Rakan Blog Mega

Monday, April 10, 2023

BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA: POINT NOMBOR 5 PALING BEST!

 BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA:  

KELEBIHAN SHAKLEE

Tahun 2022 yang lalu, kita telah diberi amaran mengenai kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun ini. Seperti ramalan oleh para pakar ekonomi dan terpampang di dada-dada akhbar, rakyat sememangnya sedang mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil. Kenaikan harga barang mentah umpamanya, sangat dirasai sehingga memaksa peniaga menaikkan harga barang jualan. Rakyat marhaen seperti pengguna, terpaksa menanggung beban dan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Apatah lagi ketika musim perayaan yang bakal tiba beberapa minggu lagi. Semua perlukan duit untuk membuat persiapan meraikan keluarga dan tetamu. Para pakar ekonomi memberi beberapa cadangan untuk menghadapi keadaan ini. Antara cadangan yang diberi adalah:

Nampak tak yang kelima tu? Yang paling menarik terutama bagi yang bekerja tentulah bisnes online. Tapi bisnes apa dan macam mana? Bagi kakak sendiri, tentulah pilih Shaklee sebagai Bisnes Online Terbaik Malaysia 💕.

Kenapa Shaklee jadi pilihan? Mari kakak kongsikan kelebihan bisnes online Shaklee.

1. Bisnes Di Hujung Jari


Kelebihan bisnes Shaklee ni ia boleh dilakukan di hujung jari sahaja. 


📲Kita boleh guna pelbagai platform untuk mengiklankan atau mempromosi produk kita. Contohnya Facebook, Instagram, Tik Tok, Whatsapp status, Twitter, blog dan sebagainya. Platform ini kebiasaannya percuma dan mudah diakses. Tak perlu cipta website berbayar sebagai permulaan.
📲Setiap transaksi boleh dilaksanakan secara online. Website Shaklee memudahkan kita untuk menyimpan rekod jual beli, tracking number, memudahkan rujukan pada bila-bila masa. Harga dan kuantiti serta promosi terkini juga dipaparkan. Tak perlu lah kita simpan duit kecil untuk mengembalikan baki berbanding jika pelanggan membuat pembayaran tunai.😁
📲Ianya adalah selamat. Transaksi perbankan umpamanya, dilengkapi ciri keselamatan dan dilakukan secara real-time. Bayangkan tengah beratur di bank nak bankin duit untuk beli produk, kena berbaris lama, dan risiko keciciran wang tunai atau kehilangan pun perlu diambil kira. Boleh pilih nak guna FPX atau kad kredit mahupun kad debit.
📲Nama pun bisnes online terbaik di Malaysia, tentulah segala urusan jual beli pun online kan. 😁 Order barang online, buat dan terima pembayaran online, tau-tau barang dah sampai ke alamat penerima. Mudah kan?
📲Pasaran bagi bisnes online ni tidak terhad kepada pasaran setempat macam kita jual di gerai atau kedai fizikal. Tetapi, pelanggan kita boleh datang daripada pelbagai pelusuk Malaysia bahkan seantero dunia seluas bumi yang Allah cipta. Bayangkan ada berapa juta penduduk bumi? Sebanyak itulah luasnya pasaran online kita. 😁


2. BISNES ONLINE YANG FLEKSIBEL


🍃Dengan Shaklee, kita boleh bekerja ikut masa sendiri. Tak perlu ikut jam pejabat, terkejar-kejar nak ke tempat kerja. Hanya beberapa minit secara maya, ikut keselesaan sendiri. Post status sekejap, sambung sapu rumah. Nanti rehat sekejap, reply whatsapp customer. Begitulah mudahnya Shaklee. Sesiapa saja boleh luangkan masa begini kan? Orang bekerja boleh, suri rumah boleh, student pun boleh je.. Kalau full time buat Shaklee saja, lagi la seronok. Sebabnya, extra-extra masa untuk beribadah. Akhirat dan dunia mestilah seimbang ya.  Kejar akhirat, dunia dalam tangan, In Shaa Allah💖

🍃Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ini menarik. Nak work from home? work from office? tengah bercuti naik cruise, order masuk? Sedang tidur orang buat tempahan? Yes it is possible with Shaklee! 

🍃Dengan adanya bisnes online seperti Shaklee, semakin ramai wanita yang kembali ke fitrah, dapat meluangkan masa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga terutama ibu bapa dan anak-anak. Walaupun kadang-kadang Shaklee ada buat event di luar, boleh bawa anak-anak sekali kerana Shaklee bisnes yang mesra keluarga. Kita tidak sekali-kali abaikan keluarga demi bisnes. Malah, kita raikan keluarga yang mana merupakan punca keberkatan rezeki kita.

3. ZERO MODAL PERMULAAN

Jika belum mendaftar sebagai ahli, boleh pilih sama ada nak jadi dropship dahulu. Tiada modal diperlukan. Team kakak sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mendaftar sebagai dropship.

✅ Boleh daftar sebagai ahli dengan maharnya RM35 sahaja. Antara yang termurah. Dah daftar, boleh terus bermula bila-bila masa. Dulu-dulu daftar ahli RM65.

✅ Bagi peminat tegar Shaklee yang sebelum ni tak jadi ahli pun, sekarang hampir setiap bulan Shaklee buat promosi keahlian melalui belian produk tau! Yang terbaru April 2023 ni, ada Set Rahmah Shaklee. Free membership. Jimat RM35.

✅Haa ini khas untuk team kakak ya, kami setiap bulan daftarkan ahli secara percuma sahaja, khas untuk yang serius nak memulakan bisnes bersama Shaklee. Cuma, tempat sememangnya terhad. 😁


4. TIADA RISIKO

💯 Berbanding membuka kedai fizikal, kita tak perlu risau risiko untuk mengeluarkan modal ratusan ribu membuka kedai, menyewa kedai atau membeli bangunan/ tapak sewaan kedai. Kedai kita, cukup hanya di media sosial yang kita guna setiap hari.

💯Tak perlu risau akan keselamatan kedai atau kekurangan wang untuk membayar gaji atau komisyen pekerja.

💯Tak perlu risau risiko rugi jika stock tak habis, ini kerana kita tak perlu simpan stock pun. Hanya buat tempahan berdasarkan keperluan pelanggan sahaja. Jadi, kita tak rugi apa-apa pun.


5. UNLIMITED INCOME


Macam tak logik? Percayalah, kita sendiri yang boleh set dan target berapa kita nak capai pada bulan ni. Satu angka? dua angka, tiga agka, sampai ada enam angka maintain setiap bulan pun ada tau! Sebab kita boss, kita pekerja, kita lah semuanya. 😁 Kalau nak gaji macam CEO, usaha pun kena macam CEO. Seronoknya Shaklee ni, tak pernah lewat bayar bonus kepada ahlinya. Setiap 14hb, Shaklee akan bayar, tak lebih, tak kurang. Tak pernah lewat. Malah awal pun ada. Yang penting, bulan sebelumnya dah lock siap-siap berapa bonus kita. Dan bonus bukan satu jenis saja, ada macam-macam jenis boleh dapat beserta insentif tambahan. Nak tahu? Mari join team kakak.

6.  PROGRAM CAR BONUS

Namanya Car Bonus, tapi tak dapat kereta, sebaliknya dapat duit. Sebabnya, tak semua orang minat kereta yang sama. Jadi bila dapat duit, terpulang pada kita nak guna duit dari car bonus tu untuk apa. Nak beli atau bayar kereta idaman? Bagi mak ayah? terpulang. Shaklee tak pernah tanya pun kita buat apa dengan duit yang kita dapat. Selagi kita aktif berbisnes, selagi tu lah Shaklee akan bayar car  bonus ni, kepada yang layak ikut syarat yang diberi.

7. UMRAH DAN TRAVEL TAJAAN SHAKLEE

Bayangkan bawa suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga pergi umrah bersama, dan ditaja sepenuhnya? Free jer. Melancong ke negara asia, luar negara pun atas tajaan Shaklee. Bawak diri saja. Tiket, penginapan, makanan, duit poket semua Shaklee bagi. Dan yang paling best, semua guna pakej VIP. Tak perlu keluarkan duit sendiri pun. Mustahil ke? Tak mustahil, ada orang tiap tahun pergi umrah dan bercuti tajaan Shaklee ni. Nak tahu lanjut? Pm tepi naa..

8. SYARIKAT YANG KUKUH DAN STABIL

Shaklee merupakan syarikat yang telah diasaskan pada tahun 1956, lebih kurang 67 tahun dalam pasaran kesihatan dunia. Menariknya, vitamin pertama Shaklee telah dicipta dan digunakan sejak tahun 1915 bersamaan dengan 108 tahun! Bukan setakat kukuh, sistem perniagaan yang dijalankan adalah telus dan paling utama patuh syariah. Tiada istilah mengkayakan orang atas!

9. LIVING PROOF INSPIRASI, SUPPORT SISTEM TERBAIK

Kisah kejayaan mereka yang bersama Shaklee sentiasa menjadi inspirasi dan memberi motivasi. Bahkan, mereka ini lah yang akan bantu kita untuk terus melangkah sehingga mampu mencapai impian dan target kita dalam Shaklee. Mereka yang akan bantu kita dengan support sistem yang ada. Segala bahan disediakan, kelas-kelas percuma, tunjuk ajar diberikan secara ikhlas dan sentiasa menjadi pendorong untuk kita meneruskan langkah bersama Shaklee. Pengalaman kakak sendiri, tak kisahlah dari team mana pun, bagai satu keluarga besar Malaysia, tak lokek mereka yang hebat ni berkongsi idea, pengalaman dan tunjuk ajar. Subhanallah!

10. PRODUK SELAMAT DAN BANYAK TESTIMONI

Sebut sahaja testimoni untuk apa, pencapaian bisnes? Testimoni produk? Banyak dan bersepah. Hanya type dan google sahaja. Shaklee menekankan prinsip "Safe, Proven, Effective", iaitu produk yang selamat dari pencemaran, asli tanpa campuran pengawet dan toksik. Seterusnya mempunyai hasil yang terbukti berkesan melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh saintis Shaklee. Produk Shaklee juga efektif yang mana telah banyak membantu pelbagai lapisan masyarakat mencapai matlamat hidup sihat di  seluruh dunia.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa Shaklee ni adalah Bisnes Online Terbaik Malaysia. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan yang kakak sebut? Nak jadi ahli team kakak? Hubungi kakak sekarang tau!

Whatsapp : 0198648908

Facebook: Mimi Amira

Instagram: Mimi Amira


Artikel lain boleh baca tentang bisnes terbaik daripada kakak punya mentor hebat 😍rujuk sini ya: BISNES ONLINE 

#Blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

1 comment: