Showing posts with label set puasa shaklee. Show all posts
Showing posts with label set puasa shaklee. Show all posts

Friday, March 31, 2023

7 IDEA MENU SAHUR YANG SIHAT

 

7 Idea Menu Sahur Yang Sihat


Assalammualaikum, Salam Ramadhan semua. Tak terasa dah seminggu kita masuk ke bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Pasti ramai yang tengah cari menu sahur kan? Kenapa menu sahur? Sebab, menu berbuka senang sangat nak dapat, singgah je mana-mana Bazaar Ramadan. Tak perlu masak pun, gantung kuali kata mak saya. Hihihi.😆 Baiklah, hari ni kakak nak share beberapa menu sahur yang sihat khas bagi yang dah tak ada idea nak masak apa dah.


1. Oat



Oat ni selalu menjadi pilihan ramai sebabnya? Banyak khasiat, dan kandungan serat yang tinggi dalam oats bantu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Boleh buat Overnight Oats, campur buah-buahan dan kekacang. Ada juga yang masukkan oats dalam air suam, dan makan begitu sahaja. Kalau kakak, campur dalam susu, ESP atau Cinch, atau pun air milo, air coklat. Sedaaapp.. Tapi kena ingat ya, pilih Oat yang rendah kandungan gula!

2. Roti


 
Roti bantal antara yang cukup popular sebagai menu sahur yang sihat. Tahu tak, roti bantal merupakan antara makanan yang tertua di dunia! Mengandungi karbohidrat, serat dan kalori. Ada macam-macam jenis roti di pasaran sekarang. Jika ingin diet sihat, kakak syorkan pilih roti jenis Whole Meal, Whole Grain atau Whole Wheat. Ini kerana jenis ini adalah roti gandum yang kebiasaannya mempunyai nilai glisemiks indeks yang rendah. Nilai GI yang rendah membantu anda rasa kenyang lebih lama. Boleh pilih sama ada nak buat roti bakar, sapu kaya, cecah susu, atau sapu Nuttella. So Yummy! 

3. Telur



Telur antara makanan berkhasiat yang ramai ambik sebagai menu pengganti nasi. sangat bagus dijadikan menu sahur. Telur merupakan makanan tinggi protein yang sangat sesuai untuk diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster. Sebenarnya, ramai yang takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol. Kenyataannya, kuning telur mengandungi vitamin, mineral, dan juga pelbagai nutrien yang sangat bagus seperti choline. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi. Malah telur ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan. Ada kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Jadi, anda pilih nak makan telur macam mana? Makan telur rebus dua biji semasa sahur, pun boleh kenyang lama tau. Atau, makan telur separuh masak, cecah kicap sedikit. Selain boleh membuka selera. sambil bekalkan tenaga untuk beraktiviti sepanjang hari.

4. Buah Kurma




Kurma merupakan makanan sunnah. Sangat-sangat digalakkan menjadikan kurma sebagai salah satu menu sahur. Buah kurma mempunyai kandungan nutrien yang tinggi seperti kalsium, serat, zat besi dan vitamin. kandungan potassium dalam kurma mampu mencegah kolestrol berbahaya. Selain memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan, ada khasiat lain buah kurma ni. Jika konsisten mengambil kurma, ia sebenarnya boleh bantu kurangkan sembelit. 😱Jadi, jangan lupa makan kurma 3 biji masa sahur ya! Atau, boleh tukar selera sekali sekala buat jadi cucur kurma. Sedap tau. cubalah!

5. Beras Merah



Beras merah mungkin jarang menjadi pilihan sebagai menu sahur. Tetapi tahukah anda, beras merah banyak manfaat kesihatan? Antaranya, beras merah mengandungi antioksidan yang berupaya melawan radikal bebas. Secara tak langsung, ia menjaga kesihatan kulit. Kandungan serat dalam beras merah adalah lebih tinggi berbanding beras putih, dan membantu untuk memberi rasa kenyang lebih lama selain mengurangkan paras kolesterol. Beras merah mempunyai nilai Glisemiks Indeks (GI ) yang rendah, justeru itu ia membantu mnegawal paras gula dalam darah. Jadi, selain masak sebagai gantian kepada nasi, mungkin boleh jadikan bubur untuk sahur? tambahkan ikan masin, bilis atau kekacang ke dalam bubur selain telur masin. Pasti seisi keluarga suka. 😁

6. Epal



Keseimbangan nutrisi sangat penting meskipun ketika berpuasa. Bagi penggemar buah-buahan, jangan lupa tambahkan epal dalam menu sahur anda. Tak kisahlah jika nak buat salad buah-buahan, atau dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut. Epal mengandungi kandungan serat yang tinggi yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Terdapat pelbagai komponen yang berkhasiat di dalam epal. Antaranya ialah polifenol seperti asid fenolik dan flavonoid. Kandungan polifenol adalah tinggi di bahagian kulit epal dan komponen ini mempunyai sifat anti oksida yang tinggi. Selain itu, epal turut mempunyai polisakarida yang tinggi termasuk pektin. Pektin mempunyai kebaikannya tersendiri seperti menyokong sistem penghadaman. Buah epal juga mempunya fitosterol yang bersifat anti radang di mana ianya bermanfaat untuk perubatan. Bak kata pepatah, "an apple a day, keeps the doctor away".

7. Susu dan Yogurt




Susu segar mampu membekalkan kalsium, protein dan vitamin B dan D secara harian. Pengambilan susu secara rutin juga dapat memastikan kesihatan tulang kita. Kalau tak lalu minum susu putih, boleh campurkan dengan buah-buahan menjadi smoothies. Seeloknya jangan tambah gula.Yogurt bukan sahaja membekalkan kalsium, malah mengandungi bakteria baik bagi melancarkan sistem pencernaan.

Haa, dah ada idea nak makan apa sahur esok? Oh ya, kalau nak sahur dalam masa 2 minit je, boleh cuba Set Puasa Shaklee ya. Kenapa dua minit? Sebab sangat mudah. Tuang, goncang, minum! 

Cuba tengok apa kata mereka yang ambik set puasa ni:






Tambahan, April ni ada promosi best! Nak tahu? Whatsapp kakak untuk maklumat lanjut ya.

Whatsapp : 0198648908
Facebook : Mimi Amira
Instagram : Mimi Amira

Boleh ceduk menu sahur yang lain di sini : 

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Thursday, March 9, 2023

Marhaban Ya Ramadhan! : Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

 Ramadhan Tiba, Ramadhan Tiba, Dah Bersedia?

Kebetulan hari ni hari Jumaat, 17 Syaaban 1444H.
Bersamaan dengan 10 Mac 2023. 
Mari perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Tak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan bulan mulia, Ramadhan Al Mubaraq. Semoga kita doberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Aaamiin ya Mujib. Bagaimana persediaan Ramadhan kawan-kawan? Kakak macm biasa, ada beberapa makanan yang kakak akan standby. 


Ini antara makanan yang kakak akan standby. Roti Osborne, rendam dalam air Milo untuk sahur. Kemudian, telur masin sebagai pembuka selera. Telur padi, cuci, kupas dan letak kicap sikit. Satu lagi yang kakak dah standby adalah Corned Beef Pawada. Goreng bawang, masukkan corned beef, tambah garam dan aji. Siap. 😁 Ini pembuka selera, yang mesti dan wajib ada bagi kakak kalau nak puasa, adalah Set Puasa Shaklee.😃


Apa yang ada dalam Set Puasa Shaklee? Mari tengok.

SET PUASA SHAKLEE

1. ESP Shaklee

Kenapa pilih ESP Shaklee? Ini antara sebabnya:

💖 ESP Shaklee mengandungi 14g protein yang mana bersamaan dengan 1 hidangan ikan. Protien adalah salah satu nutrisi penting yang kita perlu ambil setiap hari. Protein untuk tulang, kulit, rambut, otot, tisu badan dan pelbagai manfaat lain.

💖 ESP diperoleh dari sumber tumbuhan dan bukaannya ayam atau daging. Sebolehnya kita elakkan sumber protein dari ayam dan daging untuk mengelakkan lemak dan kolesterol. Ini penting untuk kesihatan jantung. Pengambilan 25g protien sehari setiap hari membantu mengurangkan paras kolestrol jahat dan menaikkan kolestrol baik.

💖 ESP mempunyai Indeks Glisemik yang rendah, iaitu 39 GI, yang membantu menstabilkan gula dalam darah, seterusnya memberi rasa kenyang. Ini secara tidak langsung membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari, meskipun ketika kita sedang berpuasa.

💖ESP hanya memberikan kualiti terbaik kacang soya dengan 9 asid amino penting yang lengkap untuk fungsi tubuh yang optimum, Lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak. ESP juga dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP) yang memastikan kualiti dan keselamatan yang terbaik untuk memberikan nutrien dan kebaikan soya yang lengkap dalam setiap cawan.

💖ESP sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik. ESP  bebas laktosa dan sesuai untuk semua jenis perut, selain mudah dicerna.

Pengalaman kakak sendiri dengan ESP ni, kakak sebelum ni memang ada masalah gastrik yang teruk. Mak kakak pun sama dan lagi teruk, sampai muntah-muntah. Tapi, sejak amalkan ESP ni, dah sangat-sangat jarang kena gastrik. Kalau dulu setiap bulan kena, sekarang setahun mungkin sekali dua saja. Alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah asbab ESP Shaklee. Sebab tu ESP ni sangat recommended dalan Set Puasa Shaklee.

Jum tengok antara testimoni berpuasa dengan ESP:




2. Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake didatangkan dalam tiga perisa, Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte. Seringkali disebut sebagai meal replacement, ini antara kelebihan Cinch yang anda perlu tahu:

💖Cinch Shake mengandungi leucine. Leucine ini sangat membantu untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. kerana sifat leucine yang mudah dipecah dan diolah menjadi glukosa. Leucine tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita, dan perlu diambil dalam diet seharian. Leucine mudah diserap, ia dapat membantu meningkatkan meningkatkan tenaga, penghasilann otot, dan meningkatkan metabolisme yang menjadikan kita rasa kenyang lebih lama! Oleh itu, mereka yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, boleh lah dapatkan Cinch dalam Set Puasa Shaklee ni ya.😁
💖 Cinch Shake mempunyai nilai Glisemik yang rendah, ini dapat membantu mengekalkan kadar paras gula yang normal dalam darah.

💖Cinch Shake mengandungi 20 multivitamin dan minerals! Badan kita memerlukan multivitamin yang mencukupi setiap hari. Jika keperluan nutrisi sudah dipenuhi, tidaklah kita asyik rasa craving sepanjang hari. 😁

💖Cinch Shake mengandungi serat. Tubuh kita perlukan serat untuk menyokong sistem penghadaman, menjaga kesihatan usus dan mengelakkan masalah sembelit terutama ketika berpuasa. Serat juga membantu mengawal nafsu makan. Sesuaiii sangat untuk Set Puasa Shaklee.

💖 Cinch juga mengandungi 16g protein. Kandungan protein yang tinggi akan membekalkan tenaga yang berpanjangan meskipun kita perlu melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari. Jadi, tidaklah kita rasa letih dan lesu untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti bersenam ringan semasa berpuasa.

Banyak lagi manfaat cinch shake untuk tubuh kita sebenarnya. Untuk kulit, untuk kurus, untuk otot. Bagi yang nak kekalkan bentuk badan walaupun dah habis puasa, elok sangat ambil Cinch sebagai hidangan sahur. Pelbagai jenis resepi Cinch Shake boleh kita buat. Adik kakak sendiri memang amalkan Cinch Shake ni sepanjang bulan puasa tahun lepas. Katanya, badan lebih ringan, cergas, perut dah tak menggeleber, dan masih mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Uniknya, masa tak puasa pun, adik kakak ni kalau ambik Cinch masa breakfast, tahan tak makan nasi sampai dua hari!

Boleh baca testimoni lain Cinch di bawah: 







3. Performance Drink Lemon-Lime

Performance Drink Lemon-Lime

Performance Drink adalah antara produk paling laris dalam bulan Ramadhan. Umumnya ketika berpuasa badan kekurangan banyak air, ditambah pula cuaca yang panas. Tapi jangan risau, dehidrasi boleh dicegah dengan menambah Performance Drink sebagai sebahagian dari Set Puasa Shaklee anda. Kebaikan Performance Drink Lemon Lime ini adalah:

💖Minuman isotonik yang membantu mengekalkan bendalir dalam darah, dan mencegah dehidrasi.

💖Mengandungi enam jenis elektrolit dan campuran karbohidrat untuk membekalkan tenaga dan penghidratan yang optimum.

💖Memelihara tahap gula dalam darah seterusnya mengekalkan tenaga dan tahap stamina badan.

💖Membantu ibu menyusu mengekalkan kestabilan bendalir dalam badan dan mengelakkan masalah kekurangan susu badan.

💖Melembapkan kulit yang kering, sambil mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh.

💖Menghilangkan rasa haus setelah berpuasa seharian.

💖Pengganti minuman isotonik bergula dengan perisa semula jadi, tanpa bahan tiruan.

💖Mencegah cramp akibat kekurangan bendalir dalam badan.

💖Sesuai diminum oleh dewasa yang aktif bersukan, kanak-kanak, ibu mengandung/menyusukan, orang yang demam atau kurang sihat dan pelbagai lapisan umur.

Kakak suka minum performance drink, badan jadi lebih aktif dan bertenaga meskipun bekerja seharian dan kadang-kala berdepan dengan cuaca panas. Salah satu testimoni rakan, suaminya seorang yang bekerja sendiri dan gemar berkebun. Tak kira cuaca panas atau sebagainya, tetap rajin ke kebun. Nak dijadikan cerita, suaminya demam dan kurang sihat. Kawan kakak pun bagi la minum performance drink awal pagi, sebagai ganti minuman berais lain. Tak sangka, sebelah petang dah elok suaminya berkebun. Syukur PD ni sangat bermanfaat. Untuk yang aktif tu, elok sangat ambik Set Puasa Shaklee yang ada Performance Drink ni!

Kakak sertakan beberapa testimoni dari mereka yang mengamalkan Performance Drink:






Jadi, berapa harga Set Puasa Shaklee ni?

Harga Bukan Ahli : RM325 (Jimat RM187.50😃), dan dapat Free Shaker!
Harga Ahli : RM260 (Jauh lebih jimat😍)

Awak boleh order terus di sini :Puasa 123, atau boleh whatsapp saja kakak, di 0198648908.

Selain itu, maklumat lanjut mengenai pengalaman Ramadhan bersama Set Puasa Shaklee, jemput baca di link berikut : Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee.

Jumpa lagi di lain entry ya! Terima kasih sudi membaca.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023







CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...