Showing posts with label Set Kurus Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kurus Shaklee. Show all posts

Friday, April 14, 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Hilang 43kg dengan cepat!

Hi Assalammualaikum, tak lama lagi Ramadhan bakal berlalu pergi. Ada yang dah Berjaya mencapai misi menguruskan badan? Ke masih berusaha? Hihi. Kakak nak share tips yang dikongsikan kawan-kawan untuk dapatkan berat badan idaman, kurus dengan cepat TETAPI selamat.

1.        #Tips 1 : Jangan skip sarapan pagi


Macam aneh kan? Tapi sebenarnya, sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga dengan nutrisi yang diperlukan. Mengabaikan makanan pagi boleh menyebabkan kita craving dan makan lebih banyak snek sepanjang hari dan cepat berasa lapar.

2.       #Tips 2: Makan secara rutin

Jika kita makan secara rutin, ia akan membantu badan untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar dan craving kepada makanan yang tinggi gula dan lemak. Contohnya, jika kita biasa makan pukul 10, jangan ubah jadual makan terlalu kerap kerana ia akan mengganggu system badan sehingga menghantar isyarat lapar yang keterlaluan dan menyebabkan kita makan dengan banyak.

3.       #Tips 3: Makan banyak buah dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah lemak dan gula serta tinggi kandungan serat, yang mana merupakan faktor utama yang membantu pengurangan berat badan. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

4.       #Tips 4 Aktifkan Diri

Pelbagai faedah apabila mengaktifkan diri secara fizikal

Gaya hidup yang aktif adalah kunci kepada pengurangan berat badan dan pengekalan berat optimum. Selain memberi manfaat kesihatan, bersukan dan bersenam dapat membakar lemak berlebihan yang tidak mampu dibuang hanya dengan berdiet. Pelbagai aktiviti kita boleh pilih dan buat ikut minat masing-masing. Tidak semestinya pergi ke gym. Hobi yang menyihatkan badan seperti berkebun, berenang, berbasikal, bermain bola sepak atau futsal, mengemas rumah, atau beriadah bersama keluarga sangat membantu dalam membakar lemak untuk kurus dengan cepat selain mengurangkan risiko penyakit yang dinyatakan dalam gambar di atas.

5.       #Tips 5: Minum air yang mencukupi

Performance drink Shaklee bukan sahaja sedap dan melegakan, 
tetapi mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Adakalanya, orang terkeliru dengan kehendak badan. Badan sebenarnya cuma perlukan air yang memadai, namun disumbat pula dengan makanan. Mana tak naik berat badan! Jangan tak tau, air pun boleh bekalkan nutrient penting untuk tubuh, terutama air performance drink Shaklee.

6.       #Tips 6: Makan makanan tinggi serat


Makanan tinggi serat membantu tubuh berasa kenyang lebih lama, dan sangat sesuai untuk mengurangkan berat badan. Serat juga dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat, roti berbijirin, beras merah, pasta dan kacang merah. Lebih lama kenyang, baru boleh kurus dengan cepat.

7.       #Tips 7: Ambil Supplemen Tambahan

Pengambilan supplemen bukan sahaja membantu untuk kurus sengan cepat, sihat dan selamat. Tapi ia akan membantu tubuh mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan dan dalam kuantiti yang mencukupi. Tahu tak, Shaklee ada set lengkap yang boleh bantu kurus dengan cepat. Tak perlu berlapar pun!

SET KURUS SHAKLEE

Kakak pernah tulis mengenai set Kurus Shaklee ni dalam artikel sebelum ini, boleh rujuk sini ya. Klik di sini : Set Kurus Shaklee

Dalam ni ada banyak sangat testimoni dari orang sebenar yang ambik set ni. Teruja tengok mereka gembira dengan perubahan berat mereka. Ada yang turun 9kg, 20kg, 43kg pun ada! 😱 Nak cuba? Sementara masih ada tawaran menarik ni! Khas untuk awak.😁

Cepat-cepat hubungi kakak untuk maklumat lanjut.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Whatsapp: 0198648908
Facebook: Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Akhir sekali, jemput baca perkongsian rakan kakak mengenai cara yang senang untuk kurus. Baca sini ya: Kurus Dengan Cepat

Semoga bermanfaat!

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Wednesday, March 15, 2023

Nak Kurus Sebelum Raya? Cer Try Set Kurus Shaklee!

 Nak Kurus Sebelum Raya? Set Kurus Shaklee Kan Ada.

Gambar sumber dari Google

Sedapnyaa lah kan juadah hari raya. Puasa pun belum tapi teringin juadah raya. πŸ˜† Nanti berat makin naik tau!
Sebut tentang puasa, tak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan meraikan kedatangan bulan Ramadhan. Secara tidak langsung, jatuhlah kewajipan berpuasa bagi semua umat Islam yang cukup syarat-syarat wajib untuk berpuasa. Pada bulan lain, kita boleh amalkan diet Intermittent Fasting untuk kurus. Boleh baca entri terdahulu kakak mengenai diet IF di sini : Intermittent Fasting


Berpuasa sebenarnya baik untuk kesihatan. Antara manfaat kesihatan yang boleh diperoleh dengan berpuasa:

⇨ Mengurangkan kadar gula dalam darah. Amalan berpuasa juga dapat membantu mengurangkan risiko menghidap kencing manis bagi ibu mengandung terutama pada trimester kedua. 
⇨Meningkatkan tahap kesihatan jantung dengan mengawal tekanan darah, triasilgliserol dan kolesterol.
⇨ Mengurangkan tahap keradangan.
⇨ Membantu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan metabolisme badan.
Mempercepatkan tempoh pemulihan. Puasa juga mampu mempengaruhi proses pemulihan di dalam badan. Ketika mana makanan tiada di dalam perut, anggota badan akan menfokuskan aktivitinya untuk fungsi-fungsi yang lain seperti aktiviti metabolik dan sistem ketahanan badan, berbanding dengan kerja-kerja penghadaman yang mana tidak diperlukan ketika seseorang itu sedang berpuasa.
⇨ Menggalakkan penghasilan hormon anti penuaan.
⇨Menambah baik fungsi dan kesihatan otak.

Haa..rugi tak ambik kesempatan berpuasa di bulan Ramadhan. Pahala dapat, manfaat kesihatan pun dapat. Terutama kepada yang nak kurus sebelum raya. Shaklee dah ada Set Kurus Shaklee khas untuk anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif sebelum raya ni. Mari berkenalan dengan Set Hello New You.


Misi utama Set Kurus Shaklee:

πŸ’–Membantu menguruskan badan dan mengekalkan berat badan ideal dengan cara yang lebih sihat. (Tak perlu berlapar sampai gastrik 😱)
πŸ’–Membantu membentuk tubuh badan idaman yang menawan. 
πŸ’–Meningkatkan tenaga dan kecergasan
πŸ’–Menambah baik sistem pencernaan.
πŸ’–Mengembalikan keyakinan diri. 
πŸ’– Meningkatkan daya fokus dalam pekerjaan dan ibadah.

Apa yang ada dalam set ni? Set ni Semudah 1, 2, 3. Tau kenapa?

1. Bina - Cinch Shake
2. Bakar - Omega Guard, Lecithin
3. Buang - Herb-Lax

1. Cinch Shake Coklat
Cinch Shake Shaklee ni selalu disalah anggap sebagai ubat kurus. Bukan ya, Ia adalah protein soya yang diperkayakan dengan 24 jenis vitamin. 

π™ˆπ™–π™˜π™–π™’ 𝙒𝙖𝙣𝙖 π˜Ύπ™žπ™£π™˜π™ π™Žπ™π™–π™ π™š π˜½π™–π™£π™©π™ͺ π™ͺ𝙣𝙩π™ͺ𝙠 𝙠π™ͺ𝙧π™ͺ𝙨?

✅Nak kurus ni paling penting kena jaga makan. Kena jaga kalori. Tak boleh terlebih atau terkurang sangat.
Cinch Shake ni meal replacement, rendah kalori. Kadang-kadang tak sempat nak prepare meal sihat, daripada kita order grab food yg belum tentu sihat, lebih baik minum cinch shake je. Shake² 2 minit je da siap. Kenyang 5-7 jamπŸ˜… 
✅Cinch ada 24 jenis vitamin, sekali minum tu sama macam makan sepinggan hidangan lengkap. Cukup untuk lengkapkan nutrisi yang badan kita perlukan.
✅Cinch ada leucine untuk bina otot dan bakar lemak. Otot dikekalkan semasa proses kurang lemak. Bila otot kekal, metabolisme jadi tinggi kerana otot sentiasa bekerja untuk bakar lemak. Jadi, bila berat badan dah berkurangan, tak ada yo-yo effect iaitu berat dah kurang, tapi  cepat je naik balik. Penat la nak nak kurus semula kan.
✅Cinch mengandungi fiber untuk extra kenyang. Protein soya tu dah kenyang dah, ada fiber, tambah la kenyang. Untuk yang berpuasa, sangat membantu untuk kenyang lebih lama.πŸ˜‹
Kesimpulannya, cinch shake ni supplement yang membantu sangat² dalam proses turunkan berat badan.

2.  Omega Guard
Omega Guard ni kalau nak cerita tersangat banyak dia punya kebaikan. Antaranya:

✔ Untuk Kurus

* -Meningkatkan kadar metabolisme
* -Meningkatkan kadar pembakaran lemak
* -Mengawal paras lemak yang sihat
* -Meningkatkan rasa kenyang
* -Meningkatkan paras insulin yang sihat
* -Mengurangkan tekanan

✔Untuk Tulang Dan sendi

* -Menangani keradangan 
* -Bertindak sebagai pelincir sendi
* -Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
* -Menggalakan pergerakan dan kelenturan sendi

✔ Untuk Minda

* -Meningkatkan prestasi mental
* -Memperbaiki mood secara positif
* -Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia.
* -Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran. 

✔ Untuk Jantung Yang Sihat

* -Mengekalkan profil lipid yang sihat
* -Mengawal tekanan darah yang sihat
* -Memelihara saluran darah daripada tersumbat
* -Memberikan ritma degupan jantung yang sihat 
* -Menyokong peredaran darah yang sihat

✔ Untuk Kulit

* -Meningkatkan kelembapan kulit
* -Membantu membaiki keradangan kulit seperti jerawat.

✔ Untuk Kanak-kanak

* -Anak yang pintar memerlukan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak omega 3, DHA, EPA
* -Membantu untuk kanak-kanak fokus dalam pelajaran
* -Baik untuk diamalkan oleh kanak-kanak yang ada masalah ekzema

Haa..banyak kan? Seterusnya, kita tengok agen bakar lemak seterusnya yang ada dalam Set Kurus Shaklee ni.

3. Lecithin
Antara kebaikan lecithin ni adalah:

✅ Memecah dan mencairkan lemak terutama kolesterol
✅ Meningkatkan kolesterol baik
✅ Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah
✅ Mencantikkan otot dan kulit
✅ Menghalang tekanan darah tinggi

Dan akhir sekali dan paling utama, agen pembuang! Kena la buang (detox) dahulu, baru nutrient penting diserap sepenuhnya.

4. Herb-Lax



KELEBIHAN DAN KEBAIKAN
.
✔️ Herba Lax adalah agen detox semulajadi yang dihasilkan Shaklee untuk masalah sembelit dan membuang tak lawas. Untuk yang ada sembelit, buasir, sesuai sangat amalkan. Bukan perlu makan tiap hari, 2 kali je seminggu.
✔️ Ianya menyahtoksin usus kita, membersihkan usus dari bahan tidak diperlukan termasuk lemak dan lendir.
✔️Untuk perut buncit, banyak toksin , sangat sesuai ambil Herb-Lax ni. 
✔️Toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
✔️Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. 
✔️Penyerapan supplemen akan lebih cepat dan berkesan.

Tak percaya? Mari kakak tunjuk real testimoni dari mereka yang amalkan Set Kurus Shaklee atau Set Hello New You ni.






Best kan Set Kurus Shaklee ni? Banyak betul manfaat untuk badan. Awak nak tahu tak, bulan ni ada promosi.πŸ˜‰

Apa yang awak akan dapat dalam set ni?

1. Cinch Shake Perisa Coklat -1
2. Lecithin -1
3. Omega Guard -1
4. Herb-lax -1
5. Free : Cinch Shake Coklat (tambah 1 canister lagi) - bernilai RM190😍
6. Free : Shaker Hijau tahan lasak dan cantik!- Bernilai RM15πŸ˜ƒ
7. Free : Penghantaran percuma/ Free postage! -Jimat RM10πŸ˜ƒ
8. Bagi yang baru nak jadi ahli, akan dapat keahlian percuma! - Jimat RM35😍

Berapa dah jimat tu? RM250!😱

Harga Ahli : RM353
Harga Bukan Ahli : RM441.25 

Cepat-Cepat tau, promosi ni sampai hujung bulan nanti. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. Berminat pm kakak cepat-cepat k!

Whatsapp : 0198648908
Facebook : Mimi Amira
Instagram : Mimi Amira

Baca juga entri rakan blogger kakak mengenai set ni di link ini ya: Set Kurus Shaklee
Terima kasih sudi singgah dan membaca!

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023

Tuesday, February 14, 2023

SET KURUS SHAKLEE: HELLO NEW YOU, KURUS, SIHAT, CANTIK BERSERI!

 

Montaj Video Senior Coordinator Micheal Tan semasa Shaklee Business Leader National Conference pada 11 Februari 2023.

Hi Assalammualaikum. Dah tengok video tadi? Kenapa agaknya video ni menarik perhatian kakak ye? Dah tentu la kerana perkongsian Sen. Coordinator mengenai SET KURUS SHAKLEE. Dalam montaj tu, Micheal Tan siap kata, "I'm the living proof that Hello New You works!" Gitu lah lebih kurang ayatnya. Tengok gambar di bawah ni nanti ya.

Dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee (Hello New You Set), beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 2 bulan je! Menarik kan? Itu lah kelebihan kita di Shaklee. Kita bukan saja galakkan orang untuk diet secara sihat dengan Intermittent Fasting, (rujuk entri Intermittent Fasting minggu lepas), tetapi kita ada rekomendasi terbaik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan sihat, sambil kekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Jadi, apa dia yang ada dalam Set Kurus Shaklee ni? Mari kita tengok gambar berikutnya.


Dalam Set Kurus Shaklee ni, kita ada 5 item saja. Nanti kita tengok satu persatu secara ringkas manfaat kelima-lima item ni ya dengan memberi fokus kepada kelebihan setiap satunya untuk penurunan berat badan yang efisien. 5 item atau produk yang ada dalam set kurus Shaklee ni ialah:

  1. Cinch Shake
  2. Lecithin
  3. Omega Guard
  4. Herb-Lax
  5. Vivix
1. Cinch Shake



Item pertama Set Kurus Shaklee, mari kakak kenalkan dengan Cinch. Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan, anda akan rasa lebih berpuas hati dan kenyang! Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya. Cinch Shake ni juga antara produk cukup laris terutama semasa puasa, di mana ia diambil sebagai "meal replacement" yang membantu anda kenyang lebih lama, di samping memberikan tenaga yang berpanjangan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Cinch Shake meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. ia juga membekalkan 20 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Maka tidak hairan apabila banyak testimoni dari peminat tegar Cinch yang mengatakan bahawa Cinch ni bukan sahaja dapat menurunkan berat badan dengan efektif, tetapi mereka juga dapat manfaat lain seperti kulit yang cantik, mengempiskan perut, lebih bertenaga dan sebagainya. (bukan kakak kata, testimoni peminat Cinch sendiri. Nak tengok testimoni, nanti kakak sertakan dalam entry yang lain ya 😁) 

Seterusnya, Cinch ni istimewa kerana diperkayakan dengan leucine, yang mana ia tidak dihasilkan oleh tubuh kita. Leucine secara ringkasnya membantu kita untuk memelihara otot daripada menjadi menggeleber semasa proses penurunan berat badan. Indeks glisemik yang rendah dalam Cinch bantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita, in Shaa Allah.

2. Lecithin


Item kedua dalam Set Kurus Shaklee yang popular ialah Lecithin. Lecithin ni, bantu untuk pecahkan lemak-lemak degil. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Salah satu sebab kita perlu elakkan lemak melekat pada dinding membran adalah, jika dinding membran dilitupi lemak dan jadi mengeras, ia akan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

Mengapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan sangat perlukan Lecithin Shaklee ni? Kerana Lecithin berkebolehan untuk membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian! Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang anda idamkan. Kebaikan lain lecithin, kita bincang di entry seterusnya ya! 

3. Omega Guard
Ingat tak masa kecik dulu, kita selalu dipaparkan iklan di televisyen, tentang kebaikan minyak ikan? Yang kakak ingat, iklan tu tekankan bahawa minyak ikan bagus untuk perkembangan budak-budak. Sekarang, kakak tau minyak ikan terutama Omega Guard Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk perkembangan budak, hampir semua peringkat umur pun bagus amalkan Omega Guard ni. Dan kalau nak tau, Set Kurus Shaklee ni tak lengkap kalau tak ada Omega Guard Shaklee. Haa, kenapa?

Dalam badan kita, ada satu hormon yang dipanggil LEPTIN. Asid Lemak Omega-3 dalam Omega Guard bertindak balas dengan baik terhadap hormon LEPTIN di mana ia membantu memberi isyarat kepada otak kita untuk mengurangkan selera makan. Omega guard juga bantu memecahkan lemak dengan lebih efektif, di samping meningkatkan kadar metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme, semakin rendah kecenderungan kita untuk makan dengan lebih kerap. Omega Guard bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi membantu untuk mengawal paras lemak dalam badan kita. Kebaikan Omega Guard Shaklee bukan untuk bantu turunkan berat badan semata-mata, tetapi bantu badan kita untuk dapatkan kulit yang sihat, ekzema, mengelakkan masalah berkaitan kolesterol, keradangan, sendi-sendi, dan sebagainya. Bagus kan Omega Guard? Kurus dapat sihat dapat. 

4. Herb-Lax

Antara item Set Kurus Shaklee yang menjadi fenomena kerana kebaikannya, tentu lah Herb-Lax. Kenapa agaknya? Bila kita dah pecah-pecahkan lemak, bakar lemak, tentulah kita nak pastikan lemak yang dipecahkan tu dibuang dari tubuh kita atau dalam istilah lain, detox. Jadi, Herb-Lax Shaklee ni adalah agen detox terbaik yang kita ada. Ia bantu untuk menyahtoksin usus kita, membuang segala lemak dan lendir yang berlebihan dalam badan. Jangan tak tau, setiap hari badan kita terdedah dengan toksin sama ada melalui kulit, kolon, dan paru-paru. Toksin berlebihan dalam badan pula mendatangkan pelbagai masalah lain. kalau badan kita dan terlalu banyak toksin, bagaimana badan nak serap nutrisi baik?

Untuk perut buncit, banyak toksin , sangat sesuai ambil Herb-Lax ni. Dengan bantuan Herb-Lax, Toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Herb-Lax lembut pada usus, dapat mengembalikan proses semulajadi pada usus dan secara tak langsung sangat membantu untuk mengempiskan perut. Bagi kakak sendiri, herb-lax bantu kakak atasi masalah sembelit, badan rasa lebih ringan selepas amalkan Herb-lax. Jelas kenapa Set Kurus Shaklee ni perlu ada Herb-Lax😊

5. Vivix


Salah satu item dalam Set Kurus Shaklee kali ni adalah minuman botani paling digemari ramai iaitu Vivix. Vivix sememangnya bagus untuk kesihatan yang optimum. Dan sudah tentu membantu dari segi penuruan berat badan. Bagaimana Vivix bantu menurunkan berat badan? 

Dalam Vivix ada Polifenol, di mana Polifenol ni telah dikaji dan dibuktikan dapat meniru kesan kesihatan yang sama seperti diet orang yang berpuasa dan secara tidak langsung mampu membantu menurunkan berat badan. Bahan semulajadi yang terdapat dalam vivix membantu mengawal hormon estrogen. Hormon estrogen yang tinggi sangat tidak elok kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak secara berlebihan.Vivix juga membantu menukarkan gula yang berlebihan menjadi tenaga. Ia juga bantu meningkatkan metabolisme badan. Jika metabolisme badan kita tinggi, ini akan menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Apabila metabolisme mula dijalankan dengan optimum, badan akan membakar lebih banyak kalori. Lagi banyak kalori hilang, lagi cepat anda mencapai berat yang ideal, sesuai dengan matlamat Set Kurus Shaklee.

Dalam satu kajian lain, campuran 16 polifenol yang terdapat dalam vivix dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin. Apabila badan kita peka terhadap insulin, otak kita akan menerima isyarat sama ada hendak menyimpan atau membakar lemak yang terkumpul. Jadi, bila otak diberi isyarat badan sudah cukup lemak atau gula, kita secara semulajadi akan mengurangkan pengambilan makanan terutama makanan bergula. Tiada lemak berlebihan, berat badan pun berkurang dan berada pada paras optimum.😊


Kawan-kawan boleh dapatkan info tambahan mengenai Set Kurus Shaklee di link berikut : Nak Kurus Cepat? penulisan rakan blogger kakak, Farah Wahidah Hayati.


Oh ya, bulan ni ada promosi terlajak larisssss untuk Set Kurus Shaklee tau!

Percuma satu canister Cinch Coklat, shaker dan postage percuma untuk anda!


Penjimatan berbaloi dengan pembelian Vivix

Nak tahu lebih lanjut? Mari PM kakak di Whatsapp. Stay Tune!

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023



CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...