinkan Allah, kakak akan pergi gathering di rumah maktok, sebagai Master. Tingginya impian kan! Hahaha. In shaa Allah tiada yang mustahil meskipun kakak duduk luar bandar Sarawak ni haa. Dare to dream, dare to achieve! Gitu. Kita buat je, jalan je sampai jadi. Okay team?

Ini salah satu tarikan bagi kakak nak join komuniti bisnes Shaklee ni. Mulanya memang lah nak bisnes saja. Nak duit lebih. Tapi, lama-lama kakak tertarik dengan komuniti yang ada, terutama Surijunior di bawah pimpinan Master Farihah. Surijunior bukan hanya ada Master Farihah. Master Cip, Master Metot, Master Bunda Ali, dan ramaaaiiii lagi master-master, coordinator, supervisors yang hebat-hebat belaka. Mashaa Allah. Apa yang hebat dan menarik tu? Mari kakak senaraikan 9 antaraya.

Gambar semasa gathering di rumah maktok.

1. Upline

Dalam komuniti bisnes Shaklee, Upline tak  kira level mana pun dia, sentiasa bersedia untuk bagi bantuan kepada downlines nya. Contoh macam kakak, direct upline kakak SV Nora, ada masa dia sibuk, kakak akan rujuk kepada Ulfa. Ulfa, sehingga kepada maktok Farihah ni, sangat-sangat tak lokek ilmu. sedia bantu dan dengar apa permasalahan kita nak grow. Tak tahu nak mula dari mana, tanya, tak tahu nak buat apa, tanya. Perlukan kekuatan, luahkan. Mereka bantu sedaya upaya. Tinggal kita je lagi nak push diri.

2. Perkongsian Ilmu Percuma

Komuniti besar ni ibarat keluarga besar Shaklee. Yang ni cukup hebat. Ulfa selalu jemput mereka untuk sharing, buat kelas di FB, whatsapp dan zoom. walaupun berlainan team, mereka tak lokek ilmu. Mereka beri dengan ikhlas, mendoakan dengan sepenuh hati kejayaan kita si ikan bilis. Kelas disediakan percuma, siap ada ulangan. Tak kisah siapa pun, semua boleh join kelas dan dengar, perkongsian ilmu, tips-tips kejayaan, kata-kata semangat. tak memilih kita ni downline siapa, semua dilayan sama rata. Tak kisah kita ranking apa, ilmuu diberi percuma sahaja. Perkongsian produk, dari pakar nutrisi. Tips kesihatan, dari doktor terlatih, ilmu marketing, sehinggalah perkongsian pengalaman, semua ada di sini. 

3. Ukhwah dan saling mengingatkan

Seperti yang kakak katakan tadi, dalam komuniti Shaklee kita jumpa sangat banyak orang. kita bagai satu keluarga yang sangat besar. Dalam keluarga besar ni, kita saling mengingatkan, bahawa kejayaan ini, kita sandarkan kepada siapa. Kebergantungan kepada siapa. Setiap kali kelas, bukan hanya perkongsian mengenai bisnes, tetapi pengisian rohani, makanan jiwa juga diselitkan. Kami sentiasa diingatkan untuk menjaga hubungan dengan pencipta sebagai Maha pemberi rezeki. Hubungan kekeluargaan, suami isteri, dan seumpamanya, pun sering diingatkan oleh komuniti ini agar dijaga sebaiknya. Maktok umpamanya, akan ingatkan kami setiap hari, jangan lupa baca Al Waqiah. Sifat manusia, selalu lupa dan sentiasa perlu diingatkan. Bahkan kalau nak buat IF, siap sama-sama buat dalam group. Siapa dah siap 10k step, update dalam group. Seronok.😂

4. Group Support Terbesar

Komuniti Shaklee Malaysia mempunyai group support yang terbesar seantero Malaysia! Haa, kenapa? Pergi lah mana-mana pun, kalau dah ahli Shaklee, tetap satu keluarga. Nak cari bahan marketing? Ada disediakan. Nak tahu maklumat nutrisi produk lebih detail? Ada disediakan. Nak tahu tentang produk terkini? semua bahan ada. Tak ada ilmu marketing? Ada group disediakan untuk kita cedok dan ambil saja. Copy paste tukar no hp. Semudah itu. 



5. Pelbagai program menarik

Komuniti Shaklee Malaysia ni selalu buat program menarik tau. Bukan setakat gathering. Gathering makan-makan pun cukup best, jumpa kawan-kawan member Shaklee, berkenalan, bina network baru. Kuiz, kelas-kelas nutrisi, ada cabutan bertuah, ada pertandingan, ada business conference yang level international dia punya skala. Paling menarik program macam ni bukan saja hiasan, tempat dan event tu sendiri yang grand, tapi doorgift dan hadiah dia barangan Shaklee yang super wow! Baru-baru ni hadiah cabutan bertuah, ada yang dapat i-phone 14 tau! Bulan ni inshaa Allah ada yang dapat hadiah utama Gold Bar. Emas tulen tuuuu. Dan yang terbaru, projek Blog Mega Shaklee ini sendiri. Mana nak cari program best untuk grow sama-sama? Shaklee ada gais!

Senarai pemenang cabutan bertuah


6. Pakej Percutian Menarik 

Yang ni memang idaman terutama orang  yang suka jalan-jalan makan angin. Nak travel tapi tak ada duit? Boleh travel secara percuma. Yes! Percuma gais! Umrah percuma bertaraf lima bintang? Ada! Travel ke negara Asia? Ada! Travel ke negara Eropah? Percuma! Yang penting, QUALIFIED. Tak mustahil ya. Bukan tiket saja percuma. Penginapan, makanan, duit poket pun dapat tau. Nak pergii seorang boleh, nak bawak family pun boleh. Semua ditanggung percuma. Menarik kan Shaklee? Nak tau? mari kita cerita lanjut dalam entri akan datang. Nak whatsapp kakak pun boleh. 😁 Tahun depan, Shaklee nak bawak kita ke Jepun pulak. Nak ikut? Ajum kita usahakan! Tak nak pergi Jepun? Ikut regional trip, Singapore, Penang, Phuket, Singapore. Free. Nak ke nak?

Regional Trip

International Trip

7. Bisnes Shaklee Mesra Keluarga

Jika ada event di luar, kebanyakan masanya kita boleh bawa keluarga bersama. Bisnes ni flexible. Boleh buat di mana-mana bila-bila masa. Ini adalah salah satu sebab kenapa kakak berusaha nak menjayakan bisnes Shaklee yang baru dibina ni. Kakak ada goal untuk dapatkan time freedom, money freedom. Masa lebih bersama family seperti mana master yang lain. Bekerjaya (bekerja dan berjaya) dari rumah sahaja. Tak terikat dengan pihak atasan, segala kerenah birokrasi, sistem yang leceh. Doakan ya. Banyak bekas guru, bekas doktor, bekas engineer yang dah bersara dan full-time bisnes Shaklee dah berjaya. moga kita salah satunya. Amiiin..

8. Living Proof

Bukti kejayaan depan mata. Orang-orang yang berjaya dah ada. Bukan sikit tapi ramaiii.. Ada surirumah cipta pendapatan lima hingga enam angka sebulan. Ada yang beli rumah dengan payslip Shaklee. Bayar kereta bulanan hanya dengan bonus Shaklee. Bina rumah sampai 4 biji hanya dengan bonus Shaklee. Pelajar IPT berpendapatan T20 dengan bonus Shaklee, Jutawan Kokdiang surirumah tapi bisnes leader? Adaa... cari lah seberapa banyak maklumat, ramai dah usahawan berjaya dengan berplatformkan Shaklee.

Master Bunda Ali
Berhenti belajar demi jaga ayah yang sakit. Fleksibel, sambil jaga ayah, sambil tambah pendapatan dengan Shaklee.









9. Bisnes Shaklee Mudah, Fleksibel dan Adil.

Haa.. kenapa mudah sangat? Bahan-bahan dah disediakan, tak payah simpan stok pun. Masukkan dalam sistem, sistem sendiri akan pos kepada customer kita. semua bahan marketing tools disediakan. Bak kata orang, semua ada di hujung jari aje. Tak perlu kita yang keluar pergi pos. Tak ada modal nak mulakan? Boleh jadi dropship.  Bila-bila masa pun boleh buat, dan tak kira kita di luar negara ke, tengah bercuti ke, bila-bila je boleh. Tak ada syarat sangat, asalkan 18 tahun ke atas. Cukup. Ada handphone, line internet, whatsapp. Pun boleh. Fleksibel kan? Lagi satu, sistem ni adil. Tak ada istilah kita kerja teruk-teruk, upline dapat untung. Tak ada ya. Ini siapa buat, dia dapat. Downline punya bonus boleh melebihi upline dia. Upline boleh jadi tak ada bonus sedangkan downline tengah buat sampai lima angka. Tapi kalau sama-sama buat kan elok? Man Jadda, Wa Jadda.


Ini senior supervisor, baru 2 hb. Hari ni dah 26hb agaknya berapa ya? 
Dah boleh resign kerja cikgu kot? Hihihihi

Best kan? Nak join team kami? Jangan segan silu whatsapp kakak ye. Whatsapp kakak terus sekarang.

Ok lah. setakat ini dahulu perkongsian kakak bagi entri kali ni. Kalau nak di senaraikan semua, panjanggg lagi rasanya. In shaa Allah kakak akan kongsikan lagi apa yang menarik mengenai komuniti bisnes Shaklee ni pada masa akan datang. Stay Tune!

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


No comments:

Post a Comment