Monday, February 27, 2023

Kuching Homestay Review: Triple Z Homestay

 TRIPLE Z HOMESTAY : OUR REVIEW
Gambar sebelum keluar jalan-jalan

20 Februari 2023 yang lepas, kakak dan family berangkat ke Kuching, suka-suka nak jalan-jalan, ambik kesempatan musim cuti sekolah. Minggu pertama, bandar Kuching kurang sesak. Baik dari segi perjalanan, bilangan kenderaan atas jalan raya, mahupun kawasan Mall dan sebagainya. Kakak dan family stay di Kuching selama 4 hari 4 malam. 24 Februari, kami berangkat balik ke rumah di Oya. Ada yang naik flight, (kakak, Umar dan Nekma), dan yang lain, drive 3 buah kereta dari Kuching. Hanya kak Teh yang ambik flight ke Sibu untuk ujian fizikal dan kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara pada Jumaat tu.

Ok lah, kakak nak review sikit mengenai homestay ni. Ini kali pertama kakak menyewa di Triple Z Homestay. Alamat : No 61, Lorong My Residence 10, Desa Wira, Kuching. Lokasi homestay ni bagi kakak sangat nice. Nak pergi bandar Kuching/Waterfront, ambik masa 10-15 minit driving. Ke airport dekat, ke Viva City, Aiman Mall, Aeon Mall pun dekat je rasanya. Kubah ria, Metrocity, pun tak jauh kalau drive dari rumah ni. Tak jauh dari jalan utama, dan senang nak cari lokasi. 

Dari segi keselamatan, kawasan rumah sangat secure. Perumahan yang senyap sahaja, jiran-jiran ada cctv depan belakang rumah. Gate lock system ada, keluar masuk rumah pun ada sensor kalau pintu dibuka. Jadi kita tau ada orang keluar masuk.

Rumah ni besar, ada 4 bilik tidur. 3 di tingkat atas termasuk master bedroom. Satu di tingkat bawah. Tingkat bawah ada tandas merangkap bilik air. Rumah ni mesra kanak-kanak macam Umar.😁 Di tingkat atas, ada dua bilik air. Satu dalam master bedroom, satu untuk share dua lagi bilik.

Ini ruang tamu, gambar di ambil dari tangga. Boleh tidur di ruang tamu jugak. 

Umar makan di ruang tamu sambil tengok Mechamato

TV ada siaran astro.

Sudut pandang ke dapur. Ada buai, kerusi malas.

Wifi pun ada. 


Dapur. Boleh memasak. Ada rice cooker. Peti ais ada. Coway. Kipas dan aircond di dapur. Ada gas stove. Cooking utensils semua ada kecuali kuali. πŸ˜„ Kalau setakat masak megi ke apa, boleh je. Kakak siap masak dinner. Nasi goreng corned beef, sardin, goreng telur. πŸ˜‚

Ini bilik di tingkat bawah. Memang Umar cop awal-awal sebab banyak toys.πŸ˜‚ Ini baru sebahagian, belakang pintu tu ada lagi toys yang dia tak perasan. Gambar ni kakak ambik masa baru sampai rumah. Depan bilik ni, dining table. Umar main tak hirau benda lain dah. Dah balik sini, Umar ajak lagi pergi homestay ni semata-mata nak play toys.


Pencuci pinggan pun ada. plastik sampah, tisu, nak cari pinggan mangkuk, tarik laci. Tuan rumah prepare siap-siap. Oh ya, laman belakang rumah kakak lupa nak gambar. Space yang luas untuk jemur pakaian, bbq pit pun disediakan. Di luar ada mesin basuh, jadi kakak memang cuci baju dan menjemur sepanjang berada di sana. Kebetulan cuaca cukup elok.  Balik sini tak banyak sangat nak cuci. πŸ˜„



Dining table. Dari sini boleh tengok tv di ruang tamu. Bagi yang rasa tak ada masa nak masak, penat, boleh order food panda. Delivery dalam 30 minit dari restoran terdekat. Nak Drive-Thru KFC pun dekat je, 3-5 minit dari rumah. Kakak try juga Grab Mart, malas nak keluar tapi susu Umar dah habis. Pun x sampai sejam, dah sampai barang-barang yang kakak order. Order susu, tisu, milo, pencuci pinggan dari Garb Mart. Senang sebab kawasan rumah mudah dicari.

Tandas bilik bawah. Bilik atas dua lagi lupa nak gambar. Lebih cantik.


Master bedroom, sangat luas. Arah kiblat pun dilekatkan. Dalam almari ni ada comforter, selimut extra, tuala extra, bantal extra just in case kita perlukannya.


Masih dalam master bedroom. Aircond, satu katil queen size.

Bilik tidur kedua. Seberang master bedroom. Aircond. Ada dua katil.


Bilik tidur ketiga. satu katil queen size. Aircond jugak.


Dari sudut pandang lain bilik tidur ketiga.

Boleh sukat ketinggian.


Seterika dan iron board disediakan. Sambil bercermin boleh la timbang berat. πŸ˜„ Baby crib pun ada. Sejadah disediakan. Belakang baby crib ada tilam extra. Achik Umar memang angkut satu tilam ke tingkat bawah sebab tidur depan TV tengok bola.

Tangga. Kakak mmg tak rajin. kadang-kadang ja naik. Penat angkat perut. πŸ˜‚

Safe untuk budak, ada pemegang yang agak rapat.


Abaikan bungkusan. Itu redem yang orang kirim untuk dibawak, dan dihantar kepada rakan strategik /vendor-vendor kita di sini. Hehe.


Parking Space bahagian dalam rumah, boleh muat dua  buah kereta.
Satu lagi kereta, kakak park luar pagar. Sepanjang di sana, Alhamdulillah tak ada masalah park luar pagar. Pak ngah Umar memang cuci kereta sampai sana.

Overall, it feels like home! Walaupun home orang. hahaha. Kalau nak stay dalam seminggu, dan ahli keluarga ramai, berbaloi lah bagi kakak. 

Check in: After 4pm. Tapii hari tu kakak dah boleh check in awal dalam pukul 2 rasanya sebab rumah dah ready awal. 
Checkout: Paling lewat 10.30am sebab ada orang nak masuk on the same day. Kalau tak ada orang masuk, mungkin boleh lewat sikit. Kami checkout 6.30am, flight awal pagi. Family members yang guna jalan darat pun gerak awal.
Deposit : RM200 - sudah dikembalikan selepas checkout (tiada apa-apa masalah atau kerosakan teruk)
Caj Satu malam : RM350. (Kakak dapat diskaun dr owner) πŸ˜„

The owner, very helpful, friendly dan sangat mudah berurusan. Tak pernah jumpa face to face pun. Melalui whatsapp saja. Deal sampai jadi. Alhamdulillah. Trusted orangnya. 

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Mr Bryan di nombor 016-8643866.

Kali ni percutian kita sekitar Sarawak saja. Doakan rezeki lebih baik, kita jalan-jalan tempat lain pulak. Boleh review homestay lain. Hihi.😍

Sunday, February 26, 2023

Bukan Sekadar Bisnes : 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!

POSTER JEMPUTAN KE SURIJUNIOR GATHERING 25 FEBRUARI 2023

Semalam, 25 Februari 2023, keluarga besar Surijunior telah mengadakan satu majlis "gathering" bertempat di kediaman maktok, Master Farihah. Selalu tengok je jemputan begini, teringin juga suatu hari nanti jika diizinkan Allah, kakak akan pergi gathering di rumah maktok, sebagai Master. Tingginya impian kan! Hahaha. In shaa Allah tiada yang mustahil meskipun kakak duduk luar bandar Sarawak ni haa. Dare to dream, dare to achieve! Gitu. Kita buat je, jalan je sampai jadi. Okay team?

Ini salah satu tarikan bagi kakak nak join komuniti bisnes Shaklee ni. Mulanya memang lah nak bisnes saja. Nak duit lebih. Tapi, lama-lama kakak tertarik dengan komuniti yang ada, terutama Surijunior di bawah pimpinan Master Farihah. Surijunior bukan hanya ada Master Farihah. Master Cip, Master Metot, Master Bunda Ali, dan ramaaaiiii lagi master-master, coordinator, supervisors yang hebat-hebat belaka. Mashaa Allah. Apa yang hebat dan menarik tu? Mari kakak senaraikan 9 antaraya.

Gambar semasa gathering di rumah maktok.

1. Upline

Dalam komuniti bisnes Shaklee, Upline tak  kira level mana pun dia, sentiasa bersedia untuk bagi bantuan kepada downlines nya. Contoh macam kakak, direct upline kakak SV Nora, ada masa dia sibuk, kakak akan rujuk kepada Ulfa. Ulfa, sehingga kepada maktok Farihah ni, sangat-sangat tak lokek ilmu. sedia bantu dan dengar apa permasalahan kita nak grow. Tak tahu nak mula dari mana, tanya, tak tahu nak buat apa, tanya. Perlukan kekuatan, luahkan. Mereka bantu sedaya upaya. Tinggal kita je lagi nak push diri.

2. Perkongsian Ilmu Percuma

Komuniti besar ni ibarat keluarga besar Shaklee. Yang ni cukup hebat. Ulfa selalu jemput mereka untuk sharing, buat kelas di FB, whatsapp dan zoom. walaupun berlainan team, mereka tak lokek ilmu. Mereka beri dengan ikhlas, mendoakan dengan sepenuh hati kejayaan kita si ikan bilis. Kelas disediakan percuma, siap ada ulangan. Tak kisah siapa pun, semua boleh join kelas dan dengar, perkongsian ilmu, tips-tips kejayaan, kata-kata semangat. tak memilih kita ni downline siapa, semua dilayan sama rata. Tak kisah kita ranking apa, ilmuu diberi percuma sahaja. Perkongsian produk, dari pakar nutrisi. Tips kesihatan, dari doktor terlatih, ilmu marketing, sehinggalah perkongsian pengalaman, semua ada di sini. 

3. Ukhwah dan saling mengingatkan

Seperti yang kakak katakan tadi, dalam komuniti Shaklee kita jumpa sangat banyak orang. kita bagai satu keluarga yang sangat besar. Dalam keluarga besar ni, kita saling mengingatkan, bahawa kejayaan ini, kita sandarkan kepada siapa. Kebergantungan kepada siapa. Setiap kali kelas, bukan hanya perkongsian mengenai bisnes, tetapi pengisian rohani, makanan jiwa juga diselitkan. Kami sentiasa diingatkan untuk menjaga hubungan dengan pencipta sebagai Maha pemberi rezeki. Hubungan kekeluargaan, suami isteri, dan seumpamanya, pun sering diingatkan oleh komuniti ini agar dijaga sebaiknya. Maktok umpamanya, akan ingatkan kami setiap hari, jangan lupa baca Al Waqiah. Sifat manusia, selalu lupa dan sentiasa perlu diingatkan. Bahkan kalau nak buat IF, siap sama-sama buat dalam group. Siapa dah siap 10k step, update dalam group. Seronok.πŸ˜‚

4. Group Support Terbesar

Komuniti Shaklee Malaysia mempunyai group support yang terbesar seantero Malaysia! Haa, kenapa? Pergi lah mana-mana pun, kalau dah ahli Shaklee, tetap satu keluarga. Nak cari bahan marketing? Ada disediakan. Nak tahu maklumat nutrisi produk lebih detail? Ada disediakan. Nak tahu tentang produk terkini? semua bahan ada. Tak ada ilmu marketing? Ada group disediakan untuk kita cedok dan ambil saja. Copy paste tukar no hp. Semudah itu. 



5. Pelbagai program menarik

Komuniti Shaklee Malaysia ni selalu buat program menarik tau. Bukan setakat gathering. Gathering makan-makan pun cukup best, jumpa kawan-kawan member Shaklee, berkenalan, bina network baru. Kuiz, kelas-kelas nutrisi, ada cabutan bertuah, ada pertandingan, ada business conference yang level international dia punya skala. Paling menarik program macam ni bukan saja hiasan, tempat dan event tu sendiri yang grand, tapi doorgift dan hadiah dia barangan Shaklee yang super wow! Baru-baru ni hadiah cabutan bertuah, ada yang dapat i-phone 14 tau! Bulan ni inshaa Allah ada yang dapat hadiah utama Gold Bar. Emas tulen tuuuu. Dan yang terbaru, projek Blog Mega Shaklee ini sendiri. Mana nak cari program best untuk grow sama-sama? Shaklee ada gais!

Senarai pemenang cabutan bertuah


6. Pakej Percutian Menarik 

Yang ni memang idaman terutama orang  yang suka jalan-jalan makan angin. Nak travel tapi tak ada duit? Boleh travel secara percuma. Yes! Percuma gais! Umrah percuma bertaraf lima bintang? Ada! Travel ke negara Asia? Ada! Travel ke negara Eropah? Percuma! Yang penting, QUALIFIED. Tak mustahil ya. Bukan tiket saja percuma. Penginapan, makanan, duit poket pun dapat tau. Nak pergii seorang boleh, nak bawak family pun boleh. Semua ditanggung percuma. Menarik kan Shaklee? Nak tau? mari kita cerita lanjut dalam entri akan datang. Nak whatsapp kakak pun boleh. 😁 Tahun depan, Shaklee nak bawak kita ke Jepun pulak. Nak ikut? Ajum kita usahakan! Tak nak pergi Jepun? Ikut regional trip, Singapore, Penang, Phuket, Singapore. Free. Nak ke nak?

Regional Trip

International Trip

7. Bisnes Shaklee Mesra Keluarga

Jika ada event di luar, kebanyakan masanya kita boleh bawa keluarga bersama. Bisnes ni flexible. Boleh buat di mana-mana bila-bila masa. Ini adalah salah satu sebab kenapa kakak berusaha nak menjayakan bisnes Shaklee yang baru dibina ni. Kakak ada goal untuk dapatkan time freedom, money freedom. Masa lebih bersama family seperti mana master yang lain. Bekerjaya (bekerja dan berjaya) dari rumah sahaja. Tak terikat dengan pihak atasan, segala kerenah birokrasi, sistem yang leceh. Doakan ya. Banyak bekas guru, bekas doktor, bekas engineer yang dah bersara dan full-time bisnes Shaklee dah berjaya. moga kita salah satunya. Amiiin..

8. Living Proof

Bukti kejayaan depan mata. Orang-orang yang berjaya dah ada. Bukan sikit tapi ramaiii.. Ada surirumah cipta pendapatan lima hingga enam angka sebulan. Ada yang beli rumah dengan payslip Shaklee. Bayar kereta bulanan hanya dengan bonus Shaklee. Bina rumah sampai 4 biji hanya dengan bonus Shaklee. Pelajar IPT berpendapatan T20 dengan bonus Shaklee, Jutawan Kokdiang surirumah tapi bisnes leader? Adaa... cari lah seberapa banyak maklumat, ramai dah usahawan berjaya dengan berplatformkan Shaklee.

Master Bunda Ali
Berhenti belajar demi jaga ayah yang sakit. Fleksibel, sambil jaga ayah, sambil tambah pendapatan dengan Shaklee.









9. Bisnes Shaklee Mudah, Fleksibel dan Adil.

Haa.. kenapa mudah sangat? Bahan-bahan dah disediakan, tak payah simpan stok pun. Masukkan dalam sistem, sistem sendiri akan pos kepada customer kita. semua bahan marketing tools disediakan. Bak kata orang, semua ada di hujung jari aje. Tak perlu kita yang keluar pergi pos. Tak ada modal nak mulakan? Boleh jadi dropship.  Bila-bila masa pun boleh buat, dan tak kira kita di luar negara ke, tengah bercuti ke, bila-bila je boleh. Tak ada syarat sangat, asalkan 18 tahun ke atas. Cukup. Ada handphone, line internet, whatsapp. Pun boleh. Fleksibel kan? Lagi satu, sistem ni adil. Tak ada istilah kita kerja teruk-teruk, upline dapat untung. Tak ada ya. Ini siapa buat, dia dapat. Downline punya bonus boleh melebihi upline dia. Upline boleh jadi tak ada bonus sedangkan downline tengah buat sampai lima angka. Tapi kalau sama-sama buat kan elok? Man Jadda, Wa Jadda.


Ini senior supervisor, baru 2 hb. Hari ni dah 26hb agaknya berapa ya? 
Dah boleh resign kerja cikgu kot? Hihihihi

Best kan? Nak join team kami? Jangan segan silu whatsapp kakak ye. Whatsapp kakak terus sekarang.

Ok lah. setakat ini dahulu perkongsian kakak bagi entri kali ni. Kalau nak di senaraikan semua, panjanggg lagi rasanya. In shaa Allah kakak akan kongsikan lagi apa yang menarik mengenai komuniti bisnes Shaklee ni pada masa akan datang. Stay Tune!

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Saturday, February 25, 2023

Best ke Best? : Review Dan Feedback Blogmegashaklee 1.0

 

PROJECT BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE


Hi assalammualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah SWT! Lama kakak bercuti sejak cuti sekolah ni. 😁Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sudah pun melabuhkan tirainya. Kini tiba masa untuk mendaftarkan diri untuk projek blog mega Shaklee 2.0. Tak pasti terpilih atau tak, tapi itu belakang kira lah ye.. yang penting, kita buat tugasan dulu. Semoga dipermudahkan. Baiklah, kali ni kakak nak review sedikit berdasarkan pengalaman dan perasaan kakak sendiri sepanjang mengikuti program ni.

Pertama kali dihebahkan mengenai program ni oleh mentor kakak, Ulfa Lamappangaro. Kakak pun tengok, program apa ye? Belajar buat blog ke? tengok sikit, ada hadiah menarik lah. Wah, nak daftar lah. Kakak memang sungguh tak pandai, tak reti langsung buat blog. Daftar semberono sebab mati-mati ingat nak belajar buat blog. πŸ˜‚ kemudian diterima masuk group Projek Blog Mega Euphoria Shaklee. Masuk-masuk group, tengok. Master Salwa kata banyak Masters yang join projek ni. 

Kakak dah cuak. Alamak, kakak sorang ke yg newbie dalam ni? Orang lain komen dh ada blog bertahun-tahun dan berbelas tahun pun ada! Macam mana ni? Nak tulis apa, macam mana nak create? Ah sudah mula cuak. Tapi, dalam hati kata, ah tak apa lah, kita buat yang termampu dulu. Belajar dari orang-orang hebat ni. (menenangkan diri sendiri). Dengar dulu masa briefing nanti kena buat apa, apa tujuan, dan sebagainya. 

Dah masuk briefing (live fb) baru tahu. Oh ni nak create wave.  2014 pernah berjaya menaikkan Shaklee Malaysia. Nak perkukuh blog-blog yang linked supaya jadi blog yang trusted dan boleh naik hingga ke page pertama Google. Begitulah serba sedikit nak ceritanya. Tak mustahil, 2023 dengan kepesatan teknologi sekarang ni, pun akan mampu melonjakkan bisnes Shaklee. Yes memang banyak platform lain macam facebook, tiktok, whatsapp sekarang ni. Jika kita tengok, search engine yang paling lama bertahan, mestilah google kan? Dari google, traffic akan di bawa ke Blog/ website jika blog atau website itu kukuh dan trusted. haa itu lah teknik yang para master kita yang otai dan bijak pandai nak buat. Mereka dah bagi jalan, kita hanya ikut dan buat saja. tak susah

Paling best masa dengar, Master siap doakan kejayaan semua yang join projek ni. Doa orang hebat oii. Semangat rasanya. Orang-orang hebat yang pernah join projek ni suatu ketika dahulu, dah jadi Master pun. Dari situ kakak kata pada diri sendiri. Why not now? Kenapa kakak tak try saja. Satu sen pun tak rugi bila join projek ni. Anyway, best ke projek ni? Bagi kakak, best best best! Sebabnya, banyak benda kakak belajar.

1. Belajar buat blog.

Kakak berjaya hasilkan blog yang tek seberapa ni. Bila blogwalking, tengok blog-blog orang lain yang dah lama dihasilkan, rasa macam wow! Banyaknya input. Hebatnya, cantiknya! Macam mana buat macam ni? Nak belajar lah nanti. Selain tu, kakak belajar buat link. Link dengan cara yang betul, masukkan tajuk, link rakan lain, publish, submit. Cara masukkan gambar, video, semua benda yang kakak tak tau, kakak belajar. Tambah ilmu. Sikit tapi bertambah. Kakak pun belajar menulis dengan lebiih baik. In shaa Allah.

2. Networking

Kakak ada dalam kalangan orang hebat, kakak ni tak hebat pun. bawah lagi dari bilis. Hahhaha. Tapi dalam projek ni, semua orang, sparring partner, orang atas, orang bawah, bagi kerjasama yang sangat-sangat power. mereka sangat humble. Kakak ni tak kenal sangat orang, kakak panggil sis. Rupanya orang tu Master, ya Allah malu sangat. Dan ada yang lebih tua dari kakak, tapi sangat muda macam sebaya (orang Shaklee awet muda). mereka tak marah pun, layan saja. seronok tau ada network best macam ni. Dalam masa yang sama, upline kakak, Ulfa banyak bagi semangat pada kakak untuk menulis. Mengadu kat dia, macam mana ni tak ada blog lagi, tak tau buat, nak tulis apa. Ulfa tetap bagi semangat, bagi tau macam mana nak mula dan sebagainya.

3. Mastermind yang hebat

Serius, Mastermind Projek Blog Mega ni sungguh orang yang hebat dan pemurah. Master N sendiri dah Master pun. Kalau ikutkan, buat apa susahkan diri untuk buat projek ni? Nak lagi untuk beginner macam kakak. Tapi, yang buat kakak kagum, Master-master dalam ni semua berniat baik nak bantu orang lain sama-sama bangkit, naikkan bisnes sesama kita. Tak kisah dari group mana, dibantunya semua. Lepas tu hebatnya, daripada target 100 orang ja, jadi 200 lebih orang yang join projek ni. Moderator, Master Salwa Zeyn pun orangnya hebat. Kakak whatsapp tanya, reply jugak. Siang malam dia monitor projek sampai berjaya, Moga orang-orang hebat ni dirahmati Allah sentiasa.

4. Ada hadiah menarik

Lebih mengharukan, Master N bagi semua yang join ni hadiah. Hadiah pulak bukan kaleng-kaleng, bak kata orang. Vivix (sebotol RM399), Collagen (sekotak RM289), Nutriferon (RM198). Kakak dapat hadiah ni tau, hadiah Nutriferon. Free je dapat. 😁Tulis blog sendiri, ikut tajuk diberi. Mudah sangat.

5. Social skills improvement

Dalam projek berskala besar macam ni, kita jumpa ramai orang, walaupun secara maya. macam-macam kerenah, ragam dan keletah pun ada. Tapi, setiap masa Masters pesan. Sabar. itu kuncinya. Orang lambat bagi link, kita pun stuck juga, sabar. Minggu pertama memang mencabar. Kakak risau orang tertunggu link dari kakak. Dalam masa yang sama, orang atas pun belum bagi link. Masuk minggu kedua, isu ni diselesaikan dengan efisien oleh Masters. Very easy senang kerja. Kemudian, kita belajar appreciate orang lain. bukan susah pun, komen, like posting mereka. Support each other dengan cara buka link. Tak susah. Senang sangat. kita sama-sama bantu naikkan traffic kawan-kawan kita. Dalam masa yang sama, wave tu sedang terhasil dengan sendirinya. korang pun nanti, tolong share artikel kakak ya! 

6. Tambah ilmu produk dan kesihatan.

Ilmu sememangnya mahal. Tapi tak perlu bayar pun. Kita jalan-jalan blog orang, baca info, dapat ilmu lagi. Senang kan? Kemudian kita share pula ilmu pada orang lain. Ilmu yang bermafaat, bila kita kongsi, automatik dapat pahala. Lebih elok daripada share gosip artis kan..hihihi.

7. Komitmen

Ini terpaling kakak tabik spring pada semua yang join. 2 minggu. 200 orang yang join, 159 orang bagi komitmen penuh. Masters lebih lagi, komitmen tinggi menjayakan projek. Bayangkan, master Hajah Salwa yang dah berusia pun bagi 100% komitmen. Segan rasanya kakak yang muda ni tak bagi komitmen penuh. Kakak belajar sesuatu, nak berjaya, komitmen mesti ada. Kena paksa diri. Orang dah sediakan platform, rugi kalau kakak sia-siakan peluang ni. Rakan-rakan lain ada yang dah dapat order dari website jugak tau. Living proof dah ada. Tinggal buat dan sabar.

Ada banyak lagi nak review, nanti kakak tambah. Ada yang tanya, nak lagi tak Projek Blog Mega 2.0? My answer for sure, YES! nak lagi. πŸ˜€ Kenapa? 

Kakak daripada tak tahu tentang blog, jadi teruja nak menulis. Salah satu push factor untuk kakak grow. Kakak ada matlamat, kena push diri untuk buat. Tak boleh stop sedangkan baru nak mula. Big why kena kejar. Platform ni dah ada. Ada guideline nak tulis tentang apa, cara nak tulis dengan lebih baik. Bila buat ramai-ramai, aura dan semangat dia tu lain macam tau. Seronok. Nervous pun ada takut lambat submit. rasa macam dapat assignmet dari lecturer siap ada due date dan dateline. Sekarang pun sama. Entah qualified ke takπŸ˜‚ Doakan ye. 

Selain tu, kakak nak belajar lagi dan lagi. Kakak nak berada dalam circle hebat ni. Ini salah satu caranya. Kakak jauh di luar bandar, tak dapat nak ikut berkumpul macam orang di Semenanjung. Terpencil, jauh. Dalam projek ni, seluruh Malaysia dan pelbagai latar belakang serta ranking ada. Ini lah masanya kakak belajar dari orang hebat ni. Kakak nak jadi part of this awakening wave. I know this wave will make it to the top. Yakin. Satu hari nanti kakak dah berjaya, kakak akan dapat kata, kakak salah seorang peserta wave 2023 ni dulu. Kakak belajar dari orang-orang ini. Siapa tahu, dengan izin Allah, kakak pulak jd mastermind sehebat ini? Haha..berangan eh. Berangan benda baik, doakan k!

Satu lagi, kakak nak hidupkan blog, alang-alang buat, buat sampai jadi. Ha gitu semangatnya. Blog pun boleh jadi kedai online tau. Seronok dengar orang lain, tengah tidur pun order masuk. Dari blog lah salah satunya. Orang yang segan nak whatsapp kita, boleh direct order sendiri. Atau daftar sendiri jadi ahli. Yang ni kakak akan usahakan. Again, doakan kakak ya kawan-kawan. Tambahan, projek blog mega ni sendiri salah satu usaha murni masters kita bantu untuk grow. Bukan setakat grow blog, bisnes, mindset, semangat, semua di upgrade dalam projek ni. Nak dengan tak nak je lagi. That's why, kakak excited. What's Next? Adakah kakak terpilih? Kita tunggu keputusannya. 😊

Terima kasih sudi baca coretan panjang kakak kali ni. Semoga ada rezeki ikut projek blog mega sampai habis season ni. Semoga wave yang sedang diusahakan akan jadi the longest, strongest wave ever dan boost kita punya bisnes growth! Salam ukhwah semua. Jumpa lagi di entri seterusnya.


#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Tuesday, February 14, 2023

SET KURUS SHAKLEE: HELLO NEW YOU, KURUS, SIHAT, CANTIK BERSERI!

 

Montaj Video Senior Coordinator Micheal Tan semasa Shaklee Business Leader National Conference pada 11 Februari 2023.

Hi Assalammualaikum. Dah tengok video tadi? Kenapa agaknya video ni menarik perhatian kakak ye? Dah tentu la kerana perkongsian Sen. Coordinator mengenai SET KURUS SHAKLEE. Dalam montaj tu, Micheal Tan siap kata, "I'm the living proof that Hello New You works!" Gitu lah lebih kurang ayatnya. Tengok gambar di bawah ni nanti ya.

Dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee (Hello New You Set), beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 2 bulan je! Menarik kan? Itu lah kelebihan kita di Shaklee. Kita bukan saja galakkan orang untuk diet secara sihat dengan Intermittent Fasting, (rujuk entri Intermittent Fasting minggu lepas), tetapi kita ada rekomendasi terbaik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan sihat, sambil kekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Jadi, apa dia yang ada dalam Set Kurus Shaklee ni? Mari kita tengok gambar berikutnya.


Dalam Set Kurus Shaklee ni, kita ada 5 item saja. Nanti kita tengok satu persatu secara ringkas manfaat kelima-lima item ni ya dengan memberi fokus kepada kelebihan setiap satunya untuk penurunan berat badan yang efisien. 5 item atau produk yang ada dalam set kurus Shaklee ni ialah:

  1. Cinch Shake
  2. Lecithin
  3. Omega Guard
  4. Herb-Lax
  5. Vivix
1. Cinch Shake



Item pertama Set Kurus Shaklee, mari kakak kenalkan dengan Cinch. Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan, anda akan rasa lebih berpuas hati dan kenyang! Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya. Cinch Shake ni juga antara produk cukup laris terutama semasa puasa, di mana ia diambil sebagai "meal replacement" yang membantu anda kenyang lebih lama, di samping memberikan tenaga yang berpanjangan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Cinch Shake meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. ia juga membekalkan 20 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Maka tidak hairan apabila banyak testimoni dari peminat tegar Cinch yang mengatakan bahawa Cinch ni bukan sahaja dapat menurunkan berat badan dengan efektif, tetapi mereka juga dapat manfaat lain seperti kulit yang cantik, mengempiskan perut, lebih bertenaga dan sebagainya. (bukan kakak kata, testimoni peminat Cinch sendiri. Nak tengok testimoni, nanti kakak sertakan dalam entry yang lain ya 😁) 

Seterusnya, Cinch ni istimewa kerana diperkayakan dengan leucine, yang mana ia tidak dihasilkan oleh tubuh kita. Leucine secara ringkasnya membantu kita untuk memelihara otot daripada menjadi menggeleber semasa proses penurunan berat badan. Indeks glisemik yang rendah dalam Cinch bantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita, in Shaa Allah.

2. Lecithin


Item kedua dalam Set Kurus Shaklee yang popular ialah Lecithin. Lecithin ni, bantu untuk pecahkan lemak-lemak degil. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Salah satu sebab kita perlu elakkan lemak melekat pada dinding membran adalah, jika dinding membran dilitupi lemak dan jadi mengeras, ia akan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

Mengapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan sangat perlukan Lecithin Shaklee ni? Kerana Lecithin berkebolehan untuk membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian! Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang anda idamkan. Kebaikan lain lecithin, kita bincang di entry seterusnya ya! 

3. Omega Guard
Ingat tak masa kecik dulu, kita selalu dipaparkan iklan di televisyen, tentang kebaikan minyak ikan? Yang kakak ingat, iklan tu tekankan bahawa minyak ikan bagus untuk perkembangan budak-budak. Sekarang, kakak tau minyak ikan terutama Omega Guard Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk perkembangan budak, hampir semua peringkat umur pun bagus amalkan Omega Guard ni. Dan kalau nak tau, Set Kurus Shaklee ni tak lengkap kalau tak ada Omega Guard Shaklee. Haa, kenapa?

Dalam badan kita, ada satu hormon yang dipanggil LEPTIN. Asid Lemak Omega-3 dalam Omega Guard bertindak balas dengan baik terhadap hormon LEPTIN di mana ia membantu memberi isyarat kepada otak kita untuk mengurangkan selera makan. Omega guard juga bantu memecahkan lemak dengan lebih efektif, di samping meningkatkan kadar metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme, semakin rendah kecenderungan kita untuk makan dengan lebih kerap. Omega Guard bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi membantu untuk mengawal paras lemak dalam badan kita. Kebaikan Omega Guard Shaklee bukan untuk bantu turunkan berat badan semata-mata, tetapi bantu badan kita untuk dapatkan kulit yang sihat, ekzema, mengelakkan masalah berkaitan kolesterol, keradangan, sendi-sendi, dan sebagainya. Bagus kan Omega Guard? Kurus dapat sihat dapat. 

4. Herb-Lax

Antara item Set Kurus Shaklee yang menjadi fenomena kerana kebaikannya, tentu lah Herb-Lax. Kenapa agaknya? Bila kita dah pecah-pecahkan lemak, bakar lemak, tentulah kita nak pastikan lemak yang dipecahkan tu dibuang dari tubuh kita atau dalam istilah lain, detox. Jadi, Herb-Lax Shaklee ni adalah agen detox terbaik yang kita ada. Ia bantu untuk menyahtoksin usus kita, membuang segala lemak dan lendir yang berlebihan dalam badan. Jangan tak tau, setiap hari badan kita terdedah dengan toksin sama ada melalui kulit, kolon, dan paru-paru. Toksin berlebihan dalam badan pula mendatangkan pelbagai masalah lain. kalau badan kita dan terlalu banyak toksin, bagaimana badan nak serap nutrisi baik?

Untuk perut buncit, banyak toksin , sangat sesuai ambil Herb-Lax ni. Dengan bantuan Herb-Lax, Toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Herb-Lax lembut pada usus, dapat mengembalikan proses semulajadi pada usus dan secara tak langsung sangat membantu untuk mengempiskan perut. Bagi kakak sendiri, herb-lax bantu kakak atasi masalah sembelit, badan rasa lebih ringan selepas amalkan Herb-lax. Jelas kenapa Set Kurus Shaklee ni perlu ada Herb-Lax😊

5. Vivix


Salah satu item dalam Set Kurus Shaklee kali ni adalah minuman botani paling digemari ramai iaitu Vivix. Vivix sememangnya bagus untuk kesihatan yang optimum. Dan sudah tentu membantu dari segi penuruan berat badan. Bagaimana Vivix bantu menurunkan berat badan? 

Dalam Vivix ada Polifenol, di mana Polifenol ni telah dikaji dan dibuktikan dapat meniru kesan kesihatan yang sama seperti diet orang yang berpuasa dan secara tidak langsung mampu membantu menurunkan berat badan. Bahan semulajadi yang terdapat dalam vivix membantu mengawal hormon estrogen. Hormon estrogen yang tinggi sangat tidak elok kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak secara berlebihan.Vivix juga membantu menukarkan gula yang berlebihan menjadi tenaga. Ia juga bantu meningkatkan metabolisme badan. Jika metabolisme badan kita tinggi, ini akan menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Apabila metabolisme mula dijalankan dengan optimum, badan akan membakar lebih banyak kalori. Lagi banyak kalori hilang, lagi cepat anda mencapai berat yang ideal, sesuai dengan matlamat Set Kurus Shaklee.

Dalam satu kajian lain, campuran 16 polifenol yang terdapat dalam vivix dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin. Apabila badan kita peka terhadap insulin, otak kita akan menerima isyarat sama ada hendak menyimpan atau membakar lemak yang terkumpul. Jadi, bila otak diberi isyarat badan sudah cukup lemak atau gula, kita secara semulajadi akan mengurangkan pengambilan makanan terutama makanan bergula. Tiada lemak berlebihan, berat badan pun berkurang dan berada pada paras optimum.😊


Kawan-kawan boleh dapatkan info tambahan mengenai Set Kurus Shaklee di link berikut : Nak Kurus Cepat? penulisan rakan blogger kakak, Farah Wahidah Hayati.


Oh ya, bulan ni ada promosi terlajak larisssss untuk Set Kurus Shaklee tau!

Percuma satu canister Cinch Coklat, shaker dan postage percuma untuk anda!


Penjimatan berbaloi dengan pembelian Vivix

Nak tahu lebih lanjut? Mari PM kakak di Whatsapp. Stay Tune!

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...