Rakan Blog Mega

Saturday, March 18, 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia

"Kita yang menentukan masa depan kita sendiri"


Entri minggu lepas, kakak ada syorkan satu Set Kurus Shaklee khas untuk anda yang sedang mencari cara untuk Kurus sebelum raya. Semestinya dari Shaklee. Tapi, kenapa Shaklee? Sebabnya, di Malaysia, Shaklee adalah yang terbaik. Nak tahu kenapa? Ini sebabnya:

1. Shaklee ada Landmark Study.

Selalu dengar tapi tak tau apa dia landmark study kan?  Haa, perkataan landmark itu sendiri adalah bermaksud landskap, penanda atau rujukan. Contohnya, bandar besar Kuala Lumpur landmarknya adalah KLCC, Petronas Twin Tower, Sabah ada Gunung Kinabalu, Sarawak dengan Bangunan DUN, dan seumpamanya. landmark study ni adalah sebagai penanda aras kepada keberkesanan produk Shaklee. Orang selalu tanya, apa bukti yang menunjukkan Shaklee ni bagus, bukan omong kosong kan? Ini lah salah satu buktinya. 

Mr Roger Barnet (CEO Shaklee)

Ketika Mr Roger Barnet membeli syarikat Shaklee, beliau telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat landmark study berkaitan Shaklee. Kajian bebas ini melibatkan 1056 orang pengguna, melibatkan 3 golongan iaitu mereka yang mengambil satu jenis supplemen selain Shaklee, pengguna Shaklee, dan orang yang tidak maakan apa-apa suplemen, hanya menjaga diet dan pemakanan sahaja.

NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni. Doktor ni bukan calang-calang orang tau. Beliau ni adalah antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk dari hasil ujikaji ni beliau akan tetap publishkan. Yang buat piramid makanan yang biasa kita guna tu doktor ni lah. Hebat kan?


Hasilnya, pengguna tegar supplemen Shaklee menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan yang lebih unggul berbanding dua lagi kategori. Menarik kan? Bukti dengan data yang dipercayai! Jangan ragu, Shaklee sememangnya supplemen terbaik di Malaysia.

2. Pelopor Multivitamin Tertua di Dunia!
Multtivitamin dan Produk pertama, Vitalized Minerals kini dikenali sebagai Vita-Lea.

Dr. Forrest C Shaklee telah mencipta produk pertama Shaklee iaitu sejenis multivitamin semulajadi yang dinamakan Vitalized Minerals, pertama di Amerika Syarikat dan seumpamanya dunia. Kini vitamin ini telah ditambah baik dan dijenamakan sebagai Vita-Lea. Haa, ramai tak percaya Vita Lea dah 108 tahun? Ini lah hakikatnya. Masih relevan sehingga kini!

3. Mementingkan keselamatan Pengguna.

đź’–Shaklee sangat menjaga kualiti produk yang dihasilkan. Lebih 100,000 ujian kualiti tahap keselamatan dijalankan ke atas setiap produk, setiap tahun untuk memastikan pengguna mendapat yang terbaik. Sebagai pengguna yang bijak, tentulah kita nak supplemen yang selamat untuk digunakan untuk tubuh badan kita. 
đź’–Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
đź’–Shaklee juga mematuhi kehendak standard organik yang ditetapkan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat, dimana mewajibkan sekurangnya lebih 100 ujian terhadap racun perosak. Shaklee dah uji lebih dari 300 iaitu 3 kali ganda daripada yang dikehendaki. 

4. Terbukti berkesan.

đź’–Keberkesanan produk Shaklee bukan sahaja berasal daripada testimoni pengguna. Ia juga disokong oleh kajian saintifik. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
đź’–Kajian Telomere oleh Shaklee berjaya membuktikan bahawa pengamal supplemen Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang, atau dalam kata lain, 11% lebih awet muda berdasarkan ujian DNA.
đź’–Shaklee juga mendapatkan hak paten bagi produknya, dan antara produk yang mempunyai 5 hak paten adalah Vivix! 
đź’–Diiktiraf sebagai Malaysia's Trusted Brand pada 2021 dan 2022, oleh pembaca Reader's Digest di Malaysia. Pengiktirafan dan anugerah yang tidak dibayar untuk dimenangi, dan berdasarkan tinjauan ke atas pembaca secara rawak, dan sukarela.
đź’–Produk Shaklee terbukti bermanfaat dan membantu atlet-atlet olimpik memenangi pelbagai anugerah. Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk kami memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA.

5. Shaklee adalah produk mesra alam

đź’–Kita ambik Omega Guard sebagai contoh. Omega Guard Shaklee yang mana merupakan minyak ikan berkualiti tinggi. Ikan, tangkap dari laut. Meskipun begitu, Shaklee masih menjaga populasi ikan di laut sehingga mendapat pengiktirafan oleh organisasi Friends Of The Sea.
đź’–Semua produk Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.
đź’– Produk Shaklee adalah bersifat biodegradable.
đź’–Pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik.
đź’–Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ yang telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

6. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik. Semua produk telah diformulasi agak dapat diserap dengan baik oleh badan. Barulah dapat manfaat optimum.

7. Shaklee merupakan syarikat berprestasi tinggi dan genuine. Diasaskan pada 1956, Shaklee mempunyai asas yang kukuh dan kekal bertapak sehingga kini. Shaklee merupakan pengeluar supplemen, produk Shaklee sentiasa berevolusi dan diinovasi sehingga kini. Antara produk yang lama dalam pasaran dan masih ada hingga kini adalah  Vita Lea, ESP dan Basic H. Oleh itu, tiada isu produk dikeluarkan secara OEM atau macam cendawan tumbuh.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab mengapa supplemen Shaklee merupakan supplemen terbaik. Boleh baca artikel tulisan rakan blog kakak di sini nanti ya : Supplement Terbaik

Kawan-kawan kalau nak cari Supplemen terbaik Malaysia ni boleh contact kakak:

Whatsapp: 0198648908
Facebook:Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Terima kasih sudi membaca! Jumpa lagi ya..

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

1 comment:

  1. Suka dengan Vitamin Shaklee. Rasa dah beri terbaik pada tubuh :)

    ReplyDelete