Monday, May 15, 2023

RAHSIA DETOKS DAN KURUS BERKESAN DENGAN SET HELLO NEW YOU SHAKLEE

 

"Duit habis beribu beli produk kurus. Tapi satu pun tak menjadi! Kenapa ya?"

Sebelum tu cuba tanya diri kita, ada tak alami perkara ni?


Jika anda alami perkara seperti di atas ni, kemungkinan besar badan anda sedang mengumpul toksin berlebihan.😱 Toksin merupakan bahan berbahaya yang datang dari pelbagai punca dan berkumpul dalam tubuh kita. Toksin dalam badan boleh datang dari pelbagai punca, antaranya adalah seperti berikut:

🚫Sumber makanan yang telah tercemar
🚫Pencemaran udara
🚫Klorin dalam air paip
🚫Sisa makanan yang tidak dapat dicerna dengan baik
🚫Bahan kimia dalam ubat-ubatan
🚫Merokok
🚫Pengambilan alkohol
🚫 Penggunaan kosmetik berbahaya


Secara semula jadi, toksin dikeluarkan dari tubuh kita melalui proses perkumuhan, membuang air besar atau kecil, dan perpeluhan. Namun, apabila proses-proses ini tidak dapat menyingkirkan sepenuhnya toksin dalam badan, toksin ini akan diserap semula oleh badan dan menyebabkan ia terkumpul. Adakah toksin terkumpul ini membahayakan tubuh badan? Semestinya! Toksin terkumpul boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius kepada badan kita. Ia boleh merosakkan sel, sistem pertahanan badan, fungsi-fungsi organ dan sistem badan, sehingga mengakibatkan kanser.


Salah satu cara untuk menyingkirkan toksin dari badan kita adalah melalui proses detoksifikasi, lebih mudah disebut sebagai proses detoks. Detoks adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detoks apabila dilakukan dengan cara yang betul dan tepat dengan pemakanan yang betul dan sihat, membantu sistem badan pulih, lebih sihat, bertenaga dan badan lebih fit untuk pelbagai aktiviti harian. Mengapa tubuh perlu detoks? Mari kita lihat 10 sebab kita perlu buat detoks.

1.  Membuang toksin dari badan
2. Mencegah penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi
3. Meningkatkan fungsi sistem imun
4. Mendapatkan berat badan ideal
5. Melambatkan proses penuaan
6. Meningkatkan kualiti hidup
7. Meningkatkan tenaga
8. Meningkatkan kualiti kulit
9. Mental dan emosi yang jelas
10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan

Sangat rugi pada mereka yang mempunyai tanda-tanda dan risiko toksin yang berlebihan tetapi masih tidak mahu membuat detoks. Detoks tidak sama macam diet yang hendak kurus badan kerana detoks tidak perlu buat kita berlapar.

Keputusan yang akan anda dapat kelak ialah berat yang susah nak turun berjaya diturunkan, wajah yang kusam berjaya dipulihkan serta penyakit yang tak tahu nak repair di mana, dapat bertemu jalan penyelesaian.

Mudahkan untuk sihat? JOM DETOKS DAN KURUS LEBIH BERKESAN MULAI SEKARANG!
Set Hello New You Shaklee

Pertama, cuci usus dulu. Kenapa perlu cuci usus? Untuk mencuci usus dari kandungan lendir & saki baki makanan yang melekat di dinding usus. Usus yang tak bersih akan mengeluarkan toksin yang mengalir bersama darah ke seluruh badan.  Usus yang kotor ini mungkin akan menyebabkan keracunan darah. Usus yang kotor ini juga boleh menghalang penyerapan vitamin dan nutrient ke dalam badan.   

Sebelum mulakan apa-apa program untuk lose weight, mesti cuci usus terlebih dahulu! Nak tahu kenapa kena cuci usus? Nak cuci macamana tu? Kita mesti melalui proses detoks terlebih dahulu sebelum memulakan program penurunan berat badan. Tujuannya adalah untuk penyerapan nutrient manakala yang tidak diperlukan oleh badan akan dibuang secara baik. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrient pada kadar paling optimum.

Mari kakak perkenalkan salah satu agen detoks berkesan yang ada dalam Set Hello New You Shaklee.
Herb-Lax Shaklee
Kebaikan Herb-Lax Shaklee

✅ Pembersihan najis yang tersekat.
✅ Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
✅ Membantu masalah sembelit.
✅ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
✅ Mengempiskan perut.
✅ Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
✅ Memudahkan fungsi usus.
✅ Menghilangkan jeragat.
✅ Mengurangkan bau badan

Apabila usus dah bersih, langkah seterusnya kita bakar segala lemak yang ada yang menyebabkan berat badan susah nak turun. Dua agen bakar lemak terunggul dalam Shaklee semestinya Omega Guard dan Lecithin.

Lecithin Shaklee
Lecithin ni, sifatnya bila bertemu dengan lemak degil, ia akan bergabung/menyerap lemak degil tu kemudian dipecahkan seterusnya dibawa keluar dari badan kita. Fungsi lain lecithin ialah:

✅ Melindungi hati kita : Ia menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak, bantu pulihkan kesihatan hati.
✅Memecahkan lemak dan kolestrol :Bertindak sebagai pembersih salur darah, dan pengambilannya juga membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.
✅Melangsingkan dan menghalang obesiti.: pengambilan dalam kuantiti yang betul, makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku tanpa sebarang risiko penyakit, terutama disertakan dengan senaman.
✅Mencantikkan otot dan kulit : mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
✅Memperbaiki alergi : Ia mampu menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis seperti dermatitis dan alergi.
✅Menghalang kejadian batu karang :Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan dalam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak sebagai pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang
✅Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress :Kolina yang ada dalam Lecithin Shaklee berfungsi sebagai penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang, dan ia juga penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg Lecithin sehari utk memulihkan sistem ingatan.

Seterusnya, Omega Guard Shaklee


Omega Guard Shaklee ni tersangat lah banyak kebaikannya. Tapi kakak senaraikan beberapa fungsi utama dalam membantu untuk kurangkan berat badan, antaranya adalah:

📌-Meningkatkan kadar metabolisme
📌 -Meningkatkan kadar pembakaran lemak
📌-Mengawal paras lemak yang sihat
📌 -Meningkatkan rasa kenyang
📌 -Meningkatkan paras insulin yang sihat
📌 -Mengurangkan tekanan

Yang terakhir dalam Set Hello New You ni adalah Cinch Shake Shaklee.
Cinch Shake Shaklee ni ada 3 flavour tau
🌸 CHOCOLATE
🌸 LATTE
🌸VANILLA

Antara kebaikan cinch adalah: 

❤ Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya (tak perlu kurus dengan berlapar)
❤ Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
❤ Meningkatan metabolisme badan
❤Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
❤Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
❤Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
❤Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
❤Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
❤Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
❤Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
❤Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
❤ Soya bukan GMO

Berita baik untuk yang nak detoks dan kurus dengan berkesan, bulan ni Set Hello New You ada promosi khas tau!

Promosi Mei 2023 Set Hello New You Shaklee

 Dalam set ni anda akan dapat:

✔Satu canister Cinch Cafe Latte
✔Free Satu canister Cinch Vanila (Biasa RM190)
✔Sebotol Lecithin
✔Sebotol Omega Guard
✔Sebotol Herb-Lax 
✔Free Paper Bag Shaklee
✔Free Postage (Biasa RM10)
✔Free Membership (Biasa RM 35)
✔Free Shaker untuk ahli baharu (Biasa RM15)

Kalau awak berminat, boleh je hubungi kakak k!

Whatsapp : 0198648908
Facebook :Mimi Amira
Instagram: Mimi Amira

Atau nak order sendiri pun boleh, klik : Order Set Hello New You

Nak dapatkan info lanjut mengenai set Hello New You Shaklee, klik link ni ya: SET HELLO NEW YOU.

Terima kasih sudi membaca, semoga berjumpa lagi. Oh ya, mohon doa pembaca semua agar dipermudahkan urusan kakak yang menunggu hari nak bersalin ni ya. Moga doa yang baik dimakbulkan dan Allah balas segala kebaikan kalian. 💖

No comments:

Post a Comment

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE

  Member Shaklee Tahun ni fight untuk ke L.A dan Korea!😍 CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE Hi Assalammualaikum rakan pembaca. Jika dalam ...