Showing posts with label Vitamin Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Malaysia. Show all posts

Friday, April 7, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

 Vitamin Kuit Cantik Harga Rahmah


Memiliki kulit yang cantik dan sihat sudah semestinya menjadi impian semua orang, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Ramai yang cakna dengan rutin penjagaan kulit dan mula prihatin dengan produk-produk kecantikan untuk kegunaan luaran. Namun, tak ramai yang tahu, kulit yang cantik bukan hanya perlu kosmetik atau penjagaan luaran semata-mata! Kulit yang cantik perlukan penjagaan dari dalam tubuh kita juga. Ramai juga yang mengabaikan pemakanan sihat dan tak endah tentang vitamin kulit! 😱 Tau tak, apa simptom-simptom atau kesan apabila kulit kita kurang vitamin? Ini antaranya:

1. Kulit kering dan kasar


Kajian menunjukkan 1 daripada 5 orang wanita dalam Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik. Tak dinafikan, keadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa dan adakalanya menyebabkan kurang keyakinan. Kulit kering menandakan keadaan kulit yang sedang mengalami dehidrasi. Bukan setakat kering, ada keadaan yang terjadi sehingga kulit mengelupas dan menyebabkan kegatalan. Kena cakna juga, jika dibiarkan terlalu lama, membawa pula kepada masalah kesihatan lain seperti eczema. Bila kulit jadi macam ni, nak cover dengan make-up pun susah sebab jadi bercapuk dan bersisik. Tanda kulit kering:

1. Kulit rasa tegang.
2. Kulit kasar dan nampak kering.
3. Kerap alami gatal-gatal.
4. Kulit bersisik.
5. Kulit terkopek dan berdarah.
6. Kulit merekah.
7. Kulit yang cerah nampak merah, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu.

Namun jangan risau, kita ada vitamin kulit yang terbukti berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan masalah di atas.😇

2.  Wajah nampak tua dari usia sebenar

Penuaan adalah salah satu kesan dari oksidasi, yakni kekurangan vitamin kulit yang mengandungi antioksida. oksidasi pula boleh terjadi dari pelbagai punca, antaranya pemakanan tidak sihat, kerap terdedah kepada cahaya matahari, kekurangan protien, dan tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tentu risau bila rakan sebaya kita nampak muda, tapi kita dan macam makcik-makcik kan? Penuaan boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi antioksidan.

3. Jeragat dan Pigmentasi

Jeragat muncul pada kulit yang umumnya disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Ia sebenarnya satu keadaan tidak berbahaya malah tak ada sebarang simptom seperti gatal atau pedih pada wajah seseorang yang mengalaminya. Cuma jika terdapat bintik hitam yang semakin besar berserta berubah penampilan dan warna, jangan ambil mudah. Jika terjadi, anda disarankan untuk jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin berpotensi mengalami mutasi dan boleh jadi juga tanda awal kanser kulit. Jeragat boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi niaciamide dan antioksidan.

4. Jerawat

Stress? lagi lah bertambah stress bila jerawat mula naik dan membiak di wajah. Jerawat ada pelbagai punca, antaranya alahan kepada makanan, pola tidur tidak tetap, ketidak seimbangan hormon, tidak mengambil berat penjagaan muka, terdedah kepada radikal bebas dan persekitaran yang tercemar. Jerawat yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan parut pada wajah, menyebabkan keradangan kepada kulit, perubahan kepada warna kulit ( menjadi tidak sekata) dan akhir sekali menyebabkan rasa rendah diri kepada mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius. Tambahan, jika kulit kekurangan vitamin, ia boleh menjadi masalah kerana kekurangan vitamin C umpamanya menyebabkan luka lambat sembuh.

5. Luka lambat sembuh


Salah satu kesan kekurangan vitamin kulit adalah luka lambat sembuh. ia boleh terjadi disebabkan faktor lain, namun salah satu daripadanya adalah kekurangan protien, vitamin c dan sumber mineral dalam tubuh. Kurang tidur pun boleh menjadi punca luka lambat sembuh tau.😧 Luka perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan terjadinya jangkitan lain. Manakala luka yang mengambil masa terlalu lama untuk sembuh berkemungkinan menjadi gejala awal diabetes. 

6. Lebam pada kulit

Tiba-tiba ada lebam pada bahagian kulit tanpa disedari. Tak sedar bila dan macam mana boleh dapat lebam. Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:

1. Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
2. Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
3. Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
4. Pengambilan alkohol secara berlebihan
5. Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
6. Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.


Kawan-kawan dah tau kan kesan atau simptom kulit kurang vitamin? Jadi, mesti nak tau kan vitamin kulit cantik yang terbaik untuk kulit kita?

Kakak mesti syorkan set kulit cantik yang terbaik, malah pada harga Rahmah khas untuk bulan ni saja. 😍Tadaaa...gabungan mantap vitamin kulit cantik  iaitu ESP dan Vitamin C Shaklee.💓


Antara kebaikan Vitamin C sustained Release Shaklee ni kepada kulit adalah:

🍃Bertindak sebagai "Antioksida". Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakkan disebabkan oleh radikal bebas.

🍃Vitamin C adalah molekul penting dalam penghasilan KOLAGEN. Kolagen merupakan sejenis protein bagi struktur tubuh kita.

🍃Melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan.

🍃Mempertahankan kulit daripada serangan radikal bebas dan meningkatkan imunisasi tubuh, menjaga kulit daripada serangat jerawat.

🍃Membantu memperbaiki warna tona kulit menjadi lebih baik dan sekata.

🍃 Mencerahkan kulit.

🍃 Menghalang pembentukan melanin (punca pigmentasi dan jeragat).

🍃Berfungsi sebagai agen anti-radang. 

🍃Mengurangkan kedutan dan garis halus.

🍃 Mengecilkan liang pori terbuka 

🍃Memudarkan parut.

🍃 Melembapkan kulit.

🍃Mengecutkan jerawat.

🍃 Menyerikan kulit.

🍃 Melegakan kulit kasar dan kering.

Dan ada banyak lagi fungsi Vitamin C ni selain untuk kulit. Next, kita tengok kelebihan ESP untuk kulit.


Kebaikan Esp untuk Kulit

🌹Mengekalkan kulit muda dan sihat.

🌹Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut, bekas jerawat dan strechmark.

🌹Mencerahkan kulit satu badan. Kulit lebih berseri tak kusam.

🌹Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.

🌹Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.

🌹Memudarkan jeragat.

🌹Memulihkan kedutan pada kulit.

🌹Melambatkan proses penuaan kulit.

🌹Mempercepatkan proses penyembuhan luka.

🌹Kuku juga lebih cantik dan sihat. Tak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar.

Tengok testimoni ni:










Haa..kawan-kawan jangan tunggu lama - lama, Vitamin Kulit ni paling laris dan berkesan tau. Nak lagi sekarang harga paling Rahmah dah ni..👇👇


Menariknya set ni, dua-dua vitamin kulit ni menawarkan harga jimat paling tak masuk akal! Keahlian percuma sahaja bagi kedua-dua set Rahmah ni tau. (Taknak jadi ahli, kena bayar harga bukan member ya 😅) Tak rugi pun jadi ahli, tak perlu menjual pun, tapi dapat harga super jimat tak masuk akal. 😂

Contoh Set Rahmah A

ESP : RM139 + Vitamin C : RM92 = RM99❗❗ Pelik kan sifir Shaklee? Hihi. Khas untuk bulan ni bagi kawan-kawan yang nak dapatkan vitamin kulit ni. Cepat whatsapp kakak. Kita deal sampai jadi okay?

Maklumat lanjut mengenai vitamin kulit, boleh hubungi kakak:

Whatsapp: 0198648908

Facebook: Mimi Amira

Instagram: Mimi Amira

Nak order sendiri? Boleh saja, klik sini ya : Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set A) atau Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set B)

Nak tengok info tambahan mengenai vitamin kulit? Klik link ni ya: Vitamin Kulit Cantik


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Saturday, March 18, 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia

"Kita yang menentukan masa depan kita sendiri"


Entri minggu lepas, kakak ada syorkan satu Set Kurus Shaklee khas untuk anda yang sedang mencari cara untuk Kurus sebelum raya. Semestinya dari Shaklee. Tapi, kenapa Shaklee? Sebabnya, di Malaysia, Shaklee adalah yang terbaik. Nak tahu kenapa? Ini sebabnya:

1. Shaklee ada Landmark Study.

Selalu dengar tapi tak tau apa dia landmark study kan?  Haa, perkataan landmark itu sendiri adalah bermaksud landskap, penanda atau rujukan. Contohnya, bandar besar Kuala Lumpur landmarknya adalah KLCC, Petronas Twin Tower, Sabah ada Gunung Kinabalu, Sarawak dengan Bangunan DUN, dan seumpamanya. landmark study ni adalah sebagai penanda aras kepada keberkesanan produk Shaklee. Orang selalu tanya, apa bukti yang menunjukkan Shaklee ni bagus, bukan omong kosong kan? Ini lah salah satu buktinya. 

Mr Roger Barnet (CEO Shaklee)

Ketika Mr Roger Barnet membeli syarikat Shaklee, beliau telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat landmark study berkaitan Shaklee. Kajian bebas ini melibatkan 1056 orang pengguna, melibatkan 3 golongan iaitu mereka yang mengambil satu jenis supplemen selain Shaklee, pengguna Shaklee, dan orang yang tidak maakan apa-apa suplemen, hanya menjaga diet dan pemakanan sahaja.

NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni. Doktor ni bukan calang-calang orang tau. Beliau ni adalah antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk dari hasil ujikaji ni beliau akan tetap publishkan. Yang buat piramid makanan yang biasa kita guna tu doktor ni lah. Hebat kan?


Hasilnya, pengguna tegar supplemen Shaklee menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan yang lebih unggul berbanding dua lagi kategori. Menarik kan? Bukti dengan data yang dipercayai! Jangan ragu, Shaklee sememangnya supplemen terbaik di Malaysia.

2. Pelopor Multivitamin Tertua di Dunia!
Multtivitamin dan Produk pertama, Vitalized Minerals kini dikenali sebagai Vita-Lea.

Dr. Forrest C Shaklee telah mencipta produk pertama Shaklee iaitu sejenis multivitamin semulajadi yang dinamakan Vitalized Minerals, pertama di Amerika Syarikat dan seumpamanya dunia. Kini vitamin ini telah ditambah baik dan dijenamakan sebagai Vita-Lea. Haa, ramai tak percaya Vita Lea dah 108 tahun? Ini lah hakikatnya. Masih relevan sehingga kini!

3. Mementingkan keselamatan Pengguna.

💖Shaklee sangat menjaga kualiti produk yang dihasilkan. Lebih 100,000 ujian kualiti tahap keselamatan dijalankan ke atas setiap produk, setiap tahun untuk memastikan pengguna mendapat yang terbaik. Sebagai pengguna yang bijak, tentulah kita nak supplemen yang selamat untuk digunakan untuk tubuh badan kita. 
💖Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
💖Shaklee juga mematuhi kehendak standard organik yang ditetapkan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat, dimana mewajibkan sekurangnya lebih 100 ujian terhadap racun perosak. Shaklee dah uji lebih dari 300 iaitu 3 kali ganda daripada yang dikehendaki. 

4. Terbukti berkesan.

💖Keberkesanan produk Shaklee bukan sahaja berasal daripada testimoni pengguna. Ia juga disokong oleh kajian saintifik. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
💖Kajian Telomere oleh Shaklee berjaya membuktikan bahawa pengamal supplemen Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang, atau dalam kata lain, 11% lebih awet muda berdasarkan ujian DNA.
💖Shaklee juga mendapatkan hak paten bagi produknya, dan antara produk yang mempunyai 5 hak paten adalah Vivix! 
💖Diiktiraf sebagai Malaysia's Trusted Brand pada 2021 dan 2022, oleh pembaca Reader's Digest di Malaysia. Pengiktirafan dan anugerah yang tidak dibayar untuk dimenangi, dan berdasarkan tinjauan ke atas pembaca secara rawak, dan sukarela.
💖Produk Shaklee terbukti bermanfaat dan membantu atlet-atlet olimpik memenangi pelbagai anugerah. Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk kami memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA.

5. Shaklee adalah produk mesra alam

💖Kita ambik Omega Guard sebagai contoh. Omega Guard Shaklee yang mana merupakan minyak ikan berkualiti tinggi. Ikan, tangkap dari laut. Meskipun begitu, Shaklee masih menjaga populasi ikan di laut sehingga mendapat pengiktirafan oleh organisasi Friends Of The Sea.
💖Semua produk Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.
💖 Produk Shaklee adalah bersifat biodegradable.
💖Pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik.
💖Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ yang telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

6. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik. Semua produk telah diformulasi agak dapat diserap dengan baik oleh badan. Barulah dapat manfaat optimum.

7. Shaklee merupakan syarikat berprestasi tinggi dan genuine. Diasaskan pada 1956, Shaklee mempunyai asas yang kukuh dan kekal bertapak sehingga kini. Shaklee merupakan pengeluar supplemen, produk Shaklee sentiasa berevolusi dan diinovasi sehingga kini. Antara produk yang lama dalam pasaran dan masih ada hingga kini adalah  Vita Lea, ESP dan Basic H. Oleh itu, tiada isu produk dikeluarkan secara OEM atau macam cendawan tumbuh.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab mengapa supplemen Shaklee merupakan supplemen terbaik. Boleh baca artikel tulisan rakan blog kakak di sini nanti ya : Supplement Terbaik

Kawan-kawan kalau nak cari Supplemen terbaik Malaysia ni boleh contact kakak:

Whatsapp: 0198648908
Facebook:Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Terima kasih sudi membaca! Jumpa lagi ya..

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...