AWKWARD MOMENT RAYA?
SEDIKIT TIPS RAYA DENGAN SHAKLEE KHAS UNTUK MAMA BUYUNG
Gambar Family Kakak. Tak lengkap tahun ni.
Hari ni 23 April 2023 adalah hari Raya ke-dua bagi kita di Malaysia. Pasti ada yang teringat dan dah berlaku beberapa moment awkward, atau agak kekok kan? Kali ni kakak pun sama. Tak la pelik cuma lucu pun ada.π Padahal baru hari raya kedua. antaranya:
1. Salam laga pipi
Kakak and my dearest cuzzy
Dengan sepupu yang ni memang dh selalu. Tapi kena pulak dengan makcik yang sangat jarang jumpa kan, salam peluk laga pipi ni haa yang jadi awkward. Ingatkan dua kali, rupanya tiga kali. kadang kita baru dua, dah stop. Eh macam mana ek? Confuse nak laga berapa kali sebenarnya. Style kakak, laga je lah. Rasanya banyak yang macam ni kan. Hahahaπ
2. Tengah elok posing, tetamu menjenguk depan pintu π
Kami bersepupu. Tak ramai balik tahun ni
Can you imagine, tengah elok kita posing huru-hara, atau ayu-ayu gitu, tak sedar tetatmu dah ada nun depan pintu. Malu oii π Nak lagi orang belum bagi salam, pintu rumah kakak ni memang jenis terbuka luas tak berpagar pun rumah. Orang kalau dengan kereta boleh park sampai depan pintu terus. Haa, naya tak naya nya bila kita posing orang peratiiikan je. Hahaha. Nak tak nak, cover malu masing-masing, sambut terus tetamu. pandai-pandai la buat peranan masing-masing. Ada yang pergi ambik cawan, buka penutup makanan, hidang air, jemput makan. Last, ajak bergambar sekali.π
3. Baru bukak tudung, tiba-tiba tetamu datang
Kakak ni kalau dah masuk dapur, banyak kerja nak buat, buka sekejap tudung. Masak atau buat kerja dengan scarf saja. Tapi kan, baru cuci pinggan skejap, siang ikan, tiba-tiba ada kereta parking masuk rumah. Kelam kabut la pasang semula tudungnya. Kadang tu tak sempat nak tengok cermin pun, pasang je la senget benget pun. π
4. Salam cium tangan
Ni gambar di salah sebuah rumah nenek belah bapak. ada beberapa buah keluarga datang sama waktu masa tu. Ramai la yang confuse. π
Ni bukan sebab tak nak cium tangan. Tapi, ada yang confuse tau. Kita tau usia dia jauh lebih tua dari kita. Cumanya fizikal dia rendah sikit dari kita. Dan pulak, pangkat makcik kita. Entah macam mana pulak semalam dia boleh cium tangan kita. Awkward rasanya. Kakak pulak jenis tak kisah. Anggap je la diorang semua kecik. Terutamanya kan yang jarang sangat kita jumpa. Atau jarang balik kampung.π
1. Dapatkan rehat yang mencukupi. Kakak ni dah masuk 35 minggu, agak sarat juga nak berjalan. Tapi Alhamdulillah masih larat nak cuci pinggan, masak, layan tetamu.
2. Jangan minum minuman bergas. Maklumlah, masa raya banyak sangat ya minuman bergas (berkarbonat) yang di hidang. Bagi kakak sendiri, kakak akan tuang performance drink atau cinch tea je. Supaya tak terlalu craving.
3. Kurangkan makan makanan manis dan berlemak. Ketupat rendang, sila nikmati... (tu lagu). π Kita mama buyung ni yang manis-manis memang kena elakkan. Demi baby dan diri sendiri. Kolestrol naik, bacaan gula naik, risau dibuatnya.
4. Jangan lupa makan ubat ikut saranan doktor. Raya ni buat kita kenyang dan makan tak ingat dunia kadang-kadang. Tapi kita kena la pandai control nafsu. Makan ubat ikut saranan doktor. Yang klinik bagi tu.
5. Ambil supplement tambahan yang bersesuaian dengan kita. Macam kakak, ambik Set Hamil Shaklee. Alhamdulillah sepanjang kehamilan kakak, tak ada masalah kesihatan yang serius. Tenaga pun alhamdulillah setakat ni. Tak ada cramp atau kejang kaki, tak ada sembelit teruk sampai buasir. HB cantik, gula cantik, BP cantik. Doakan kakak kekal sihat sehingga selamat melahirkan, dan kakak dan baby sihat sentiasa ya!
Ibu-ibu atau bapa yang berminat nak bantu ibu hamil jaga kesihatan sepanjang kehamilan dan raya dengan Shaklee ni, boleh je Whatsapp atau contact kakak:
Whatsapp: 0198648908
Facebook:Mimi Amira
Instagram:Mimi Amira
Nak dengar cerita kawan yang lain beraya? Klik sini ya : HARI RAYA DENGAN SHAKLEE
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment