Tuesday, February 14, 2023

SET KURUS SHAKLEE: HELLO NEW YOU, KURUS, SIHAT, CANTIK BERSERI!

 

Montaj Video Senior Coordinator Micheal Tan semasa Shaklee Business Leader National Conference pada 11 Februari 2023.

Hi Assalammualaikum. Dah tengok video tadi? Kenapa agaknya video ni menarik perhatian kakak ye? Dah tentu la kerana perkongsian Sen. Coordinator mengenai SET KURUS SHAKLEE. Dalam montaj tu, Micheal Tan siap kata, "I'm the living proof that Hello New You works!" Gitu lah lebih kurang ayatnya. Tengok gambar di bawah ni nanti ya.

Dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee (Hello New You Set), beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 2 bulan je! Menarik kan? Itu lah kelebihan kita di Shaklee. Kita bukan saja galakkan orang untuk diet secara sihat dengan Intermittent Fasting, (rujuk entri Intermittent Fasting minggu lepas), tetapi kita ada rekomendasi terbaik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan sihat, sambil kekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Jadi, apa dia yang ada dalam Set Kurus Shaklee ni? Mari kita tengok gambar berikutnya.


Dalam Set Kurus Shaklee ni, kita ada 5 item saja. Nanti kita tengok satu persatu secara ringkas manfaat kelima-lima item ni ya dengan memberi fokus kepada kelebihan setiap satunya untuk penurunan berat badan yang efisien. 5 item atau produk yang ada dalam set kurus Shaklee ni ialah:

  1. Cinch Shake
  2. Lecithin
  3. Omega Guard
  4. Herb-Lax
  5. Vivix
1. Cinch Shake



Item pertama Set Kurus Shaklee, mari kakak kenalkan dengan Cinch. Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan, anda akan rasa lebih berpuas hati dan kenyang! Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya. Cinch Shake ni juga antara produk cukup laris terutama semasa puasa, di mana ia diambil sebagai "meal replacement" yang membantu anda kenyang lebih lama, di samping memberikan tenaga yang berpanjangan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Cinch Shake meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. ia juga membekalkan 20 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Maka tidak hairan apabila banyak testimoni dari peminat tegar Cinch yang mengatakan bahawa Cinch ni bukan sahaja dapat menurunkan berat badan dengan efektif, tetapi mereka juga dapat manfaat lain seperti kulit yang cantik, mengempiskan perut, lebih bertenaga dan sebagainya. (bukan kakak kata, testimoni peminat Cinch sendiri. Nak tengok testimoni, nanti kakak sertakan dalam entry yang lain ya 😁) 

Seterusnya, Cinch ni istimewa kerana diperkayakan dengan leucine, yang mana ia tidak dihasilkan oleh tubuh kita. Leucine secara ringkasnya membantu kita untuk memelihara otot daripada menjadi menggeleber semasa proses penurunan berat badan. Indeks glisemik yang rendah dalam Cinch bantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita, in Shaa Allah.

2. Lecithin


Item kedua dalam Set Kurus Shaklee yang popular ialah Lecithin. Lecithin ni, bantu untuk pecahkan lemak-lemak degil. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Salah satu sebab kita perlu elakkan lemak melekat pada dinding membran adalah, jika dinding membran dilitupi lemak dan jadi mengeras, ia akan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

Mengapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan sangat perlukan Lecithin Shaklee ni? Kerana Lecithin berkebolehan untuk membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian! Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang anda idamkan. Kebaikan lain lecithin, kita bincang di entry seterusnya ya! 

3. Omega Guard
Ingat tak masa kecik dulu, kita selalu dipaparkan iklan di televisyen, tentang kebaikan minyak ikan? Yang kakak ingat, iklan tu tekankan bahawa minyak ikan bagus untuk perkembangan budak-budak. Sekarang, kakak tau minyak ikan terutama Omega Guard Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk perkembangan budak, hampir semua peringkat umur pun bagus amalkan Omega Guard ni. Dan kalau nak tau, Set Kurus Shaklee ni tak lengkap kalau tak ada Omega Guard Shaklee. Haa, kenapa?

Dalam badan kita, ada satu hormon yang dipanggil LEPTIN. Asid Lemak Omega-3 dalam Omega Guard bertindak balas dengan baik terhadap hormon LEPTIN di mana ia membantu memberi isyarat kepada otak kita untuk mengurangkan selera makan. Omega guard juga bantu memecahkan lemak dengan lebih efektif, di samping meningkatkan kadar metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme, semakin rendah kecenderungan kita untuk makan dengan lebih kerap. Omega Guard bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi membantu untuk mengawal paras lemak dalam badan kita. Kebaikan Omega Guard Shaklee bukan untuk bantu turunkan berat badan semata-mata, tetapi bantu badan kita untuk dapatkan kulit yang sihat, ekzema, mengelakkan masalah berkaitan kolesterol, keradangan, sendi-sendi, dan sebagainya. Bagus kan Omega Guard? Kurus dapat sihat dapat. 

4. Herb-Lax

Antara item Set Kurus Shaklee yang menjadi fenomena kerana kebaikannya, tentu lah Herb-Lax. Kenapa agaknya? Bila kita dah pecah-pecahkan lemak, bakar lemak, tentulah kita nak pastikan lemak yang dipecahkan tu dibuang dari tubuh kita atau dalam istilah lain, detox. Jadi, Herb-Lax Shaklee ni adalah agen detox terbaik yang kita ada. Ia bantu untuk menyahtoksin usus kita, membuang segala lemak dan lendir yang berlebihan dalam badan. Jangan tak tau, setiap hari badan kita terdedah dengan toksin sama ada melalui kulit, kolon, dan paru-paru. Toksin berlebihan dalam badan pula mendatangkan pelbagai masalah lain. kalau badan kita dan terlalu banyak toksin, bagaimana badan nak serap nutrisi baik?

Untuk perut buncit, banyak toksin , sangat sesuai ambil Herb-Lax ni. Dengan bantuan Herb-Lax, Toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Herb-Lax lembut pada usus, dapat mengembalikan proses semulajadi pada usus dan secara tak langsung sangat membantu untuk mengempiskan perut. Bagi kakak sendiri, herb-lax bantu kakak atasi masalah sembelit, badan rasa lebih ringan selepas amalkan Herb-lax. Jelas kenapa Set Kurus Shaklee ni perlu ada Herb-Lax😊

5. Vivix


Salah satu item dalam Set Kurus Shaklee kali ni adalah minuman botani paling digemari ramai iaitu Vivix. Vivix sememangnya bagus untuk kesihatan yang optimum. Dan sudah tentu membantu dari segi penuruan berat badan. Bagaimana Vivix bantu menurunkan berat badan? 

Dalam Vivix ada Polifenol, di mana Polifenol ni telah dikaji dan dibuktikan dapat meniru kesan kesihatan yang sama seperti diet orang yang berpuasa dan secara tidak langsung mampu membantu menurunkan berat badan. Bahan semulajadi yang terdapat dalam vivix membantu mengawal hormon estrogen. Hormon estrogen yang tinggi sangat tidak elok kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak secara berlebihan.Vivix juga membantu menukarkan gula yang berlebihan menjadi tenaga. Ia juga bantu meningkatkan metabolisme badan. Jika metabolisme badan kita tinggi, ini akan menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Apabila metabolisme mula dijalankan dengan optimum, badan akan membakar lebih banyak kalori. Lagi banyak kalori hilang, lagi cepat anda mencapai berat yang ideal, sesuai dengan matlamat Set Kurus Shaklee.

Dalam satu kajian lain, campuran 16 polifenol yang terdapat dalam vivix dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin. Apabila badan kita peka terhadap insulin, otak kita akan menerima isyarat sama ada hendak menyimpan atau membakar lemak yang terkumpul. Jadi, bila otak diberi isyarat badan sudah cukup lemak atau gula, kita secara semulajadi akan mengurangkan pengambilan makanan terutama makanan bergula. Tiada lemak berlebihan, berat badan pun berkurang dan berada pada paras optimum.😊


Kawan-kawan boleh dapatkan info tambahan mengenai Set Kurus Shaklee di link berikut : Nak Kurus Cepat? penulisan rakan blogger kakak, Farah Wahidah Hayati.


Oh ya, bulan ni ada promosi terlajak larisssss untuk Set Kurus Shaklee tau!

Percuma satu canister Cinch Coklat, shaker dan postage percuma untuk anda!


Penjimatan berbaloi dengan pembelian Vivix

Nak tahu lebih lanjut? Mari PM kakak di Whatsapp. Stay Tune!

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



2 comments:

  1. Salam jejak Mimi.
    Sharing Γ€bang Michele tu sangat inspiringkan. Jika kita obes,kita dapat banyak FREE GIFT semulajadi i.e high blood sugar, darah tinggi, fatty liver, uric acid dll.

    ReplyDelete
  2. Testimoni tu bagusnya, dari Pak Cik kini menjadi Abang Macho :)

    ReplyDelete

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...