Wednesday, May 10, 2023

Open House Hari Raya 2023 : Coretan Kenangan

Open House Hari Raya 2023: Coretan Kenangan

 

Keluarga kecil kakak 💓

Hai Assalammualaikum pembaca yang dirahmati Allah SWT. Apa khabar kawan-kawan? Masih mode raya ke tu.. Hihi. 😁 Kawasan kakak sini, masih ada open house tau. Banyak jemputan terutama bila hujung minggu. Selagi belum habis bulan Syawal, begitulah keadaannya.

Bercerita mengenai open house hari Raya, kakak pun nak share la sedikit cerita open house kali ni. Tahun lepas buat jugak. Tahun ni Alhamdulillah Allah izin untuk buat open house lagi. Hampir setiap tahun, kami buat pada hari raya ke-tiga. Tak kisah bila tarikh raya pertama, yang penting raya ke-tiga tu open house. Gitu lah amalan setiap tahun. Kali ni, open house bermula dari 9.00 am. Sampai malam jam 11 atau 12 macam tu.  Lebih 12 jam 😆

Gambar dari depan rumah jam 9.00 am

Tepat jam 9.00am, kumpulan pertama sampai adalah kumpulan ADUN N.56 Dalat, iaitu Yang Berhormat kawasan kami, merangkap Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Sarawak. Kunjungan YB bersifat tidak formal, ditemani beberapa ahli keluarga dan rakan terdekat. Rumah kakak ni, rumah keluarga (kakak tinggal bersama parents), humble saja rumah kami. cukup sederhana. Apa adanya, itu lah yang kami sediakan. Orang sudi datang rumah, kami cukup gembira.

Gambar kenang-kenangan dengan YB dan suami, Dato' Dr Adi Badiozaman Tuah
Parents kakak dengan YB

Tetamu menikmati hidangan

Nampak tak meja belakang tu? situ la kami letak lauk pauk untuk tetamu yang hadir. Alhamdulillah, lauk pauk mencukupi sehingga ke malamnya. Maaf pada kawan-kawan yang kakak x mesej secara personal, tak sempat nak chat sebenarnya sebab agak sibuk dengan persediaan. Tapi, terima kasih sebab ramai yang hadir hari tu. Dari pagi, lepas rombongan YB balik, ahli keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan mak, rakan sekerja dan kenalan Tok Ayah, rakan masjid, rakan-rakan mak, ahli-ahli parti, rakan-rakan adik-adik turut sama memeriahkan majlis.  Dari pagi sampai lewat malam kita terima tetamu tak putus-putus. Kakak happy sangat.😍


Ramai yang tak balik, termasuk keluarga adik kakak, sebab turn beraya di tempat mertua. Tapi, raya kali ni tetap masih meriah. Mulanya Tok Ayah sediakan 20kg saja daging lembu, kemudian, top-up lagi 10kg untuk dihidangkan khas hari ketiga ni. Ayam pun sama. Kali ni, Tok Ayah dengan nekma yang masak. Kakak cuma larat nak buat laksa Sarawak je yang termampu dengan usia kandungan dh nak masuk 9 bulan. Itu pun, nasib baik suami dengan adik beradik tolong sediakan bahan. 😂 Kek raya, adik kakak yang buat semua. Tahun ni, 11 jenis kek kalau tak silap dia buat. Biskut? Tak larat nak buat. hahha. Beli je.

Nak flashback menu hari tu? Tengok bawah ni:

Kari daging. Rare sebab Tok Ayah yang masak. Special occasion je tok ayah masak tau.

Ni dekat sini panggil kelupis. Bahasa Melanau, Kelupih.

Kuah kacang special by Nekma, kakak selalu kaut ayam dalam tu.

Tadaaa.. my humbe laksa sarawak. Kakak masak untuk 50 org makan, tp hidang sikit-sikit la, meja tak cukup besar.

Kek by my youngest sister yang rajin

mee goreng dengan udang goreng tepung. 

Nasi tomato, tak berapa nak merah sebab kekurangan tomato puree 😂

Rendang Ayam Nekma

Rojak, favourite zaman berzaman..

Terung sambal nyemms

Ada beberapa lauk yang tak sempat nak gambar macam keropok ikan, sup tulang tok ayah, Nasi himpit, ayam goreng dan a few maakanan tradisi. Tak sempat. Pagi tu, sebenarnya nak bangun awal. Tapi terlajak, dh azan subuh baru sedar. Habis solat pakai baju semua, terus masuk dapur. Last yng kakak kena masak pagi tu adalah nasi himpit, ayam goreng, udang goreng tepung, telur dan kuah laksa. Dalam masa 2 jam tu nak kena siap semua. Kalut juga la. Syukur, semua tau dah tugas masing-masing. Husband, siapkan anak, bancuh air, adik perempuan, sediakan pinggan mangkuk dan kemas rumah. Adik-adik lelaki pun bantu apa yang patut, tak kira di dapur, di luar, kaut lauk pauk ke, vacuum carpet, sampai la siap dan bersedia menerima tetamu. Yang penting, teamwork. Bila semua tahu nak buat apa, semua kerja jadi mudah. 
Geng cuci pinggan. Adik-adik lelaki semua jadi tukang urus pinggan mangkuk. Husband, tolong apa yang patut. Umar? Ada tugas jugak tau.
Layan tetamu cilik
Tetamu favourite dia
Kalau dia penat, dia jamu selera sendiri di meja tetamu. 😂 Selain tu, tugas Umar adalah agihkan doorgift untuk tetamu cilik dia. Dalam doorgift ada sampul raya, candy, keropok, dan jajan la.

Penat tak buat open house? Tak rasa langsung. Itu masa kejadian la. Orang ramai, siap kata tahun depan kena buat khemah la depan rumah ni untuk tempat tetamu makan. 😅 Tapi, lepas je tutup malam tu, semua peng. (pengsan dan pura-pura pengsan 😂) Penat yang berbaloi. Makanan habis, hati senang dan gembira. 


Kakak takut cramp atau terlalu letih, jadi kaka siap-siap makan ostenutrix sebelum tidur, dengan B complex. Jadi badan kakak tak stress, tenang, tak kebas kaki, boleh rehat dengan aman. Sebabnya, keesokan hari, kami beraya ke Bintulu pulak. Adalah dalam 250km perjalanan dari kampung kakak. Balik hari jugak tu. The next day, berjalan rumah lain atau orang lain bertandang ke rumah. Begitu lah kisah raya. Hari pertama, khas untuk adik beradik belah mak dan bapak (sebab tak ada datuk nenek dah). Hari kedua dan seterusnya, silakan datang bila-bila masa. Tapi kena bagitau la takut nanti tak ada orang di rumah. Raya pertama ada juadah raya? Ada..Pertama, kedua, ketiga sampai ke-empat pun ada.. Hari lain, kek, biskut, kadang-kadang ada juga kalau sempat nak masak. Hihi.

Gambar ni dh jauh malam kot, lepas semua balik. 😂

Set mengandung yang sangat membantu kakak sepanjang raya ni. Kakak jadi bertenaga, tak ada sembelit, tak ada masalah kebas kaki terlalu kerap, tak ada masalah radang otot, buasir pun tak ada, mual dah elok. Sepanjang amal ni, HB kakak sentiasa normal. Blood pressure normal. Tahap kesihatan baby dan kakak Alhamdulillah baik, Alhamdulillah GDM pun tak ada. Sekarang dah masuk minggu ke 37 semasa kakak tulis artikel ni. Bila-bila masa je bersalin, doakan lancar semuanya ya. 

Bagi yang nak detox sebab dah makan macam-macam juadah. Ni ha, jangan lupa Omega Guard tau!

Nak bersihkan usus? Ambik ni, 2 kali je seminggu. Usus sihat, baru dapat serap nutrisi lebih baik.

Setakat ni dahulu perkongsian raya kakak kali ni. Banyak lagi kalau nak cerita dan kongsi. Bila ada kesempatan nanti kakak share lagi ya.😍 Selamat Hari Raya semuanya!

Psst: Kalau ada yang nak mana-mana set detox lepas raya ni, cepat PM kakak tau. Hihi.

Whatsapp: 0198648908
Facebook: Mimi Amira
Instagram:Mimi Amira

Nak dapatkan tips badan tak naik walaupun pergi open house raya? baca entri kawan kakak ni ya: OPEN HOUSE HARI RAYA

Jumpa lagi entri seterusnya!

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023




No comments:

Post a Comment

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...