Rakan Blog Mega

Sunday, April 23, 2023

AWKWARD MOMENT RAYA? TIPS RAYA DENGAN SHAKLEE KHAS UNTUK MAMA BUYUNG

 AWKWARD MOMENT RAYA? 

SEDIKIT TIPS RAYA DENGAN SHAKLEE KHAS UNTUK MAMA BUYUNG

Gambar Family Kakak. Tak lengkap tahun ni.

Hari ni 23 April 2023 adalah hari Raya ke-dua bagi kita di Malaysia. Pasti ada yang teringat dan dah berlaku beberapa moment awkward, atau agak kekok kan? Kali ni kakak pun sama. Tak la pelik cuma lucu pun ada.😁 Padahal baru hari raya kedua. antaranya:

1. Salam laga pipi

Kakak and my dearest cuzzy

Dengan sepupu yang ni memang dh selalu. Tapi kena pulak dengan makcik yang sangat jarang jumpa kan, salam peluk laga pipi ni haa yang jadi awkward. Ingatkan dua kali, rupanya tiga kali. kadang kita baru dua, dah stop. Eh macam mana ek? Confuse nak laga berapa kali sebenarnya. Style kakak, laga je lah. Rasanya banyak yang macam ni kan. Hahaha😂

2. Tengah elok posing, tetamu menjenguk depan pintu 😂


Kami bersepupu. Tak ramai balik tahun ni

Can you imagine, tengah elok kita posing huru-hara, atau ayu-ayu gitu, tak sedar tetatmu dah ada nun depan pintu. Malu oii 😁 Nak lagi orang belum bagi salam, pintu rumah kakak ni memang jenis terbuka luas tak berpagar pun rumah. Orang kalau dengan kereta boleh park sampai depan pintu terus. Haa, naya tak naya nya bila kita posing orang peratiiikan je. Hahaha. Nak tak nak, cover malu masing-masing, sambut terus tetamu. pandai-pandai la buat peranan masing-masing. Ada yang pergi ambik cawan, buka penutup makanan, hidang air, jemput makan. Last, ajak bergambar sekali.😂

3. Baru bukak tudung, tiba-tiba tetamu datang


Masa tak ada orang, menyempat sekejap 😁

 Kakak ni kalau dah masuk dapur, banyak kerja nak buat, buka sekejap tudung. Masak atau buat kerja dengan scarf saja. Tapi kan, baru cuci pinggan skejap, siang ikan, tiba-tiba ada kereta parking masuk rumah. Kelam kabut la pasang semula tudungnya. Kadang tu tak sempat nak tengok cermin pun, pasang je la senget benget pun. 😂

4. Salam cium tangan

Ni gambar di salah sebuah rumah nenek belah bapak. ada beberapa buah keluarga datang sama waktu masa tu. Ramai la yang confuse. 😂


Ni bukan sebab tak nak cium tangan. Tapi, ada yang confuse tau. Kita tau usia dia jauh lebih tua dari kita. Cumanya fizikal dia rendah sikit dari kita. Dan pulak, pangkat makcik kita. Entah macam mana pulak semalam dia boleh cium tangan kita. Awkward rasanya. Kakak pulak jenis tak kisah. Anggap je la diorang semua kecik.  Terutamanya kan yang jarang sangat kita jumpa. Atau jarang balik kampung.😂

Apapun, raya kali ni seronok sangat. Ahli keluarga banyak yang datang rumah. Esok 24 April, rumah kakak buat open house pulak. Memang malam ni kena banyak guna energy nampaknya. Hihi. Kakak nak share la dengan mak buyung, mama buyung macam kakak ni beberapa tips untuk kekal sihat dan aktif sepanjang Hari Raya. Antaranya:

1. Dapatkan rehat yang mencukupi. Kakak ni dah masuk 35 minggu, agak sarat juga nak berjalan. Tapi Alhamdulillah masih larat nak cuci pinggan, masak, layan tetamu.


2. Jangan minum minuman bergas. Maklumlah, masa raya banyak sangat ya minuman bergas (berkarbonat) yang di hidang. Bagi kakak sendiri, kakak akan tuang performance drink atau cinch tea je. Supaya tak terlalu craving.

3. Kurangkan makan makanan manis dan berlemak. Ketupat rendang, sila nikmati... (tu lagu). 😁 Kita mama buyung ni yang manis-manis memang kena elakkan. Demi baby dan diri sendiri. Kolestrol naik, bacaan gula naik, risau dibuatnya.



4. Jangan lupa makan ubat ikut saranan doktor. Raya ni buat kita kenyang dan makan tak ingat dunia kadang-kadang. Tapi kita kena la pandai control nafsu. Makan ubat ikut saranan doktor. Yang klinik bagi tu.

5. Ambil supplement tambahan yang bersesuaian dengan kita. Macam kakak, ambik Set Hamil Shaklee. Alhamdulillah sepanjang kehamilan kakak, tak ada masalah kesihatan yang serius. Tenaga pun alhamdulillah setakat ni. Tak ada cramp atau kejang kaki, tak ada sembelit teruk sampai buasir. HB cantik, gula cantik, BP cantik. Doakan kakak kekal sihat sehingga selamat melahirkan, dan kakak dan baby sihat sentiasa ya!


Oh ya, ini dia set hamil yang kakak maksudkan:


Ibu-ibu atau bapa yang berminat nak bantu ibu hamil jaga kesihatan sepanjang kehamilan dan raya dengan Shaklee ni, boleh je Whatsapp atau contact kakak:

Whatsapp: 0198648908
Facebook:Mimi Amira
Instagram:Mimi Amira

Nak dengar cerita kawan yang lain beraya? Klik sini yaHARI RAYA DENGAN SHAKLEE


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Insentif Shaklee Yang Ramai Tak Tahu: No 5 Tu Paling Rare

 Insentif Shaklee Yang Ramai Tak Tahu



Sebut saja insentif Shaklee, pasti ramai terfikir ianya hanya dalam bentuk bonus (wang ringgit) atau komisyen semata-mata. Namun, tak ramai yang tau Shaklee memberi pelbagai insentif kepada setiap ahli dan distributor yang layak mengikut syarat yang diberi. Nak tau tak apa insentif Shaklee yang best? Teruskan membaca ya.


1. Cash 

Cash bonus bukan sahaja hasil jualan, untung runcit semata-mata. Bonus terdiri daripada bonus personal, bonus leadership (ada 6 jenis. Insentif kepada Coordinator, Key Coordinator dan Master Coordinator pun ada. Yang ni, kakak akan terangkan secara lebih lanjut kepada ahli yang berminat. Kalau awak bukan ahli tapai berminat, pun boleh pm kakak. 😁 Bagi ahli yang membeli untuk kegunaan sendiri, kita pun layak mendapat cashback hasil pembelian tadi. Manakala bagi pengedar, tiada limit kepada pendapatan yang boleh kita dapatkan daripada Shaklee. Man Jadda Wa Jadda. Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Kan? Dengan cash yang kita dapat, macam-macam yang kita boleh buat atau beli. Tak ada had berapa shaklee akan bagi. Kalau kita layak RM7.89 sen, banyak tu jugak la yang akan masuk akaun kita tau! Tak lebih, tak kurang.😀

2. Car Bonus



Car bonus adalah salah satu program di mana, ahli yang layak melepasi syarat program ni, akan diberi hadiah dalam bentuk duit. Yes duit lagi! 😂 Kata car bonus, kenapa tak bagi kereta je? Dibuatnya orang tu dah ada Axia, bagi lagi Axia, tiap bulan dapat Axia, mcacam mana? 😆 Jadi Shaklee bagi la dalam bentuk duit, kalau orang tu dah ada kereta, mungkin dia nak beli kereta baru, atau nak buat renovation dalam rumah, nak bagi mak bapak ke, isteri ke anak ke, masuk tabung masjid ke, kan? Kalau kawan-kawan macam mana? Kakak lebih suka duit berbanding kereta. Dapat duit, kita boleh pilih sendiri kereta apa kita suka kan..Atau pilih macam mana kita nak urus duit.

3. Umrah Pakej VVIP


Doakan kakak ya! Ini adalah salah satu idaman kakak. Orang lain pergi bawa family tiap tahun. PERCUMA dengan tajaan penuh Shaklee. Pakej pun bukan cikai-cikai. Pakej umrah terbaik bertaraf VVIP yang mana kosnya mencecah RM20,000 seorang. Kakak punya maktok dalam Shaklee ni tahun ni pergi Umrah bawak family.😘 Semoga kita semua pun boleh dapat tajaan Umrah ni tiap tahun nanti ya. Gambate! Bukan tak boleh pergi sendiri kumpul duit. Tapi, ada yang free, why not usahakan dapat yang free? Boleh pergi dua kali setahun. Sekali guna duit sendiri, sekali guna pakej Shaklee. Tak nak ke? Insentif ni tak semua syarikat mampu bagi tau. Shaklee tiap-tiap tahun hantar jemaah Umrah.

4. Travel Keliling Dunia 



Gempak kan bunyinya? 😁 Ini bukan tipu-tipu kawan-kawan. Ini namanya Conventional Trip yang mana ahli yang layak akan dibawa bercuti dengan pakej percutian yang Shaklee sediakan. Bermula dari tiket penerbangan, penginapan, tour guide, makanan, wang saku, semua Shaklee sediakan. Siap ada gift lagi. Dan semestinya pakej ini adalah percuma, bertaraf VVIP. Ada dua jenis percutian yang disediakan, regional iaitu dalam Malaysia dan negara serantau, dan satu lagi adalah percutian peringkat International. Tahun 2023, Shaklee dah bawa ahlinya ke Penang dan Switzerland. Tahun depan, Shaklee dah siap umum, akan ada trip ke negara Jepun! Seronoknya! Kawan-kawan tak nak ke pergi trip percuma ni? Mari la join team kakak. Boleh pergi sendiri, atau dapatkan tiket percuma dengan insentif yang Shaklee bagi ni. Ada yang dapat satu tiket, dua dan sampai ada yang boleh bawak anak. Macam mana kalau kita sendiri tak boleh pergi, jangan risau. Boleh je bagi tiket tu pada adik-beradik. Shaklee pernah gantikan dengan nilai duit juga terutama masa PKP dulu. Tak rugi kan?


5. RM600 Insentif Khas Shaklee!

Eh? Duit lagi? RM600 percuma ni tak nak ke? Orang bagi duit raya pun dah rasa happy, ni nak bagi RM600 pulak, mesti la nak kan... 😆 Haa khas untuk tahun 2023 ni, bermula April hingga Jun adalah peringkat kelayakan. Sampai la Ogos dan membawa ke April 2024 nanti program ni berlangsung dan terbuka kepada semua pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia. Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Tapi jangan risau, kawan-kawan syaratnya mudah dan semua dah pernah lepas pun. Bagi ahli baru atau ahli lama yang berminat nak tahu lebih lanjut, cepat whatsapp kakak k! Macam mana nak hubungi kakak? Ni di bawah kakak sediakan details. Whatsapp jangan malu ye.


Whatsapp : 019-8648908
Facebook: Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Nak tahu lebih tentang insentif Shaklee? Jum lawat blog rakan kakak, klik sini ya: Insentif Shaklee

#blogmegashaklee
#Shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Friday, April 14, 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Hilang 43kg dengan cepat!

Hi Assalammualaikum, tak lama lagi Ramadhan bakal berlalu pergi. Ada yang dah Berjaya mencapai misi menguruskan badan? Ke masih berusaha? Hihi. Kakak nak share tips yang dikongsikan kawan-kawan untuk dapatkan berat badan idaman, kurus dengan cepat TETAPI selamat.

1.        #Tips 1 : Jangan skip sarapan pagi


Macam aneh kan? Tapi sebenarnya, sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga dengan nutrisi yang diperlukan. Mengabaikan makanan pagi boleh menyebabkan kita craving dan makan lebih banyak snek sepanjang hari dan cepat berasa lapar.

2.       #Tips 2: Makan secara rutin

Jika kita makan secara rutin, ia akan membantu badan untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar dan craving kepada makanan yang tinggi gula dan lemak. Contohnya, jika kita biasa makan pukul 10, jangan ubah jadual makan terlalu kerap kerana ia akan mengganggu system badan sehingga menghantar isyarat lapar yang keterlaluan dan menyebabkan kita makan dengan banyak.

3.       #Tips 3: Makan banyak buah dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah lemak dan gula serta tinggi kandungan serat, yang mana merupakan faktor utama yang membantu pengurangan berat badan. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

4.       #Tips 4 Aktifkan Diri

Pelbagai faedah apabila mengaktifkan diri secara fizikal

Gaya hidup yang aktif adalah kunci kepada pengurangan berat badan dan pengekalan berat optimum. Selain memberi manfaat kesihatan, bersukan dan bersenam dapat membakar lemak berlebihan yang tidak mampu dibuang hanya dengan berdiet. Pelbagai aktiviti kita boleh pilih dan buat ikut minat masing-masing. Tidak semestinya pergi ke gym. Hobi yang menyihatkan badan seperti berkebun, berenang, berbasikal, bermain bola sepak atau futsal, mengemas rumah, atau beriadah bersama keluarga sangat membantu dalam membakar lemak untuk kurus dengan cepat selain mengurangkan risiko penyakit yang dinyatakan dalam gambar di atas.

5.       #Tips 5: Minum air yang mencukupi

Performance drink Shaklee bukan sahaja sedap dan melegakan, 
tetapi mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Adakalanya, orang terkeliru dengan kehendak badan. Badan sebenarnya cuma perlukan air yang memadai, namun disumbat pula dengan makanan. Mana tak naik berat badan! Jangan tak tau, air pun boleh bekalkan nutrient penting untuk tubuh, terutama air performance drink Shaklee.

6.       #Tips 6: Makan makanan tinggi serat


Makanan tinggi serat membantu tubuh berasa kenyang lebih lama, dan sangat sesuai untuk mengurangkan berat badan. Serat juga dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat, roti berbijirin, beras merah, pasta dan kacang merah. Lebih lama kenyang, baru boleh kurus dengan cepat.

7.       #Tips 7: Ambil Supplemen Tambahan

Pengambilan supplemen bukan sahaja membantu untuk kurus sengan cepat, sihat dan selamat. Tapi ia akan membantu tubuh mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan dan dalam kuantiti yang mencukupi. Tahu tak, Shaklee ada set lengkap yang boleh bantu kurus dengan cepat. Tak perlu berlapar pun!

SET KURUS SHAKLEE

Kakak pernah tulis mengenai set Kurus Shaklee ni dalam artikel sebelum ini, boleh rujuk sini ya. Klik di sini : Set Kurus Shaklee

Dalam ni ada banyak sangat testimoni dari orang sebenar yang ambik set ni. Teruja tengok mereka gembira dengan perubahan berat mereka. Ada yang turun 9kg, 20kg, 43kg pun ada! 😱 Nak cuba? Sementara masih ada tawaran menarik ni! Khas untuk awak.😁

Cepat-cepat hubungi kakak untuk maklumat lanjut.👇👇👇

Whatsapp: 0198648908
Facebook: Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Akhir sekali, jemput baca perkongsian rakan kakak mengenai cara yang senang untuk kurus. Baca sini ya: Kurus Dengan Cepat

Semoga bermanfaat!

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Monday, April 10, 2023

BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA: POINT NOMBOR 5 PALING BEST!

 BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA:  

KELEBIHAN SHAKLEE

Tahun 2022 yang lalu, kita telah diberi amaran mengenai kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun ini. Seperti ramalan oleh para pakar ekonomi dan terpampang di dada-dada akhbar, rakyat sememangnya sedang mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil. Kenaikan harga barang mentah umpamanya, sangat dirasai sehingga memaksa peniaga menaikkan harga barang jualan. Rakyat marhaen seperti pengguna, terpaksa menanggung beban dan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Apatah lagi ketika musim perayaan yang bakal tiba beberapa minggu lagi. Semua perlukan duit untuk membuat persiapan meraikan keluarga dan tetamu. Para pakar ekonomi memberi beberapa cadangan untuk menghadapi keadaan ini. Antara cadangan yang diberi adalah:

Nampak tak yang kelima tu? Yang paling menarik terutama bagi yang bekerja tentulah bisnes online. Tapi bisnes apa dan macam mana? Bagi kakak sendiri, tentulah pilih Shaklee sebagai Bisnes Online Terbaik Malaysia 💕.

Kenapa Shaklee jadi pilihan? Mari kakak kongsikan kelebihan bisnes online Shaklee.

1. Bisnes Di Hujung Jari


Kelebihan bisnes Shaklee ni ia boleh dilakukan di hujung jari sahaja. 


📲Kita boleh guna pelbagai platform untuk mengiklankan atau mempromosi produk kita. Contohnya Facebook, Instagram, Tik Tok, Whatsapp status, Twitter, blog dan sebagainya. Platform ini kebiasaannya percuma dan mudah diakses. Tak perlu cipta website berbayar sebagai permulaan.
📲Setiap transaksi boleh dilaksanakan secara online. Website Shaklee memudahkan kita untuk menyimpan rekod jual beli, tracking number, memudahkan rujukan pada bila-bila masa. Harga dan kuantiti serta promosi terkini juga dipaparkan. Tak perlu lah kita simpan duit kecil untuk mengembalikan baki berbanding jika pelanggan membuat pembayaran tunai.😁
📲Ianya adalah selamat. Transaksi perbankan umpamanya, dilengkapi ciri keselamatan dan dilakukan secara real-time. Bayangkan tengah beratur di bank nak bankin duit untuk beli produk, kena berbaris lama, dan risiko keciciran wang tunai atau kehilangan pun perlu diambil kira. Boleh pilih nak guna FPX atau kad kredit mahupun kad debit.
📲Nama pun bisnes online terbaik di Malaysia, tentulah segala urusan jual beli pun online kan. 😁 Order barang online, buat dan terima pembayaran online, tau-tau barang dah sampai ke alamat penerima. Mudah kan?
📲Pasaran bagi bisnes online ni tidak terhad kepada pasaran setempat macam kita jual di gerai atau kedai fizikal. Tetapi, pelanggan kita boleh datang daripada pelbagai pelusuk Malaysia bahkan seantero dunia seluas bumi yang Allah cipta. Bayangkan ada berapa juta penduduk bumi? Sebanyak itulah luasnya pasaran online kita. 😁


2. BISNES ONLINE YANG FLEKSIBEL


🍃Dengan Shaklee, kita boleh bekerja ikut masa sendiri. Tak perlu ikut jam pejabat, terkejar-kejar nak ke tempat kerja. Hanya beberapa minit secara maya, ikut keselesaan sendiri. Post status sekejap, sambung sapu rumah. Nanti rehat sekejap, reply whatsapp customer. Begitulah mudahnya Shaklee. Sesiapa saja boleh luangkan masa begini kan? Orang bekerja boleh, suri rumah boleh, student pun boleh je.. Kalau full time buat Shaklee saja, lagi la seronok. Sebabnya, extra-extra masa untuk beribadah. Akhirat dan dunia mestilah seimbang ya.  Kejar akhirat, dunia dalam tangan, In Shaa Allah💖

🍃Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ini menarik. Nak work from home? work from office? tengah bercuti naik cruise, order masuk? Sedang tidur orang buat tempahan? Yes it is possible with Shaklee! 

🍃Dengan adanya bisnes online seperti Shaklee, semakin ramai wanita yang kembali ke fitrah, dapat meluangkan masa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga terutama ibu bapa dan anak-anak. Walaupun kadang-kadang Shaklee ada buat event di luar, boleh bawa anak-anak sekali kerana Shaklee bisnes yang mesra keluarga. Kita tidak sekali-kali abaikan keluarga demi bisnes. Malah, kita raikan keluarga yang mana merupakan punca keberkatan rezeki kita.

3. ZERO MODAL PERMULAAN

Jika belum mendaftar sebagai ahli, boleh pilih sama ada nak jadi dropship dahulu. Tiada modal diperlukan. Team kakak sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mendaftar sebagai dropship.

✅ Boleh daftar sebagai ahli dengan maharnya RM35 sahaja. Antara yang termurah. Dah daftar, boleh terus bermula bila-bila masa. Dulu-dulu daftar ahli RM65.

✅ Bagi peminat tegar Shaklee yang sebelum ni tak jadi ahli pun, sekarang hampir setiap bulan Shaklee buat promosi keahlian melalui belian produk tau! Yang terbaru April 2023 ni, ada Set Rahmah Shaklee. Free membership. Jimat RM35.

✅Haa ini khas untuk team kakak ya, kami setiap bulan daftarkan ahli secara percuma sahaja, khas untuk yang serius nak memulakan bisnes bersama Shaklee. Cuma, tempat sememangnya terhad. 😁


4. TIADA RISIKO

💯 Berbanding membuka kedai fizikal, kita tak perlu risau risiko untuk mengeluarkan modal ratusan ribu membuka kedai, menyewa kedai atau membeli bangunan/ tapak sewaan kedai. Kedai kita, cukup hanya di media sosial yang kita guna setiap hari.

💯Tak perlu risau akan keselamatan kedai atau kekurangan wang untuk membayar gaji atau komisyen pekerja.

💯Tak perlu risau risiko rugi jika stock tak habis, ini kerana kita tak perlu simpan stock pun. Hanya buat tempahan berdasarkan keperluan pelanggan sahaja. Jadi, kita tak rugi apa-apa pun.


5. UNLIMITED INCOME


Macam tak logik? Percayalah, kita sendiri yang boleh set dan target berapa kita nak capai pada bulan ni. Satu angka? dua angka, tiga agka, sampai ada enam angka maintain setiap bulan pun ada tau! Sebab kita boss, kita pekerja, kita lah semuanya. 😁 Kalau nak gaji macam CEO, usaha pun kena macam CEO. Seronoknya Shaklee ni, tak pernah lewat bayar bonus kepada ahlinya. Setiap 14hb, Shaklee akan bayar, tak lebih, tak kurang. Tak pernah lewat. Malah awal pun ada. Yang penting, bulan sebelumnya dah lock siap-siap berapa bonus kita. Dan bonus bukan satu jenis saja, ada macam-macam jenis boleh dapat beserta insentif tambahan. Nak tahu? Mari join team kakak.

6.  PROGRAM CAR BONUS

Namanya Car Bonus, tapi tak dapat kereta, sebaliknya dapat duit. Sebabnya, tak semua orang minat kereta yang sama. Jadi bila dapat duit, terpulang pada kita nak guna duit dari car bonus tu untuk apa. Nak beli atau bayar kereta idaman? Bagi mak ayah? terpulang. Shaklee tak pernah tanya pun kita buat apa dengan duit yang kita dapat. Selagi kita aktif berbisnes, selagi tu lah Shaklee akan bayar car  bonus ni, kepada yang layak ikut syarat yang diberi.

7. UMRAH DAN TRAVEL TAJAAN SHAKLEE

Bayangkan bawa suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga pergi umrah bersama, dan ditaja sepenuhnya? Free jer. Melancong ke negara asia, luar negara pun atas tajaan Shaklee. Bawak diri saja. Tiket, penginapan, makanan, duit poket semua Shaklee bagi. Dan yang paling best, semua guna pakej VIP. Tak perlu keluarkan duit sendiri pun. Mustahil ke? Tak mustahil, ada orang tiap tahun pergi umrah dan bercuti tajaan Shaklee ni. Nak tahu lanjut? Pm tepi naa..

8. SYARIKAT YANG KUKUH DAN STABIL

Shaklee merupakan syarikat yang telah diasaskan pada tahun 1956, lebih kurang 67 tahun dalam pasaran kesihatan dunia. Menariknya, vitamin pertama Shaklee telah dicipta dan digunakan sejak tahun 1915 bersamaan dengan 108 tahun! Bukan setakat kukuh, sistem perniagaan yang dijalankan adalah telus dan paling utama patuh syariah. Tiada istilah mengkayakan orang atas!

9. LIVING PROOF INSPIRASI, SUPPORT SISTEM TERBAIK

Kisah kejayaan mereka yang bersama Shaklee sentiasa menjadi inspirasi dan memberi motivasi. Bahkan, mereka ini lah yang akan bantu kita untuk terus melangkah sehingga mampu mencapai impian dan target kita dalam Shaklee. Mereka yang akan bantu kita dengan support sistem yang ada. Segala bahan disediakan, kelas-kelas percuma, tunjuk ajar diberikan secara ikhlas dan sentiasa menjadi pendorong untuk kita meneruskan langkah bersama Shaklee. Pengalaman kakak sendiri, tak kisahlah dari team mana pun, bagai satu keluarga besar Malaysia, tak lokek mereka yang hebat ni berkongsi idea, pengalaman dan tunjuk ajar. Subhanallah!

10. PRODUK SELAMAT DAN BANYAK TESTIMONI

Sebut sahaja testimoni untuk apa, pencapaian bisnes? Testimoni produk? Banyak dan bersepah. Hanya type dan google sahaja. Shaklee menekankan prinsip "Safe, Proven, Effective", iaitu produk yang selamat dari pencemaran, asli tanpa campuran pengawet dan toksik. Seterusnya mempunyai hasil yang terbukti berkesan melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh saintis Shaklee. Produk Shaklee juga efektif yang mana telah banyak membantu pelbagai lapisan masyarakat mencapai matlamat hidup sihat di  seluruh dunia.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa Shaklee ni adalah Bisnes Online Terbaik Malaysia. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan yang kakak sebut? Nak jadi ahli team kakak? Hubungi kakak sekarang tau!

Whatsapp : 0198648908

Facebook: Mimi Amira

Instagram: Mimi Amira


Artikel lain boleh baca tentang bisnes terbaik daripada kakak punya mentor hebat 😍rujuk sini ya: BISNES ONLINE 

#Blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Friday, April 7, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

 Vitamin Kuit Cantik Harga Rahmah


Memiliki kulit yang cantik dan sihat sudah semestinya menjadi impian semua orang, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Ramai yang cakna dengan rutin penjagaan kulit dan mula prihatin dengan produk-produk kecantikan untuk kegunaan luaran. Namun, tak ramai yang tahu, kulit yang cantik bukan hanya perlu kosmetik atau penjagaan luaran semata-mata! Kulit yang cantik perlukan penjagaan dari dalam tubuh kita juga. Ramai juga yang mengabaikan pemakanan sihat dan tak endah tentang vitamin kulit! 😱 Tau tak, apa simptom-simptom atau kesan apabila kulit kita kurang vitamin? Ini antaranya:

1. Kulit kering dan kasar


Kajian menunjukkan 1 daripada 5 orang wanita dalam Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik. Tak dinafikan, keadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa dan adakalanya menyebabkan kurang keyakinan. Kulit kering menandakan keadaan kulit yang sedang mengalami dehidrasi. Bukan setakat kering, ada keadaan yang terjadi sehingga kulit mengelupas dan menyebabkan kegatalan. Kena cakna juga, jika dibiarkan terlalu lama, membawa pula kepada masalah kesihatan lain seperti eczema. Bila kulit jadi macam ni, nak cover dengan make-up pun susah sebab jadi bercapuk dan bersisik. Tanda kulit kering:

1. Kulit rasa tegang.
2. Kulit kasar dan nampak kering.
3. Kerap alami gatal-gatal.
4. Kulit bersisik.
5. Kulit terkopek dan berdarah.
6. Kulit merekah.
7. Kulit yang cerah nampak merah, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu.

Namun jangan risau, kita ada vitamin kulit yang terbukti berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan masalah di atas.😇

2.  Wajah nampak tua dari usia sebenar

Penuaan adalah salah satu kesan dari oksidasi, yakni kekurangan vitamin kulit yang mengandungi antioksida. oksidasi pula boleh terjadi dari pelbagai punca, antaranya pemakanan tidak sihat, kerap terdedah kepada cahaya matahari, kekurangan protien, dan tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tentu risau bila rakan sebaya kita nampak muda, tapi kita dan macam makcik-makcik kan? Penuaan boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi antioksidan.

3. Jeragat dan Pigmentasi

Jeragat muncul pada kulit yang umumnya disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Ia sebenarnya satu keadaan tidak berbahaya malah tak ada sebarang simptom seperti gatal atau pedih pada wajah seseorang yang mengalaminya. Cuma jika terdapat bintik hitam yang semakin besar berserta berubah penampilan dan warna, jangan ambil mudah. Jika terjadi, anda disarankan untuk jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin berpotensi mengalami mutasi dan boleh jadi juga tanda awal kanser kulit. Jeragat boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi niaciamide dan antioksidan.

4. Jerawat

Stress? lagi lah bertambah stress bila jerawat mula naik dan membiak di wajah. Jerawat ada pelbagai punca, antaranya alahan kepada makanan, pola tidur tidak tetap, ketidak seimbangan hormon, tidak mengambil berat penjagaan muka, terdedah kepada radikal bebas dan persekitaran yang tercemar. Jerawat yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan parut pada wajah, menyebabkan keradangan kepada kulit, perubahan kepada warna kulit ( menjadi tidak sekata) dan akhir sekali menyebabkan rasa rendah diri kepada mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius. Tambahan, jika kulit kekurangan vitamin, ia boleh menjadi masalah kerana kekurangan vitamin C umpamanya menyebabkan luka lambat sembuh.

5. Luka lambat sembuh


Salah satu kesan kekurangan vitamin kulit adalah luka lambat sembuh. ia boleh terjadi disebabkan faktor lain, namun salah satu daripadanya adalah kekurangan protien, vitamin c dan sumber mineral dalam tubuh. Kurang tidur pun boleh menjadi punca luka lambat sembuh tau.😧 Luka perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan terjadinya jangkitan lain. Manakala luka yang mengambil masa terlalu lama untuk sembuh berkemungkinan menjadi gejala awal diabetes. 

6. Lebam pada kulit

Tiba-tiba ada lebam pada bahagian kulit tanpa disedari. Tak sedar bila dan macam mana boleh dapat lebam. Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:

1. Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
2. Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
3. Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
4. Pengambilan alkohol secara berlebihan
5. Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
6. Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.


Kawan-kawan dah tau kan kesan atau simptom kulit kurang vitamin? Jadi, mesti nak tau kan vitamin kulit cantik yang terbaik untuk kulit kita?

Kakak mesti syorkan set kulit cantik yang terbaik, malah pada harga Rahmah khas untuk bulan ni saja. 😍Tadaaa...gabungan mantap vitamin kulit cantik  iaitu ESP dan Vitamin C Shaklee.💓


Antara kebaikan Vitamin C sustained Release Shaklee ni kepada kulit adalah:

🍃Bertindak sebagai "Antioksida". Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakkan disebabkan oleh radikal bebas.

🍃Vitamin C adalah molekul penting dalam penghasilan KOLAGEN. Kolagen merupakan sejenis protein bagi struktur tubuh kita.

🍃Melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan.

🍃Mempertahankan kulit daripada serangan radikal bebas dan meningkatkan imunisasi tubuh, menjaga kulit daripada serangat jerawat.

🍃Membantu memperbaiki warna tona kulit menjadi lebih baik dan sekata.

🍃 Mencerahkan kulit.

🍃 Menghalang pembentukan melanin (punca pigmentasi dan jeragat).

🍃Berfungsi sebagai agen anti-radang. 

🍃Mengurangkan kedutan dan garis halus.

🍃 Mengecilkan liang pori terbuka 

🍃Memudarkan parut.

🍃 Melembapkan kulit.

🍃Mengecutkan jerawat.

🍃 Menyerikan kulit.

🍃 Melegakan kulit kasar dan kering.

Dan ada banyak lagi fungsi Vitamin C ni selain untuk kulit. Next, kita tengok kelebihan ESP untuk kulit.


Kebaikan Esp untuk Kulit

🌹Mengekalkan kulit muda dan sihat.

🌹Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut, bekas jerawat dan strechmark.

🌹Mencerahkan kulit satu badan. Kulit lebih berseri tak kusam.

🌹Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.

🌹Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.

🌹Memudarkan jeragat.

🌹Memulihkan kedutan pada kulit.

🌹Melambatkan proses penuaan kulit.

🌹Mempercepatkan proses penyembuhan luka.

🌹Kuku juga lebih cantik dan sihat. Tak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar.

Tengok testimoni ni:










Haa..kawan-kawan jangan tunggu lama - lama, Vitamin Kulit ni paling laris dan berkesan tau. Nak lagi sekarang harga paling Rahmah dah ni..👇👇


Menariknya set ni, dua-dua vitamin kulit ni menawarkan harga jimat paling tak masuk akal! Keahlian percuma sahaja bagi kedua-dua set Rahmah ni tau. (Taknak jadi ahli, kena bayar harga bukan member ya 😅) Tak rugi pun jadi ahli, tak perlu menjual pun, tapi dapat harga super jimat tak masuk akal. 😂

Contoh Set Rahmah A

ESP : RM139 + Vitamin C : RM92 = RM99❗❗ Pelik kan sifir Shaklee? Hihi. Khas untuk bulan ni bagi kawan-kawan yang nak dapatkan vitamin kulit ni. Cepat whatsapp kakak. Kita deal sampai jadi okay?

Maklumat lanjut mengenai vitamin kulit, boleh hubungi kakak:

Whatsapp: 0198648908

Facebook: Mimi Amira

Instagram: Mimi Amira

Nak order sendiri? Boleh saja, klik sini ya : Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set A) atau Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set B)

Nak tengok info tambahan mengenai vitamin kulit? Klik link ni ya: Vitamin Kulit Cantik


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023