TRIPLE Z HOMESTAY : OUR REVIEW
Gambar sebelum keluar jalan-jalan
20 Februari 2023 yang lepas, kakak dan family berangkat ke Kuching, suka-suka nak jalan-jalan, ambik kesempatan musim cuti sekolah. Minggu pertama, bandar Kuching kurang sesak. Baik dari segi perjalanan, bilangan kenderaan atas jalan raya, mahupun kawasan Mall dan sebagainya. Kakak dan family stay di Kuching selama 4 hari 4 malam. 24 Februari, kami berangkat balik ke rumah di Oya. Ada yang naik flight, (kakak, Umar dan Nekma), dan yang lain, drive 3 buah kereta dari Kuching. Hanya kak Teh yang ambik flight ke Sibu untuk ujian fizikal dan kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara pada Jumaat tu.
Ok lah, kakak nak review sikit mengenai homestay ni. Ini kali pertama kakak menyewa di Triple Z Homestay. Alamat : No 61, Lorong My Residence 10, Desa Wira, Kuching. Lokasi homestay ni bagi kakak sangat nice. Nak pergi bandar Kuching/Waterfront, ambik masa 10-15 minit driving. Ke airport dekat, ke Viva City, Aiman Mall, Aeon Mall pun dekat je rasanya. Kubah ria, Metrocity, pun tak jauh kalau drive dari rumah ni. Tak jauh dari jalan utama, dan senang nak cari lokasi.
Dari segi keselamatan, kawasan rumah sangat secure. Perumahan yang senyap sahaja, jiran-jiran ada cctv depan belakang rumah. Gate lock system ada, keluar masuk rumah pun ada sensor kalau pintu dibuka. Jadi kita tau ada orang keluar masuk.
Rumah ni besar, ada 4 bilik tidur. 3 di tingkat atas termasuk master bedroom. Satu di tingkat bawah. Tingkat bawah ada tandas merangkap bilik air. Rumah ni mesra kanak-kanak macam Umar.π Di tingkat atas, ada dua bilik air. Satu dalam master bedroom, satu untuk share dua lagi bilik.
Ini ruang tamu, gambar di ambil dari tangga. Boleh tidur di ruang tamu jugak.
Umar makan di ruang tamu sambil tengok Mechamato
TV ada siaran astro.
Sudut pandang ke dapur. Ada buai, kerusi malas.
Wifi pun ada.
Dapur. Boleh memasak. Ada rice cooker. Peti ais ada. Coway. Kipas dan aircond di dapur. Ada gas stove. Cooking utensils semua ada kecuali kuali. π Kalau setakat masak megi ke apa, boleh je. Kakak siap masak dinner. Nasi goreng corned beef, sardin, goreng telur. π
Ini bilik di tingkat bawah. Memang Umar cop awal-awal sebab banyak toys.π Ini baru sebahagian, belakang pintu tu ada lagi toys yang dia tak perasan. Gambar ni kakak ambik masa baru sampai rumah. Depan bilik ni, dining table. Umar main tak hirau benda lain dah. Dah balik sini, Umar ajak lagi pergi homestay ni semata-mata nak play toys.
Pencuci pinggan pun ada. plastik sampah, tisu, nak cari pinggan mangkuk, tarik laci. Tuan rumah prepare siap-siap. Oh ya, laman belakang rumah kakak lupa nak gambar. Space yang luas untuk jemur pakaian, bbq pit pun disediakan. Di luar ada mesin basuh, jadi kakak memang cuci baju dan menjemur sepanjang berada di sana. Kebetulan cuaca cukup elok. Balik sini tak banyak sangat nak cuci. π
Dining table. Dari sini boleh tengok tv di ruang tamu. Bagi yang rasa tak ada masa nak masak, penat, boleh order food panda. Delivery dalam 30 minit dari restoran terdekat. Nak Drive-Thru KFC pun dekat je, 3-5 minit dari rumah. Kakak try juga Grab Mart, malas nak keluar tapi susu Umar dah habis. Pun x sampai sejam, dah sampai barang-barang yang kakak order. Order susu, tisu, milo, pencuci pinggan dari Garb Mart. Senang sebab kawasan rumah mudah dicari.
Tandas bilik bawah. Bilik atas dua lagi lupa nak gambar. Lebih cantik.
Master bedroom, sangat luas. Arah kiblat pun dilekatkan. Dalam almari ni ada comforter, selimut extra, tuala extra, bantal extra just in case kita perlukannya.
Masih dalam master bedroom. Aircond, satu katil queen size.
Bilik tidur kedua. Seberang master bedroom. Aircond. Ada dua katil.
Bilik tidur ketiga. satu katil queen size. Aircond jugak.
Dari sudut pandang lain bilik tidur ketiga.
Boleh sukat ketinggian.
Seterika dan iron board disediakan. Sambil bercermin boleh la timbang berat. π Baby crib pun ada. Sejadah disediakan. Belakang baby crib ada tilam extra. Achik Umar memang angkut satu tilam ke tingkat bawah sebab tidur depan TV tengok bola.
Tangga. Kakak mmg tak rajin. kadang-kadang ja naik. Penat angkat perut. π
Safe untuk budak, ada pemegang yang agak rapat.
Abaikan bungkusan. Itu redem yang orang kirim untuk dibawak, dan dihantar kepada rakan strategik /vendor-vendor kita di sini. Hehe.
Parking Space bahagian dalam rumah, boleh muat dua buah kereta.
Satu lagi kereta, kakak park luar pagar. Sepanjang di sana, Alhamdulillah tak ada masalah park luar pagar. Pak ngah Umar memang cuci kereta sampai sana.
Overall, it feels like home! Walaupun home orang. hahaha. Kalau nak stay dalam seminggu, dan ahli keluarga ramai, berbaloi lah bagi kakak.
Check in: After 4pm. Tapii hari tu kakak dah boleh check in awal dalam pukul 2 rasanya sebab rumah dah ready awal.
Checkout: Paling lewat 10.30am sebab ada orang nak masuk on the same day. Kalau tak ada orang masuk, mungkin boleh lewat sikit. Kami checkout 6.30am, flight awal pagi. Family members yang guna jalan darat pun gerak awal.
Deposit : RM200 - sudah dikembalikan selepas checkout (tiada apa-apa masalah atau kerosakan teruk)
Caj Satu malam : RM350. (Kakak dapat diskaun dr owner) π
The owner, very helpful, friendly dan sangat mudah berurusan. Tak pernah jumpa face to face pun. Melalui whatsapp saja. Deal sampai jadi. Alhamdulillah. Trusted orangnya.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Mr Bryan di nombor 016-8643866.
Kali ni percutian kita sekitar Sarawak saja. Doakan rezeki lebih baik, kita jalan-jalan tempat lain pulak. Boleh review homestay lain. Hihi.π
No comments:
Post a Comment