Thursday, May 25, 2023

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

 

Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍


CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam entry sebelum ini, kakak berkongsi tentang kelebihan CASH REBATE yang kita boleh dapat dalam Shaklee, kali ni kakak nak kongsi cara mudah untuk rakan-rakan yang nak memperbaharui keahlian, (renew membership Shaklee). Mungkin sebelum ni ada yang dah tamat tempoh, (expired), tak aktif dan berminat nak aktifkan semula, teruskan bacaan ya!

Adakah keahlian saya dalam Shaklee boleh tamat tempoh? Ya! Keahlian akan ditamatkan jika kita tidak membuat apa-apa pembelian dalam tempoh setahun. Tempoh ini dikira dari tarikh hari lahir/ birtday kita ya. Kebiasaanya, tiga bulan sebelum tamat tempoh keahlian ( 3 bulan sebelum birthday), Shaklee akan hantar mesej/ peringatan bahawa keahlian kita akan luput. 

Nak kena renew ke? Eh bagi kakak, mestilah renew. Nak dapat cash rebate, nak bisnes, atau nak diskaun dan promosi hebat macam Set Rahmah tu? Haa, rugi kalau tak grab. Tambah lagi kalau ada promosi buy 1 free 2. Jimat sangat-sangat. Harga pun selalu dapat diskaun.

Dalam gambar di atas, Shaklee dah siap bagi reminder bahawa keahlian akan tamat pada tarikh birthday. Contohnya, birthday kakak pada bulan Ogos nanti. Jadi bulan Mei ni Shaklee dah ingatkan awal-awal untuk renew membership. Kakak ada beberapa pilihan untuk renew membership.

1. Renew Percuma Dengan Pembelian Mana-Mana Produk Shaklee

Haa, cara ni kakak dan team selalu buat. Hihi. Mana taknya, sebagai pengguna tegar produk Shaklee, kakak tak perlu bayar untuk renew keahlian setiap tahun. Dalam setahun, sememangnya ada supplement atau vitamin yang habis. Kakak cuma buat pembelian, automatik dah boleh renew membership. Kadang-kadang, hanya order produk yang pelanggan nak, pun dah dapat renew membership sebab guna ID kakak. Best kan?

Contohnya, kakak order herbal blend. Herbal blend ni UV dia hanya 7. Tapi, masih boleh digunakan untuk renew membership, sebab kakak punya membership belum expired lagi. Kalau kakak order, automatik Shaklee akan renew, sehingga lah birthday kakak tahun seterusnya. Tapi jangan lupa tanda kotak self renewal tu tau. 😁 Peringatan juga, cara ni sesuai jika keahlian kita hampir-hampir nak expired.

2. Renew Dengan Minimum Pembelian Produk Yang mempunyai 30UV

Kaedah ini perlu untuk mengaktifkan kembali membership bagi ahli yang telah expired (melepasi tarikh hari lahir). Membership yang sudah expired, masih boleh login ke akaun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh expired. Cuma, akses yang kita dapat agak terhad. Kita masih boleh membuat pembelian dengan harga ahli dalam tempoh ini. 


Haa yang ni contoh, anak team kakak yang dah lama tak aktif, nak dapatkan Omega Guard sebotol. Kebetulan Omega Guard ni 33UV, jadi boleh lah aktifkan semula keahlian dia secara percuma melalui pembelian Omega Guard Shaklee tadi. Minimum 30UV sahaja. Nak tahu produk apa yang minimum 30 UV? Mari kakak senaraikan:

✅Mealshakes (30UV)
✅Omega Guard (33UV)
✅Performance Drink Lemon Lime (32 UV)
✅Youth Purifying Clay Mask (32 UV)
✅Youth Hydrating Gel Mask (32UV)
✅CoQ-Trol Plus (33UV)
✅Vita E Complex (36 UV)
✅Hero Kiddo (33UV)
✅DTX (37UV)
✅Youth Activating BB Cream SPF30 (35UV)
✅ESP (37 UV)
✅Cinch Shake -Vanilla/Cafe Latte/Chocholate (35 UV)
✅Get Clean Water Pitcher (37 UV)



3. Daftar Semula hanya dengan RM35 atau beli Produk dengan Percuma Keahlian 💵

Yang ketiga ni jika ahli dah melepasi 3 bulan expired atau melepasi 3 bulan tarikh hari lahir. Nama anda akan dikeluarkan dari sistem secara automatik. Namun jangan risau, masih boleh daftar semula ya. Ada beberapa pilihan:

a) Ini paling mudah. Adakalanya, member yang dah expired, cuma nak aktifkan keahlian. Tak ada masalah. Boleh je. Daftar semula melalui upline anda sebelum ini atau mana-mana ahli Shaklee yang anda kenal, atau daftar sendiri di website Shaklee, dengan bayaran RM35.

b) Jika kebetulan ada promosi daftar keahlian dengan pembelian produk yang anda suka, jangan tunggu lama-lama, grab peluang yang ada. 😍 Contohnya, bulan ni ada Set Rahmah yang menawarkan keahlian percuma. Nak daftar semula dengan set ni, klik gambar. (Sampai 31 Mei ni saja tau)


c) Jika tak ada promosi, tapi nak daftar percuma? Boleh, dengan pembelian produk dengan minima 100uv. 


Haa..mudah kan nak renew membership ni? Nak tahu lebih lanjut, atau keliru ke apa, boleh je hubungi kakak.

Nak renew membership shaklee sendiri? Klik sini : Renew Membership

Nak kakak bantu? Hubungi kakak (klik link biru):

Whatsapp : 0198648908
Facebook : Mimi Amira
Instagram : Mimi Amira

Jangan malu jangan segan, kakak tak makan orang. 😁 Mari aktifkan semula keahlian anda, banyak faedahnya. Nak bisnes pun boleh je.


Dah bisnes, tiba-tiba terlayak nak dapat insentif macam ni. 😍


Tahun ni: Shaklee nak bawa melancong ke LA dan Korea! Ajum kita aktifkan diri.😃



Q&A lain mengenai renewal membership ni rakan-rakan boleh baca di sini ya:

Jangan lupa hubungi kakak ya! Jumpa lagi di entri seterusnya. 😊

No comments:

Post a Comment

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...