Showing posts with label shekleetriumph2023. Show all posts
Showing posts with label shekleetriumph2023. Show all posts

Friday, March 31, 2023

7 IDEA MENU SAHUR YANG SIHAT

 

7 Idea Menu Sahur Yang Sihat


Assalammualaikum, Salam Ramadhan semua. Tak terasa dah seminggu kita masuk ke bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Pasti ramai yang tengah cari menu sahur kan? Kenapa menu sahur? Sebab, menu berbuka senang sangat nak dapat, singgah je mana-mana Bazaar Ramadan. Tak perlu masak pun, gantung kuali kata mak saya. Hihihi.😆 Baiklah, hari ni kakak nak share beberapa menu sahur yang sihat khas bagi yang dah tak ada idea nak masak apa dah.


1. Oat



Oat ni selalu menjadi pilihan ramai sebabnya? Banyak khasiat, dan kandungan serat yang tinggi dalam oats bantu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Boleh buat Overnight Oats, campur buah-buahan dan kekacang. Ada juga yang masukkan oats dalam air suam, dan makan begitu sahaja. Kalau kakak, campur dalam susu, ESP atau Cinch, atau pun air milo, air coklat. Sedaaapp.. Tapi kena ingat ya, pilih Oat yang rendah kandungan gula!

2. Roti


 
Roti bantal antara yang cukup popular sebagai menu sahur yang sihat. Tahu tak, roti bantal merupakan antara makanan yang tertua di dunia! Mengandungi karbohidrat, serat dan kalori. Ada macam-macam jenis roti di pasaran sekarang. Jika ingin diet sihat, kakak syorkan pilih roti jenis Whole Meal, Whole Grain atau Whole Wheat. Ini kerana jenis ini adalah roti gandum yang kebiasaannya mempunyai nilai glisemiks indeks yang rendah. Nilai GI yang rendah membantu anda rasa kenyang lebih lama. Boleh pilih sama ada nak buat roti bakar, sapu kaya, cecah susu, atau sapu Nuttella. So Yummy! 

3. Telur



Telur antara makanan berkhasiat yang ramai ambik sebagai menu pengganti nasi. sangat bagus dijadikan menu sahur. Telur merupakan makanan tinggi protein yang sangat sesuai untuk diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster. Sebenarnya, ramai yang takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol. Kenyataannya, kuning telur mengandungi vitamin, mineral, dan juga pelbagai nutrien yang sangat bagus seperti choline. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi. Malah telur ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan. Ada kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Jadi, anda pilih nak makan telur macam mana? Makan telur rebus dua biji semasa sahur, pun boleh kenyang lama tau. Atau, makan telur separuh masak, cecah kicap sedikit. Selain boleh membuka selera. sambil bekalkan tenaga untuk beraktiviti sepanjang hari.

4. Buah Kurma




Kurma merupakan makanan sunnah. Sangat-sangat digalakkan menjadikan kurma sebagai salah satu menu sahur. Buah kurma mempunyai kandungan nutrien yang tinggi seperti kalsium, serat, zat besi dan vitamin. kandungan potassium dalam kurma mampu mencegah kolestrol berbahaya. Selain memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan, ada khasiat lain buah kurma ni. Jika konsisten mengambil kurma, ia sebenarnya boleh bantu kurangkan sembelit. 😱Jadi, jangan lupa makan kurma 3 biji masa sahur ya! Atau, boleh tukar selera sekali sekala buat jadi cucur kurma. Sedap tau. cubalah!

5. Beras Merah



Beras merah mungkin jarang menjadi pilihan sebagai menu sahur. Tetapi tahukah anda, beras merah banyak manfaat kesihatan? Antaranya, beras merah mengandungi antioksidan yang berupaya melawan radikal bebas. Secara tak langsung, ia menjaga kesihatan kulit. Kandungan serat dalam beras merah adalah lebih tinggi berbanding beras putih, dan membantu untuk memberi rasa kenyang lebih lama selain mengurangkan paras kolesterol. Beras merah mempunyai nilai Glisemiks Indeks (GI ) yang rendah, justeru itu ia membantu mnegawal paras gula dalam darah. Jadi, selain masak sebagai gantian kepada nasi, mungkin boleh jadikan bubur untuk sahur? tambahkan ikan masin, bilis atau kekacang ke dalam bubur selain telur masin. Pasti seisi keluarga suka. 😁

6. Epal



Keseimbangan nutrisi sangat penting meskipun ketika berpuasa. Bagi penggemar buah-buahan, jangan lupa tambahkan epal dalam menu sahur anda. Tak kisahlah jika nak buat salad buah-buahan, atau dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut. Epal mengandungi kandungan serat yang tinggi yang memberikan rasa kenyang lebih lama. Terdapat pelbagai komponen yang berkhasiat di dalam epal. Antaranya ialah polifenol seperti asid fenolik dan flavonoid. Kandungan polifenol adalah tinggi di bahagian kulit epal dan komponen ini mempunyai sifat anti oksida yang tinggi. Selain itu, epal turut mempunyai polisakarida yang tinggi termasuk pektin. Pektin mempunyai kebaikannya tersendiri seperti menyokong sistem penghadaman. Buah epal juga mempunya fitosterol yang bersifat anti radang di mana ianya bermanfaat untuk perubatan. Bak kata pepatah, "an apple a day, keeps the doctor away".

7. Susu dan Yogurt




Susu segar mampu membekalkan kalsium, protein dan vitamin B dan D secara harian. Pengambilan susu secara rutin juga dapat memastikan kesihatan tulang kita. Kalau tak lalu minum susu putih, boleh campurkan dengan buah-buahan menjadi smoothies. Seeloknya jangan tambah gula.Yogurt bukan sahaja membekalkan kalsium, malah mengandungi bakteria baik bagi melancarkan sistem pencernaan.

Haa, dah ada idea nak makan apa sahur esok? Oh ya, kalau nak sahur dalam masa 2 minit je, boleh cuba Set Puasa Shaklee ya. Kenapa dua minit? Sebab sangat mudah. Tuang, goncang, minum! 

Cuba tengok apa kata mereka yang ambik set puasa ni:






Tambahan, April ni ada promosi best! Nak tahu? Whatsapp kakak untuk maklumat lanjut ya.

Whatsapp : 0198648908
Facebook : Mimi Amira
Instagram : Mimi Amira

Boleh ceduk menu sahur yang lain di sini : 

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Thursday, February 9, 2023

Apakah Intermittent Fasting (IF)?

 

"Apa azam tahun baru?"
"Nak sambung azam tahun lepas - nak kurus 😂 tapi diet tetap ke laut"

Mesti kawan-kawan biasa dengar ayat di atas kan? 😁 Kakak pun selalu dengar. Dalam banyak-banyak cara berdiet yang sering diamalkan, salah satu daripadanya adalah Intermittent Fasting atau singkatnya IF. Haa, apa dia IF ni?

IF bukanlah sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan, malah sudah banyak program-program IF yang diadakan untuk membantu mereka-mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara sihat. Di Malaysia, IF cukup popular bukan sahaja dalam kalangan pengamal kesihatan, juga dalam kalangan artis-artis tanah air, influencer, sehingga menjadi trend dalam kalangan masyarakat kita.

Tetapi masih ada di antara kita yang masih belum tahu tentang IF. Biasa dengar, tapi tak tahu sangat tentang IF. Jum kita tengok, sedikit info ringkas mengenai IF.

Definisi Ringkas Intermittent Fasting (IF)

Perkataan "intermittent" dalam Bahasa Inggeris secara ringkasnya merujuk kepada sesuatu yang berlaku secara berkala, tidak tetap, bermusim, atau tidak berterusan. IF itu sendiri adalah salah satu jenis diet dengan menentukan pola pemakanan mengikut satu jadual tertentu. Dalam kata mudahnya, IF tidak menekankan jenis makanan yang anda makan, tetapi BILA anda harus makan. Konsep berpuasa yang diterapkan dalam IF tentunya menjadi tarikan utama kepada penggemar diet cara IF, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Turunkan berat badan dapat, sihat dapat, pahala pun dapat. In shaa Allah.😊 



Jenis-Jenis Intermittent Fasting 

IF mengamalkan konsep puasa. Namun, ia tidak sepenuhnya seperti puasa pada bulan Ramadahan di mana kita tidak boleh makan dan minum langsung pada waktu tersebut. Bagi puasa dengan kaedah IF, kita masih boleh makan dan minum. makanan dan minuman yang boleh diambil dalam tempoh "berpuasa" IF hendaklah makanan dan minuman yang tidak bergula atau berkalori. Puasa pada bulan Ramadhan adalah mengikut tempoh waktu dari terbit fajar hingga terbenam matahari, tetapi bagi IF, kita boleh amalkan mengikut waktu yang kita sendiri tetapkan. Unik bukan?

Ada banyak jenis diet IF yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita antaranya:

1. Overnight Fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam. Contohnya, puasa jam 7 malam hari ni, jam 7 pagi esok dah boleh makan. Kelebihan kaedah IF ini adalah waktu tidur pun termasuk dalam waktu puasa😋.

Sebagai panduan, boleh rujuk gambar berikut:




2. Whole Day Fasting

Percaya atau tidak, ramai yang mengamalkan kaedah IF yang ini. Ya, berpuasa selama 24 jam! 😱Juga dikenali dengan nama lain seperti OMAD. Contohnya, anda berpuasa pada 8 malam hari ini, dan berbuka pada 8 pagi berikutnya. Kaedah ini kebiasaannya diamalkan sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada kemampuan pengamalnya.

3. Alternate Day Fasting

Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa pada selang sehari dalam minggu tersebut. Hari ni puasa, esok tak puasa. Begitulah kaedahnya. Pada hari anda berpuasa, pengambilan maksimum kalori adalah sekitar 500 hingga 600 kalori sahaja sehari.

4. 5:2 Fasting

Kaedah ini meggalakan anda berpuasa dua hari seminggu. Pengambilan kalori pada hari berpuasa juga sekitar 500 - 600 kalori sahaja. Lazimnya, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Pembahagian hari begini juga boleh diaplikasikan untuk IF.

5. Skipping Meal Fasting

Anda yang selalu lupa nak makan, mungkin sesuai amalakan kaedah ni. 😄 Anda perlu melangkau satu atau dua waktu makan berbanding kebiasaan. contohnya, jika anda biasa makan 5 kali sehari, anda perlu skip 2 waktu. Terpulang kepada anda, sama ada nak skip waktu sarapan, makan tengahari, minum petang, atau makan malam.


Itu antara contoh-contoh IF yang biasa diamalkan. Ada banyak lagi kaedah IF yang boleh dipilih, pilihan adalah di tangan anda. 😁 Di entry lain, kita akan lihat apakah kebaikan IF, siapa yang sesuai atau tak sesuai amalkan IF. Stay tune, selamat mencuba dan selamat beramal. 💓

Boleh baca entry lain mengenai intermittent fasting di sini ya: Intermittent Fasting dan Ramadan by coach kita,  Coach Kaktim


CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...