Vitamin Kuit Cantik Harga Rahmah
Memiliki kulit yang cantik dan sihat sudah semestinya menjadi impian semua orang, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Ramai yang cakna dengan rutin penjagaan kulit dan mula prihatin dengan produk-produk kecantikan untuk kegunaan luaran. Namun, tak ramai yang tahu, kulit yang cantik bukan hanya perlu kosmetik atau penjagaan luaran semata-mata! Kulit yang cantik perlukan penjagaan dari dalam tubuh kita juga. Ramai juga yang mengabaikan pemakanan sihat dan tak endah tentang vitamin kulit! 😱 Tau tak, apa simptom-simptom atau kesan apabila kulit kita kurang vitamin? Ini antaranya:
1. Kulit kering dan kasar
Kajian menunjukkan 1 daripada 5 orang wanita dalam Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik. Tak dinafikan, keadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa dan adakalanya menyebabkan kurang keyakinan. Kulit kering menandakan keadaan kulit yang sedang mengalami dehidrasi. Bukan setakat kering, ada keadaan yang terjadi sehingga kulit mengelupas dan menyebabkan kegatalan. Kena cakna juga, jika dibiarkan terlalu lama, membawa pula kepada masalah kesihatan lain seperti eczema. Bila kulit jadi macam ni, nak cover dengan make-up pun susah sebab jadi bercapuk dan bersisik. Tanda kulit kering:
1. Kulit rasa tegang.
2. Kulit kasar dan nampak kering.
3. Kerap alami gatal-gatal.
4. Kulit bersisik.
5. Kulit terkopek dan berdarah.
6. Kulit merekah.
7. Kulit yang cerah nampak merah, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu.
Namun jangan risau, kita ada vitamin kulit yang terbukti berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan masalah di atas.😇
2. Wajah nampak tua dari usia sebenar
Penuaan adalah salah satu kesan dari oksidasi, yakni kekurangan vitamin kulit yang mengandungi antioksida. oksidasi pula boleh terjadi dari pelbagai punca, antaranya pemakanan tidak sihat, kerap terdedah kepada cahaya matahari, kekurangan protien, dan tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tentu risau bila rakan sebaya kita nampak muda, tapi kita dan macam makcik-makcik kan? Penuaan boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi antioksidan.
3. Jeragat dan Pigmentasi
Jeragat muncul pada kulit yang umumnya disebabkan peningkatan melanin dalam badan. Ia sebenarnya satu keadaan tidak berbahaya malah tak ada sebarang simptom seperti gatal atau pedih pada wajah seseorang yang mengalaminya. Cuma jika terdapat bintik hitam yang semakin besar berserta berubah penampilan dan warna, jangan ambil mudah. Jika terjadi, anda disarankan untuk jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin berpotensi mengalami mutasi dan boleh jadi juga tanda awal kanser kulit. Jeragat boleh diatasi dengan pengambilan vitamin kulit yang mengandungi niaciamide dan antioksidan.
4. Jerawat
Stress? lagi lah bertambah stress bila jerawat mula naik dan membiak di wajah. Jerawat ada pelbagai punca, antaranya alahan kepada makanan, pola tidur tidak tetap, ketidak seimbangan hormon, tidak mengambil berat penjagaan muka, terdedah kepada radikal bebas dan persekitaran yang tercemar. Jerawat yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan parut pada wajah, menyebabkan keradangan kepada kulit, perubahan kepada warna kulit ( menjadi tidak sekata) dan akhir sekali menyebabkan rasa rendah diri kepada mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius. Tambahan, jika kulit kekurangan vitamin, ia boleh menjadi masalah kerana kekurangan vitamin C umpamanya menyebabkan luka lambat sembuh.
5. Luka lambat sembuh
Salah satu kesan kekurangan vitamin kulit adalah luka lambat sembuh. ia boleh terjadi disebabkan faktor lain, namun salah satu daripadanya adalah kekurangan protien, vitamin c dan sumber mineral dalam tubuh. Kurang tidur pun boleh menjadi punca luka lambat sembuh tau.😧 Luka perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan terjadinya jangkitan lain. Manakala luka yang mengambil masa terlalu lama untuk sembuh berkemungkinan menjadi gejala awal diabetes.
6. Lebam pada kulit
Tiba-tiba ada lebam pada bahagian kulit tanpa disedari. Tak sedar bila dan macam mana boleh dapat lebam. Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:
1. Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
2. Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
3. Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
4. Pengambilan alkohol secara berlebihan
5. Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
6. Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.
Kawan-kawan dah tau kan kesan atau simptom kulit kurang vitamin? Jadi, mesti nak tau kan vitamin kulit cantik yang terbaik untuk kulit kita?
Kakak mesti syorkan set kulit cantik yang terbaik, malah pada harga Rahmah khas untuk bulan ni saja. 😍Tadaaa...gabungan mantap vitamin kulit cantik iaitu ESP dan Vitamin C Shaklee.💓
Antara kebaikan Vitamin C sustained Release Shaklee ni kepada kulit adalah:🍃Bertindak sebagai "Antioksida". Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakkan disebabkan oleh radikal bebas.
🍃Vitamin C adalah molekul penting dalam penghasilan KOLAGEN. Kolagen merupakan sejenis protein bagi struktur tubuh kita.
🍃Melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan.
🍃Mempertahankan kulit daripada serangan radikal bebas dan meningkatkan imunisasi tubuh, menjaga kulit daripada serangat jerawat.
🍃Membantu memperbaiki warna tona kulit menjadi lebih baik dan sekata.
🍃 Mencerahkan kulit.
🍃 Menghalang pembentukan melanin (punca pigmentasi dan jeragat).
🍃Berfungsi sebagai agen anti-radang.
🍃Mengurangkan kedutan dan garis halus.
🍃 Mengecilkan liang pori terbuka
🍃Memudarkan parut.
🍃 Melembapkan kulit.
🍃Mengecutkan jerawat.
🍃 Menyerikan kulit.
🍃 Melegakan kulit kasar dan kering.
Dan ada banyak lagi fungsi Vitamin C ni selain untuk kulit. Next, kita tengok kelebihan ESP untuk kulit.
Kebaikan Esp untuk Kulit
🌹Mengekalkan kulit muda dan sihat.
🌹Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut, bekas jerawat dan strechmark.
🌹Mencerahkan kulit satu badan. Kulit lebih berseri tak kusam.
🌹Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.
🌹Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.
🌹Memudarkan jeragat.
🌹Memulihkan kedutan pada kulit.
🌹Melambatkan proses penuaan kulit.
🌹Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
🌹Kuku juga lebih cantik dan sihat. Tak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar.
Tengok testimoni ni:
Haa..kawan-kawan jangan tunggu lama - lama, Vitamin Kulit ni paling laris dan berkesan tau. Nak lagi sekarang harga paling Rahmah dah ni..👇👇
Menariknya set ni, dua-dua vitamin kulit ni menawarkan harga jimat paling tak masuk akal! Keahlian percuma sahaja bagi kedua-dua set Rahmah ni tau. (Taknak jadi ahli, kena bayar harga bukan member ya 😅) Tak rugi pun jadi ahli, tak perlu menjual pun, tapi dapat harga super jimat tak masuk akal. 😂
Contoh Set Rahmah AESP : RM139 + Vitamin C : RM92 = RM99❗❗ Pelik kan sifir Shaklee? Hihi. Khas untuk bulan ni bagi kawan-kawan yang nak dapatkan vitamin kulit ni. Cepat whatsapp kakak. Kita deal sampai jadi okay?
Maklumat lanjut mengenai vitamin kulit, boleh hubungi kakak:
Whatsapp: 0198648908
Facebook: Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira
Nak order sendiri? Boleh saja, klik sini ya : Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set A) atau Vitamin Kulit Harga Rahmah (Set B)
Nak tengok info tambahan mengenai vitamin kulit? Klik link ni ya: Vitamin Kulit Cantik
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
wah terbaik sangat ni
ReplyDelete